Sabtu Ahad (6-7 Ogos 2016) lepas kami ke Melaka lagi,kali nie bukan berjalan-jalan tapi kali nie kami berehat sahaja di dalam bilik hotel.Rancangan ke Melaka dibuat pagi Sabtu lepas bangun tidur,masa bangun solat subuh tak pikir pun tapi masa bangun tidur tue aku sesaje kata nak berehat kat hotel,terus Krul ajak pergi Melaka.
Dalam 10 lebih kami gerak ke Melaka punyalah excited breakfast pun tidak kami.
Sampai Melaka terus survey hotel,cari punya cari sudahnye Hotel Seri Costa yang kami check in,harga pun berpatutan boleh lah nak stay disitu.
Ini adalah kali kedua kami stay disini,kali pertama tahun 2009
Oh ya kalau duduk hotel disini beli siap-siap kupon parkir
beli tau kalau tak kena saman,masa kami baru sampai ada banyak kereta kena saman sian dorang nak bercuti kena saman plak melayang duit
Ok jom tengok bilik bersaiz deluxe room
Besar biliknye,masih mengekalkan konsep yang sama,teringat kembali 7 tahun yang lepas tak ada beza pun.
atas tilam tue sejadah yea,aku rasa baik pihak hotel letak dalam almari saje sejadah tue
dalam almari disertakan iron,ironboard,1 extra pillow dan peti besi
Gambar dari pintu masuk bilik ke kiri itu toilet
Bahagian toilet,alamak tergelap plak besar toiletnye sangat selesa
masuk je pintu toilet bahagian kiri ada toilet bowl
sebelahnye bilik shower
seperti mana-mana hotel,hotel ini sediakan 2 tuala mandi dan sabun mandian
almari nie aku tak pasti letak ape
Ruang sinki.Disertakan hairdryer
perasankan gambar diatas tadi ada cermin besarkan,aku gedik mengajak Krul berwefie
kemudian kami turun makan di gerai Asam Pedas JR, dekat je hanya jalan kaki sahaja dari Hotel Seri Costa nie.Kedai makan Asam Pedas JR nie dekat dengan Menara Taming Sari
Asam Pedas Ikan Pari,ikan 2 ketul
Balik dari makan mandi-mandi solat zohor lepas tue kami rehat dan tidur secukupnye,lepas maghrib baru kami kuar cari makan malam tapi tak dapat makan kupang masak sambal kedai tue tak ada kupang
Keesokan harinye kami breakfast kat cafe hotel,lepas tue waze cari Restoren Mee Besen Melaka yang tengah famous tue.
Dah jumpa tapi bukannye petang 3.30 petang,balik dulu hotel petang nanti boleh singgah sebelum balik KL.Balik hotel sambung tidur,tidur,tidur.Hihihihi.
Dalam 12.30 kami check out,tapi sebelum tue kasi selfie wefie sekeping 2 keping 3 keping 4 keping huhuhu
Singgah shopping jap di Dataran Pahlawan Mall,dapatlah sehelai seluar jeans Krul belanja,Krul 3 pasang helai t-shirt,lepas tue terus ke Restoren Mee Besen.
Sampai je Restoren Mee Besen ramai betul orang kat luar restoren,dan di dalam restoren pun penuh jugak jam masa tu pukul 3.30 petang.Maaflah aku bukan bangsa yang penyabar sangat dari tunggu berejam-jam baik aku pergi tempat lain.So next time je lah yea aku singgah.
Kemudian kami singgah pula di Masjid Selat Melaka atau Masjid Terapung Selat Melaka.
dari pandangan sisi,cantikkan
Bagus masjid nie buka untuk pengunjung bukan agama islam melawati,tapi kena berpakian sopan.Pengunjung wanita boleh memakai Jubah dan Tudung dan pengunjung lelaki boleh memakai Jubah
tue lah pakaian untuk pengunjung wanita yang lelaki tak terambil plak terlupa
Next time datang melaka nak solat kat masjid nie
Lepas tue waze cari kuih keria antarabangsa Hj. Jalil yang masuk Majalah 3 tempoh hari.
Ingatkan tak ramai orang rupanye sama je ramai gak orang siap beratur panjang kedalam kedai,aku tengok gitu terus ajak Krul kuar.Sudahlah perut dah lapar jom je lah kite makan di Pantai Klebang dan minum coconut shake
Aku peliklah bukan waktu cuti sekolah pun tapi ramai orang gak kat Pantai Klebang.
Disebakan semalamnye tak dapat makan kupang aku order char kuey teow kupang puas hati aku dan Krul order air coconut shake
Dah kenyang terus gerak balik KL..
........................................................................................
.......................................................................
........................................................................................
.......................................................................
Address : Hotel Seri Costa Melaka
Jalan PM 8, Plaza Mahkota,
75000 Melaka
Phone : 06 - 281 6666
Rooms : Deluxe Room
Price : 2 day 1 night = RM150 (government rate)
.......................................................................
........................................................................................
Tiada ulasan :
Catat Ulasan