Selasa, 8 Februari 2011

Today is my Birthday

"Syukur alhamdulillah Kau masih memberikan ku peluang bernafas dibumi Mu Ya Allah,memberiku ruang masa tuk sujud kepada Mu.Semoga Kau selalu melindungiku dari segala malapetaka dan berilah dan makbulkan lah segala pemintaanku..Amin"

Seawal pagi lagi mai dah dapat msg wish happy birhday dari family dan kawan2 dan juga dr pihak PKKM(opis).Tak lupa juga dlm fb..Wahh ramai nye yg ingat birthday mai, hehehehe korang tgk kat hari lahir tue kan..Thanks  yea kawan2 mai very appreciate sesangat2..Buat hubby thanks yea dr semalam tak henti2 wish, nak jadi org pertama katanye..Ala jgn risau lah hubby u always no 1 in my heart..

Tahun nie mai hadiahkan diri mai dgn bercuti selama 2 hari..bermula dr semalam..Klu tiap2 tahun kerajaan bg cuti birthday kan best..Baru lah dapat melahirkan tenaga kerja yg produktif(yolah tue,dah malas tu malas lah gak)
Hubby semalam ajak berdating kat Menara Tinjau Hulu Langat,ayoo ramai nye couple dating ada yg dok kat luar kereta,dalam kereta, atas motor, atas bukit...yg dlm kereta paham2 je lah mesti ada nye aksi terlarang,nape mai kata mcm tue la bila mai lalu kat sebelah kereta dorang,baru nak bangun duduk betul2,subhanallah...Patut lah ada lugu "kalau berpacaran" cuba lah ikut lirik lagu tue sikit ada unsur nasihat agar tak melakukan aski terlarang..Eh bukan nak jd ustazah plak tak salah klu kita sama2 menasihatkan benda yg betul..

Sejuk je mlm tue,tiba2 teringat masa kami honeymoon kat cameron highlands plak.cantik permandangan dapat lihat semua bangunan,lampu2,KlCC,Menara Kl dan juga ada sekali sekala bunga api..Best siuttt...Erm tak dok lama pun lepas tu kami merayap plak kat up town ......Dah byk kali pegi but mesti tak de benda yg berkenan pun,hubby je lah yg beli seluar pendek nak pakai dgn t-shirt JC dia..Adalah dlm 3 ke 4 kali kami tawaf.Blh naik haji cam nie...Lapor plak makan lah yg org jual tepi2 jalan tue ala yg cucuk lidi tue..Dalam pukul 1.30 baru kami balik..Mata dah mengantuk dalam kereta dah bantai tido,sampai rumah pintu pagar bomba dah kena tutup.hubby lah buka pintu tue nak masuk..Masuk rumah cuci2 kaki muka bommm tido...ZZZZZZZ

Isnin, 7 Februari 2011

Kayu Oh Kayu

Holla kembali bersiaran...:-)
Asallah kedai cine semua nye tutup siap tulis note akan mula beroperasi kembali pd ari rabu,peh lama betul cuti raya.Kami plan nak bertukang arinie,habis puas kami pusing punya pusing semua kedai kayu cine tutup..Apada..Korang cuba pk,kat malaysia nie kebanyakan semua kedai dimonopoli(bukan mainan monopoli yg kita main tu) oleh org cine berbanding dgn org melayu..Klu dorong tutup kedai susah lah kita,mana tak nye cuba korang bayangkan (kaum wanita) klu nak buat rambut rebonding pegi je lah kat sungai wang tu semuanye kedai cina yg kebykkan nye customer org melayu,udah tutup cam mana nak set rambut lawa2 tuk raya nanti....Kan kan kan..

Masa on the way nak balik tu mai dapat idea nak pg kat tmpt pembinaan rumah,mana lah tau klu ada kayu yg dah x pakai dibuang..Pusing2 lah kami sampai 1 tmpt ada longgokkan kayu,ok gak kayu nye ada plak mat indon nak buang sepihan batu bata,mai cakap dgn hubby tanyakan kayu nie nak lagi ke tak klu nak amek 1 2 batang blh tak..Alhamdulillah mat indon tu bagi,pilih lah yg elok2 dapat 2 batang kayu..bagus gak kedai kayu tutup tak lah melayan duit..hehehe..


nie lah kayunye..kang korang tau lah apa nak buat dgn kayu nie..scoll lg ke bawah...


 almari dibawah sinki


nampak tak kazanah dlm isi perut almari tue..


kayu dah siap..





macam bangku kayu kan..kayu nie nak dimasukkan dlm almari td..



alamak! tak muat plak nak masuk,ayo yooo


terpaksalah buka balik kaki kayu nie dan kena ketuk kat dlm almari.


jeng jeng jennggggg dah siap,baru lah nampak tersusun je barang2 dlm almari nie..

Thanks to hubby yg berpeluh2 nak siapkan benda nie...




***kami sambung cuti lg 2 ari..Ari rabu baru keje..

Ahad, 6 Februari 2011

Kuih Bakar Pandan


Bahan-bahan yg diperlukan
  • 2 -3 cawan tepung gandum(klu cair tambahkan lg tepung)
  • 1 biji santan kelapa
  • 3 cawan jus pandan(klu x ada kisar daun pandan)
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula(kurangkan gula jika manis)
  • 2 sudu makan marjerin cair
  • 1 sudu teh garam
  • 1/ sudu teh pewarna hijau
  • 2 sudu makan bijan(goreng tanpa minyak)
Cara memasak
  1. Panaskan oven 180c selama 15 minit.Gunakan api atas dan bawah.
  2. Gaulkan semua bahan supaya sebati,kemudian tapiskan.
  3. Tuangkan bahan tadi ke dalam loyang yang disapukan dgn minyak @marjerin.Kemudian taburkan bijan.
  4. Bakarkan selama 1 jam @ sehingga masak.
  5. Sejukkan dan potong.

Sedia dihidang.Minum petang bersama hubby,
sebahagian kuih  bg pada ibu mertua dan mama..



Jumaat, 4 Februari 2011

Sup Sayur Cendawan

Bahan A
  • 1 paket cendawan(dikoyak)
  • 1 batang carrats
  • Sayur kubis
  • Sedikit ikan bilis (boleh letak udang)
  • 2 cawan air
  • 2 sudu rempah sup (dibancuh dgn segelas air)
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Minyak masak
  • Garam secukup rasa
Bahan B(dihiris)
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih

Cara membuat
  1. Basuh semua sayur dan tuskan
  2. Panaskan minyak dan tumiskan ikan bilis sehingga wangi.
  3. Masukkan rempah sup,air dan garam.masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan cendawan,carrots dan kubis.Biarkan mendidih sekali lagi.
  5. Tutup api kemudian masukkan daun bawang dan daun sup
  6. Sedia dihidang.

Khamis, 3 Februari 2011

Kuetiau Kung Fu



Bahan A
  • 1bungkus kuetiau
  • 3-4 biji telur (dipukul)
Bahan B
  • Udang basah (dibunag kulit
  • 1 cawan isi ayam(dihiris)
  • 3 ulas bawang ptih (dicincang)
  • Sawi kailan (dipotong)
  • Bunga kobis(dipotong)
  • 1 batang carrots (dipotong kecil)
  • Minyak masak
  • 2 sudu makan tepung jagung dan 1/2 cawan air (dibancuh)
  • 1 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan lada sulah
  • Garam secukup rasa
Cara memasak
  1. Panaskan minyak kemudian goreng telur dan kuetiau sehingga sedikit garing.Kemudian ketepikan
  2. Tumis bawang putih sehingga garing kemudian masukkan ayam dan udang.
  3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada putih,sos tiram dan carrots.
  4. Masukkan tepung jagubg yang sudah dicampurkan air dan kacau supaya tepung tidak bergentel.
  5. Campurkan kailan dan bunga kubis.Tutup api dan kacau.
  6. Tuangkan kuah atas kuetiau dan hidangkan.


menu nie sedap dimakan masa masih panas