Pilihan sambutan birthday abah kali ni kami anak beranak sambut di Mohd Chan - Chinese Muslim Restaurant di Putrajaya,Presint 15 dan semua makanan dipilih sendiri oleh Yasmin, Aby dan Syafiq.
Plan makan kat sini dipilih oleh Yasmin, tugas aku fikir macam mana nak ajak abah ke sini supaya abah tak syak kami anak beranak nak sambut birthdaynya disini. Sudahnya aku terpaksa cakap dengan abah nak makan kat Putrajaya Presint 15 sebab tengok dalam blog ada orang makan kat restoren Mohd Chan makananya sedap-sedap.
Lega sebab abah percaya dan ikutkan.Sampai je kat putrajaya Yasmin Whats App kata dia Aby dan Syafiq tak sampai dan juga belum beli kek lagi sudahnye terpaksalah aku ajak abah pergi Mydin kawasan situ,dengan alasan konon nak beli barang sikit dan mama pun sama tolong melambatkan masa konon nak cari barang dan nak tengok ape yang menarik kat Mydin situ bagus mama bagi kerja sama.
Bila Yasmin Whats App kata dah sampai di restoren tu, cepat-cepat aku pergi bayar barang dan ajak abah terus ke restoren tersebut. Masih tak kantoi bagus dorang ni parking kereta jauh dari restoren abah parking depan sikit je dari restoren.
Masuk je ke dalam restoren melilau mata aku cari dorang duduk kata mana, rupanye nun jauh di belakang sambil masing-masing sorok muka nasiblah mata ni cerah sikit kenal adik-beradik. Terkejut abah sengih-sengih suka anak beranak sambut birthday dia.
Yang tiada Krul dan Gmarl.Krul tak balik sebab ada sukan dan Gmarl pula ada latihan silat.
Penuhkan meja dengan makanan dan aku sangat mencadangkan korang semua cuba makan di sini Mohd Chan - Chinese Muslim Restaurant. Semua lauk-lauknya sangat sedap.
Jom aku tunjuk satu persatu makanan yang kami makan, sebelum tu maaf nama masakan nie aku tak berape tau seperti yang aku cakap tadi semua di order oleh dorang.
Di sini ada disediakan kemudahan bilik bersolat yang sangat selesa. Nak solat kemudian sambung makan balik pun tiada masalah. Lepas solat baru acara potong kek dan bergambar. Bergambar tu kan wajib untuk buat kenang-kenangan.
Selamat hari lahir abah, kaklong sayang abah sampai Jannah dan kaklong doakan abah sihat-sihat selalu dan panjang umur.
Cinta hati mama dan abah
29 Julai birthday Aby plak. Tunggu dia nak belanja makan apa nanti.
Jadilah sorang menantu ada sama meraikan
Tu peluk-peluk ada makna, dia minta hadiah untuk birthday dia nanti cantik sungguh perangai dah besar eh bukan dah kahwin pun nak mengada-ngada bongsulah katakan.
Habis makan-makan kami pergi ke IOI Putrajaya pula, Yasmin dan Aby nak belanja abah beli kasut, aku tak join aku kan dah hadiahkan jam tangan Tissot masa raya Aidilfitri hari itu.
Dah tak tau nak makan di mana apa kata korang cuba makan di sini pula yea, tak jauh mana pun hanya di Presint 15, Putrajaya saja.
58 & 60, Tingkat bawah
Lot Komersil Nadi @15
Jalan Perak , Presint 15,
62050 Wilayah Persekutuan
Putrajaya +603-8893 1299
+6012-414 8001
Tiada ulasan :
Catat Ulasan