Khamis, 22 Disember 2016

-:: Birthday Krul ke 33 tahun ::-

Semalam birthday Krul,aku buat surprise lagi untuk dia.Tapi kena tipu dulu lah baru berjaya surprise nie.

Tak gempak mana pun aku buat just gantung banner birthday,masak sikit,beli bouquet ferrero rocher dan istimewa bagi hadiah birthday.

Aku tipu dia kata ada kursus kesihatan Puspanita(maaf ahli Puspanita guna nama Puspanita) siap nama Amirah dan Rinie terkait sekali.Tapi yang paling teruk nama Amirah lah,betul-betul aku jual nama Amirah(terima kasih membantu) kononnye malam sebelumnye Amirah tidur di Enstek kemudian suaminye Daus akan hantar Amirah ke rumah aku pagi esoknye dan pakai kereta aku ke Puspanita.Padahal tue semua rekaan aku semata-mata agar Krul pecaya aku betul-betul pergi kursus.

Bila Krul pergi je kerje aku mulakan operasi pasang banner birthday tue,alih semua kerusi meja makan dan sofa sapu rumah dan kemas sikit rumah.Dalam tengah mengemas tue Krul call tanya dah pergi ke belum aku bohong dia lagi Amirah dah otw sampai rumah lagi tak logik dah pkl 8 lebih tak gerak-gerak lagi.

Dah habis kemas rumah aku gerak ke office nak ambil bouquet ferrero rocher,kad birthday dan barang deco yang aku dah siapkan untuk diletak atas meja dan dinding.


Dugaan sungguh tampal banner birthday tue asyik jatuh je, menyampah penat aku nak kena panjat kerusi tampal balik kat dinding.Dah lama sangat nak buat benda nie,nak tak nak bila jatuh kena lah gagahkan diri tampal balik.


Bentuk kipas bulat warna warni dan kad birthday kena simpan dulu kat office kalau bawa balik awal-awal nanti kantoi.Kad birthday tak sempat buat aku pakai je kat kad kahwin orang kasi,aku ubah depan nye letak "Happy Birthday" dalamnye aku tampal kertas biru lepas tue aku tulis ucapan sikit.

bouquet ferrero rocher

tempah dari kakak officemate.korang boleh tengok instagram dia sunnykreatif.Harga mampu milik dan pasti akan puas hati dah lah cantik siap boleh berdiri.Ada 30 biji yea patutnye aku minta kak sunny bubuh 33 biji baru sama ikut umur. 


kek coklat indulgence 

Balik dari office singgah dulu secret recipe kat area rumah beli kek,sayang tak ada kek tiramisu kek kesukaan Krul tue dah tak ada aku beli je lah kek coklat indulgence nie.

Dah beli kek balik rumah hias kipas tue atas meja dan dinding letak posisi bouquet coklat dan kotak kek, balut hadiah, solat zohor kemudian baru masuk dapur masak makanan untuk makan nanti bersama.

Masa yang di nantikan,aku menyorok kat muka pintu bilik sambil standby dengan handphone nak rakam muka terkejut dia,sorry tak dapat nak share detik tue.Terkejut dia di muka pintu masuk lepas tue panggil-panggil aku, aku menjawab sambil wish happy birthday kat dia punyalah aku kejam dari bangun tidur sampailah ke petang aku buat bodoh tak wish kat dia.  


Terus sambut birthday dia di mulakan dengan memotong kek dahulu,lilin tak pasang pun ada sebenarnye tapi dia tak nak tiup ikutlah mana-mana.

Kemudian aku kasi lah bouquet ferrero rocher kat Krul.


Selepas tue aku ajak Krul makan dan aku suruh Krul duduk je kat meja biar aku yang serve konon-konon ala di restoren cuma tak ada candle je.

Kite mulakan dengan makan appetizers dulu

Pisang + Popcorn Ayamas + Air Teh O Panas


Sambil-sambil makan kami berborak,Krul bagi tau dia tel. Puspanita nak tau betul ke arini ada kursus,kantoi siut dia tau dah aku menipu dia.Krul ada niat nak tel. office nak cari Rinie(dia tak cari Amirah sebab dia syak Amirah dengan aku je) tapi disebabkan kak iman dan linda dah kenal suara dia,dia tak jadi tel dia fikir mungkin kami 1 geng dah berpakat.Dari situ dia dapat rasa aku ada buat sesuatu kat dia cuma dia tak tau bentuk macam mana surprise yang dia dapat nanti.

Terus aku cakap ingat aku nie nak curang ke nak keluar dengan laki lain,nak sentap rasanye bila dia curiga dengan aku.Nasib arini birthday dia aku cool je lah.

Hidangan seterusnya main course

 spaghetti bolognese

Sambung lagi borak,dia tanya buat semua nie dan beli bouquet ferrero rocher dan kek dengan Amirah ke?Aku cakap tak lah aku drive sendiri ambil bouquet ferrero rocher kat office dan beli sendiri kek kat secret recipe dan buat deco sendiri.Krul tanya betul ke bawa kereta sendiri bukan dengan Amirah dan deco hias sendiri,aku jawab balik betul lah buat semua nie sendiri sorang-sorang.Krul tak percaya aku kan penakut nak bawa kereta,memanglah aku ni penakut sebabkan nak buat surprise aku beranikan diri ini bawa kereta dan menipu dia kata ada kursus 

Yang terakhir makan kek


kek coklat indulgence sedapnye dah lama tak makan kek. 

Habis makan sambung ambil gambar balik termasuklah aku, susah payah aku gantung tak kan tak nak ambil gambar lagi dan lagi dan bagi surprise yang terakhir kat dia.


tumpang ambil gambar nak gak merasa hihihi


masa nie belum dapat hadiah lagi


bila dapat hadiah dua-dua tangan naik.Overrr..


Dapat hadiah terus goncang kotak dah tue teka tepat plak,menyampah aku.Tapi aku menafikan buka dulu baru tau apa hadiahnye.


Muka kesukaan dapat hadiah handphone



Aku bagi handphone sebab iPhone dia dah rosak asyik mati je padahal bateri masih penuh


Lepas tue rasmikan handphone dia ambil gambar kami bersama.

Lepas maghrib kami keluar hantar kek pada family aku kemudian ke IOI Putrajaya cari cover handphone dan tempered glass.

Aku kena fikir idea lain untuk tahun depan supaya tak kantoi lagi

Tiada ulasan :