Isnin, 29 Ogos 2016

Kawan sekolah beli Ros Jepun

Alhamdulillah masih ada lagi yang sudi membeli bunga Ros Jepun dari aku.
Bulan Julai lalu Shikin kawan sekolah menengah bertanyakan masih lagi ke jual bunga ros jepun?
Kebetulan ros jepun sekarang dalam semaian baru yang lama kebanyakan kurus kering.Bila dia berhajat nak beli aku pun belalah elok2 semaian baru tue.

Hari Sabtu lepas aku tengok 3 pasu ros jepun tue dah elok lebat daunnya dan dah ada kudup bunga cuma belum lagi bunganye berkembang.
WhatsApp Shikin tunjuk kat dia,dia jadi beli 3 pasu bunga nie..Alhamdulillah sudi dia beli walaupun belum berbunga dan tidak tahu warna ape silap aku juga tidak tandakan warna ape bunga tersebut masa semai.


Dan semalam Ahad pagi masa aku nak jirus pokok bunga pasu tengah bunga ros jepun nie kuar bunga berwarna kuning,terus WhatsApp Shikin,seronok dia bila tahu bunga dia dah berbunga.

Dalam pukul 2 lebih semalam kami berjumpa untuk jual beli ros jepun nie.Nak ambil gambar bersama dia malu it's ok bukan orang lain pun kawan sekolah pun.


Petang Shikin WhatsApp hantar gambar,rupanye bunga ros jepun tue dia letak kat rumah family dia siap bagi tahu kalau ada lagi dia nak beli lagi nak tambah sebab macam tak cukup dan adik beradik dia pun semua suka pokok ros jepun tue.InsyaAllah kalau ada lagi elok dalam semaian boleh lah aku jual.

Seronok bila hobi nie dapat dikongsi bersama dengan kawan-kawan lain.

Pada kawan-kawan yang nak beli aku jual Sepasu Ros Jepun Berlapis RM10 - pasu sahaja tanpa tangkai kalau nak tangkai aku jual sepasu RM15.

Selasa, 9 Ogos 2016

Berehat di Hotel Seri Costa

Sabtu Ahad (6-7 Ogos 2016) lepas kami ke Melaka lagi,kali nie bukan berjalan-jalan tapi kali nie kami berehat sahaja di dalam bilik hotel.Rancangan ke Melaka dibuat pagi Sabtu lepas bangun tidur,masa bangun solat subuh tak pikir pun tapi masa bangun tidur tue aku sesaje kata nak berehat kat hotel,terus Krul ajak pergi Melaka.

Dalam 10 lebih kami gerak ke Melaka punyalah excited breakfast pun tidak kami.

Sampai Melaka terus survey hotel,cari punya cari sudahnye Hotel Seri Costa yang kami check in,harga pun berpatutan boleh lah nak stay disitu.


Ini adalah kali kedua kami stay disini,kali pertama tahun 2009

Oh ya kalau duduk hotel disini beli siap-siap kupon parkir


beli tau kalau tak kena saman,masa kami baru sampai ada banyak kereta kena saman sian dorang nak bercuti kena saman plak melayang duit

Ok jom tengok bilik bersaiz deluxe room



Besar biliknye,masih mengekalkan konsep yang sama,teringat kembali 7 tahun yang lepas tak ada beza pun.


atas tilam tue sejadah yea,aku rasa baik pihak hotel letak dalam almari saje sejadah tue


dalam almari disertakan iron,ironboard,1 extra pillow dan peti besi





Gambar dari pintu masuk bilik ke kiri itu toilet


Bahagian toilet,alamak tergelap plak besar toiletnye sangat selesa


 masuk je pintu toilet bahagian kiri ada toilet bowl


sebelahnye bilik shower



seperti mana-mana hotel,hotel ini sediakan 2 tuala mandi dan sabun mandian


almari nie aku tak pasti letak ape


Ruang sinki.Disertakan hairdryer


perasankan gambar diatas tadi ada cermin besarkan,aku gedik mengajak Krul berwefie

kemudian kami turun makan di gerai Asam Pedas JR, dekat je hanya jalan kaki sahaja dari Hotel Seri Costa nie.Kedai makan Asam Pedas JR nie dekat dengan Menara Taming Sari



Asam Pedas Ikan Pari,ikan 2 ketul


Balik dari makan mandi-mandi solat zohor lepas tue kami rehat dan tidur secukupnye,lepas maghrib baru kami kuar cari makan malam tapi tak dapat makan kupang masak sambal kedai tue tak ada kupang

Keesokan harinye kami breakfast kat cafe hotel,lepas tue waze cari Restoren Mee Besen Melaka yang tengah famous tue. 

Dah jumpa tapi bukannye petang 3.30 petang,balik dulu hotel petang nanti boleh singgah sebelum balik KL.Balik hotel sambung tidur,tidur,tidur.Hihihihi.

Dalam 12.30 kami check out,tapi sebelum tue kasi selfie wefie sekeping 2 keping 3 keping 4 keping huhuhu





Singgah shopping jap di Dataran Pahlawan Mall,dapatlah sehelai seluar jeans Krul belanja,Krul 3 pasang helai t-shirt,lepas tue terus ke Restoren Mee Besen.

Sampai je Restoren Mee Besen ramai betul orang kat luar restoren,dan di dalam restoren pun penuh jugak jam masa tu pukul 3.30 petang.Maaflah aku bukan bangsa yang penyabar sangat dari tunggu berejam-jam baik aku pergi tempat lain.So next time je lah yea aku singgah.

Kemudian kami singgah pula di Masjid Selat Melaka atau Masjid Terapung Selat Melaka.



dari pandangan sisi,cantikkan


Bagus masjid nie buka untuk pengunjung bukan agama islam melawati,tapi kena berpakian sopan.Pengunjung wanita boleh memakai Jubah dan Tudung dan pengunjung lelaki boleh memakai Jubah


tue lah pakaian untuk pengunjung wanita yang lelaki tak terambil plak terlupa

Next time datang melaka nak solat kat masjid nie

Lepas tue waze cari kuih keria antarabangsa Hj. Jalil yang masuk Majalah 3 tempoh hari.


Ingatkan tak ramai orang rupanye sama je ramai gak orang siap beratur panjang kedalam kedai,aku tengok gitu terus ajak Krul kuar.Sudahlah perut dah lapar jom je lah kite makan di Pantai Klebang dan minum coconut shake

Aku peliklah bukan waktu cuti sekolah pun tapi ramai orang gak kat Pantai Klebang.


Disebakan semalamnye tak dapat makan kupang aku order char kuey teow kupang puas hati aku dan Krul order air coconut shake

Dah kenyang terus gerak balik KL..



........................................................................................
.......................................................................

Address : Hotel Seri Costa Melaka
Jalan PM 8, Plaza Mahkota,
 75000 Melaka


             Phone : 06 - 281 6666

Rooms : Deluxe Room

Price : 2 day 1 night = RM150 (government rate)

.......................................................................
........................................................................................
           


Khamis, 4 Ogos 2016

melaram baju raya 2016

Alhamdulillah syukur diberi kesihatan yang baik tahun ini dapat beraya dan dapat pakai baju raya.Tahun nie dapatlah melaram beberape baju raya yang asalnye nak buat baju kerje saje tapi tahan kan diri tak nak pakai dulu nak pakai masa hari raya, jimat sikit duit tak payah beli baju raya yang lain..

1 Syawal  1437 - 6 Julai 2016
Tahun 2016 tema warna baju raya kami suami isteri ialah warna biru

Fesyen baju : Baju Kurung Moden
Tudung :  Tudung Bawal

5 Syawal  1437 - 10 Julai 2016
Pergi beraya rumah mak sedara mama merangkap nenek sedara pada aku di Kg. Baru

Fesyen baju : Baju Kurung Moden
Tudung :  Tudung Bawal
Handbag : Coach


20 Syawal  1437 - 25 Julai 2016
Jamuan raya di pejabat

Fesyen baju : Baju Kurung Moden Pendek + Dokoh Patch
Tudung : radiusite

24 Syawal  1437 - 29 Julai 2016
Memilih tema merah untuk dipakai semasa jamuan Seksyen Pembangunan

Fesyen baju : Baju Kurung Moden 
Tudung :  Rina Salleh Clothing

28 Syawal  1437 - 2 Ogos 2016
Ikut Seksyen Pembangunan ke open house MRT Corp di Sime Darby Convention Centre

Fesyen baju : Baju Blouse Bermanik - beli kat Kenanga,kain beli kat Giant Nilai
Tudung :  Tudung Bawal (koleksi peribadi tudung lama lah)



Rabu, 3 Ogos 2016

Raya kami Seksyen Pembangunan 2016

Jumaat lepas 29 Julai 2016,seksyen kami buat jamuan makan kecil-kecilan sambut raya.Bertemakan baju berwarna merah.Buat jamuan di bilik fail saje.



 ada makanan yang ditempah dan dibawa,ketupat lemang rendang wajib ada kalau tak bukan rayalah namanye.

 nie geng lelaki termasuk boss sorang je tak ada En.Azahari

dan kami 3 wanita

Kami buat tukar-tukar hadiah tapi kena buat cabutan nombor dan pemberi kena rahsiakan itu hadiah dia konon nak buat tanda tanya sapelah yang bagi.Tapi lepas habis majlis kami buka hadiah dan ada yang mengaku itu hadiah yang dia bagi.


mana satu kotak hadiah yang aku berikan,maaf rahsia tak boleh bagi tahu..hihihi.Hadiah tak kisah ape saje boleh diberikan dan nilainye rm10 keatas.

cabut undi eh salah cabut nombor bertuah

Sesi bagi hadiah dulu sebelum makan



aku dapat hadiah no.8 

Lepas habis bagi-bagi hadiah baru boleh makan..Jom serang makan - makan -makan..Lapar wei..






Kemudian kami jemput unit-unit lain plak datang makan,barulah rasa macam beraya


bersama linda,kawan lama kena jemput..

Nie jemputan sebelah petang selepas balik dari solat jumaat,makanan masih ada lagi maka haruslah jemput orang datang lagi kita kasi habiskan makanan.





aku dapat hadiahhhhh butang baju melayu dan beg duit kecil..


Hadiah nie abang Jai yang kasi.Butang baju melayu aku kasi Krul beg duit tue aku ambil bagus laki bini dapat hadiah.

InsyaAllah tahun depan boleh buat lagi..