Khamis, 11 Januari 2018

Sabandar Leisure RIDES - Cowboy Town,Tuaran,Sabah

23-25 Disember 2017 pergi lagi ke Sabah,kali ini memang dalam rancangan bukan main terjah macam tempoh hari.Kami menginap di King Park Hotel tempat yang first time datang dengan abah mama.

Masa 2 Disember 2017 yang lalu aku share gambar jalan-jalan di Sabah kat FB,kawan dari cawangan Sabah cadangkan supaya datang ke sini Sabandar Leisure RIDES  atau dikenali dengan nama Cowboy Town.Tapi tidak kesempatan untuk kunjungi disebabkan masa tue hanya semalaman sahaja.

Hari pertama aktiviti kami di sana ialah tengok wayang cite Jumanji dan shopping.

Hari ke dua baru kami ke Sabandar Leisure RIDES - Cowboy Town.Kami hanya berpandukan waze saje.Alhamdulillah sampai.



Yeay dah sampai



Map kawasan tempat ini



Parking free tapi bayaran masuk dikenakan yea siap dapat air sekali nanti aku bagi tau kat mana boleh ambil air free tue.


Pelik aku apahal lah Senior Citizen dan O.K.U tidak diberi air mentang-mentanglah masuk freekan.Teruk perangan..Habis tue terkulat-kulat dorang tengok je kite minum.Fikir-fikirkan lah yea management.

Nak menunggang kuda pun boleh bayar saja..

Tiketnye biasa je macam resit beli barang,simpan tiket berkenaan untuk ambil air nanti.











Masih baru lagi tempat ini dibuka pada tahun 2015 .


Kandang kuda,siap ada nama setiap kuda-kuda disini.



tempat kuda mandiiiii..

Nak bagi kuda makan pun boleh beli saje makanan yang disediakan.




Kami tak masuk kuat sangat bau kuda,melekat nanti baju dengan bau kuda kang nak pergi tenpat lain selisih dengan orang malu plak bau busuk-busuk.

Jom kite ke trek kuda,ramai gak pengunjung menunggang kuda terutamanya kanak-kanak.Tak boleh tunggang gitu je penjaga kuda akan ikut dan tarik kuda tue mengelilingi trek tersebut.





Macam nie, adik nie bukan pengunjung tau dia penjaga kuda pengunjung duduk atas kuda lepas tue dia akan tarik kuda mengelilingi trek.

Kami tak tunggang kuda...hihihi.Aku sejenis yang penakut Krul nak naik selepas keluar dari Mangrove Park tapi kesian kuda-kuda semua dah berehat dalam kandang.

Ada juga booth jual hasil kraftangan



Dah mari kite masuk ke dalam Mangrove Park(Bakau Park) ni.






Disini adalah kawasan semula jadi hutan paya bakau turut terdapat Bamboo Restaurant.



Cantik hutan paya bakau nie dapat dilihat dengan jelas akar-akar pokok disini menjalar.

Tempat cantik sebegini haruslah bergambar rugi wei tak ambil gambar berlatar belakangkan dengan panorama disini.










Signboard untuk ambil air free kena menuju ke kiri manakala ke kanan Bamboo Restaurant.


Ramai orang berhenti rehat minum disini.Bagus disediakan kerusi dan meja.


Sila tunjuk resit tadi dan ambil air free


Teh O ais je uolls..hihihi..Itu pun nak kedekut dengan Senior Citizen dan O.K.U.


Turut ada juga disini handycraft booth.





Kami duduk sekejap sahaja kemudian teruskan perjalanan..



Dah sampai hujung



Dari sini boleh nampak jalan disebelah sana yang menuju ke pantai Sabandar.

Rehat sekejap sambil ambil gambar lagi.






Ok dah jom sambung jalan balik..





3 Gambar kandid diatas aku tak tau Krul ambil gambar sebenarnye bila tengok balik handphone ehh cantik plak gambar-gambar nie tapi memang betul pun aku tengah tengok daun-daun pokok diatas.

Trek jalan nie berpusing akan jumpa balik tempat ambil air free tadi dan Bamboo Restaurant.


Bamboo Restaurant ada juga pengunjug sedang makan disini.

Tak boleh move on dengan panorama tempat nie mari ambil gambar lagi.



So uolls datanglah ke sini Sabandar Leisure RIDES - Cowboy Town tak rugi pun datang sini boleh menunggang kuda dan ambil gambar panorama semulajadi hutan paya bakau yang masih terjaga elok.



Sabandar Leisure RIDES - Cowboy Town,Tuaran,Sabah
Jalan Sulaman, 89200 Tuaran, Sabah

Lepas ke Sabandar Leisure RIDES - Cowboy Town kemana kami tuju..tunggu next story okey babeh..Bye..

Tiada ulasan :