Anjung Ikan Bakar nie buka waktu petang hingga ke malam,tempat makan nie kat tepi laut.
Masa kami datang angin tengah kuat dan ada ombak kecil, masa lalu kat jambatan nak masuk ke dalam memang dengar bunyi percikan air kena kat batu-batu tepi tue.
Ada 4 kedai kat sini.Kami pilih sebelah kiri yang kat belakang aku tue.
Baik dari ikan hingga ke seafood pun ada.
Menu pilihan masakan disediakan kalau nak ubah pun boleh tak ada masalah.
Ketam weiiiii disebabkan malas nak berkopek tak jadilah beli.
Ada nampak uncang kopi kat cawan no. 2 dari belakang,yea orang kedai tue masukkan 1 uncang kopi memang kaw kaw lah kopi tue jadinye.Lepas tue air suam aku plak Krul minum dah dia punya air suam dah jadi air kopi O tawar.Nasib boleh tidur malamnye.
Kedainye kat orang baju warna merah tue,sebelahnye ada gak kedai tapi dia buat set untuk 5 orang hingga berape tah lupalah plak,tapi ok je harganye murah gak.
Nie sebelahnye 2 kedai gak,tapi kedai hujung tak buka.
Hujung sana adalah laut gelap je kan,ada bot berlabuh sebenarnye kat hujung sana tue.Selesa je wei makan sambil ditiup angin laut.
Sebelum makanan sampai biasalah gedik ambil gambar jap.
Muka suci murni aku,orang baru ada selera nak makan.
Comelkan nasi putih dia buat bentuk 3 segi.Mula-mula order 2 je konon sorang sepinggan sudahlah bila dah makan tak cukup order lagi sepinggan share sorang setengah.Tekak aku elok plak malam tue sebab itulah makan bertambah,hihihihiπππ
Kami ambil udang dan ikan je.
udang masak telur masin |
ikan siakap masak lemon |
sayur kailan masak ikan masin |
Jadi pada sesiapa yang datang Labuan seperti biasa aku cadangkan korang datang makan disini.
Jap jap kalau korang nak datang sini sila gunakan Waze yea senang tak sesat Anjung Ikan Bakar nie lepas dari Anjung Ketam.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan