Rabu, 9 November 2011

Berbasikal Ber2


Jom kayuh basikal...

Nie photo gedik kami 2 beradik,sebenarnye kami rembat basikal sepupu kecik kami budak Eira & Eka.Degil sgt X nak simpan basikal so kami pun main jap basikal dorang...kah kah kah siap pakai beg tue...

Ahad, 6 November 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Qurban

sumber en. google

Khamis, 3 November 2011

Cikgu Syafi datang!!!

Dalam hampir2 nak pukul 5 ptg td pintu opis nie berbunyi dindong, dah tau sgt pun klu bunyi tue mesti ada yg tak dpt masuk opis sama ada staff @ org luar.Bila dibukakan pintu yg masuknye adalah cikgu syafi....Mai pun apa lg tegur lah cikgu syafi dan kami saling bersalaman,tak sangka cikgu syafi masih kenal mai lagi.Kami sempat gak berborak seketika dan bertanya kabar memasing.

Kedatangan cikgu syafi ke opis nak jumpa salah sorg staff disini,katanye berkenaan sesi koir nanti..Cikgu juga tanya mai nanti masuk ke koir??? Ayo yo ada lagi ke koir,ingatkan tahun lps dah tarik diri Xde lah kaitan dgn koir,tapi klu tahun nie nama mai naik, mai akan pertimbangkan dulu sama ada nak join @ tak,mana lah tau bila time koir tue mai terpregnant takkan nak masuk pulakkan mau bergegar perut nie nanti sian baby mama...(berangan)

Oh ya! cikgu syafi berwajah baru sekarang nie,lagi cun melecun dr dulu2..nak tgk tak wajah cikgu syafi, kasi scrool bawah yea..


Syafizawati Sharif – guru vokal persembahan

betulkan cun melecun bertambah ayu dan bersopankan kan kan...(tak bodek pun)
masa mai interviews mai tanya kan bila cikgu pakai tudung nie,cikgu pun balas dgn senyuman dan jawab baru lagi pakai...alhamdulillah...

kat bawah nie plak gambar kenang-kenangan semasa cikgu syafi besama kami ahli koir kraf sempena Hari Kraf Kebangsaan 2009.Berpakaian sedondon bersama kami berbatik hijau tajaan sepenuhnya dari kraftangan malaysia..


dan yg bestnye cikgu syafi diminta pakai baju batik tue masa mengajar di kelas AF petang tue.Nyata cikgu syafi pegang pada janji buktinye malam masa diari AF dia masih mengenakan baju batik tersebut..


for cikgu syafi keep smiling...:)



Rabu, 2 November 2011

6 asas rumah tangga bahagia

 Penceramah motivasi terkenal Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood bersama suaminya Wan Akashah Wan Abdullah berkongsi asas-asas untuk membina rumah tangga bahagia.

Asas 1
  Menurut Siti Nor Bahyah,setiap pasangan yang berkahwin harus menetapkan matlamat mereka iaitu kebahagiaan di dunia dan akhirat.Hanya iman dan takwa boleh membawa pasangan ke syurga untuk mendapat kebahagiaan yang abadi.Uji diri adakah kita telah menjalani tanggung jawab sebagai Muslim.Keluar rumah menuju ke pejabat apakah niatnya?
  Bagi isteri,jangan salah guna keizinan bekerja yang suami telah beri.Elakkan makan berdua dengan lelaki bukan muhrim begitu juga dengan lelaki.Masing-masing perlu perkukuh iman dan kepercayaan yang telah diberikan,barulah rumah tangga ada asasnya.
  Menurutnya,tip dari nabi SAW untuk menjaga kesetiaan ialah jangan sesekali suami atau isteri mendengar rintihan dari rakan yang berlainan jantina dari mereka.
  "Ujian datang dalam bentuk kesenangan dan juga kesusahan,jadi kalau iman kita lemah kita pasti akan kalah,untuk menguatkan iman di pejabat dan isi masa dengan membaca  Al-Quran,"tambah Wan Akashah pula.

Asas 2
  Perlu ada kasih sayang,cinta dan rindu."Sedihnya dua elemen ini sering berlaku pada zaman bercinta sahaja.Nabi SAW berpesan,kalau kita sayangkan seseorang mesti ditunjukkan dengan kata-kata dan perbuatan.Jadi jika ada suami yang mengatakan 'abang sayang,cuma tak tunjuk saja'maka itu tidak patut,kerana nabi ajar suruh tunjuk,"tambah Siti Nor Bahyah pula.
  Sebagai ibu,haruslah memanggil anak dengan penuh kasih sayang dan panggilan yang baik-baik kerana setiap patah perkataan yang keluar dari mulut ibu adalah doa.
 "Nabi sendiri pun menunjukkan kasih sayangnya dengan berbaring diatas paha Saidatina Khadijah,jadi mengapa perlu suami sekarang tidak mengikuti perlakuan Rasulullah kalau itu yang menggembirakan hati isteri,"ujar Siti Nor Bahyah.

Asas 3
  Contohi akhlak Nabi Muhammad SAW,jagalah adab suami isteri serta tingkah laku masing-masing.Setiap dari anggota yang Allah kurniakan seperti mata,mulut dan hidung semuanya perlu dijaga.
  Kata Wan Akashah,isteri mesti memastikan suami makan dari masajannya supaya berkat."Sebab itu ustaz sendiri pun makan  masakan yang ibu dan isteri masak.Dari situ makanan yang dimakan itu diyakini kebersihan kebersihannya,apa yang dimakan menjadi darah daging untuk membentuk insan yang berakhlak mulia,"jelasnya.

Asas 4
  Tegas Siti Nor Bahyah,amanah dan tanggung jawab perli dipikul sehabis baik oleh setiap pasangan.Dalam keadaan ekonomi sekarang,ramai pasangan yang secara tidak sengaja mengabaikan masa bersama pasangan atau anak-anak.
  "Anak adalah amanah,sebaiknya kita menjaga anak kita sendiri dan tidak perlu menyerahkan tugas tersebut kepada pembantu rumah atau hantar ke pusat jagaan.Kalau pakai pembantu janganlah pula kita membiarkan pembantu mengambil peranan kita sebagai isteri," tambahnya.

Asas 5
  Setiap suami atau isteri mesti pastikan rezeki yang mereka perolehi adalah halal dan berkati."Biar sedikit tapi mencukupi.Keberkatan itu amat penting.Apabila kita bersembahyang kita pasti akan mendapat ketenangan.Begitu juga dengan kewajipan berzakat yang apabila kita tunaikan pasti akan tenang kerana mengikut suruhan Allah," ujar Siti Nor Bahyah.

Asas 6
  Pesanan yang paling penting ialah berbuat bailkah kepada ibu dan bapa."Apabila kita sebagai anak berbuat baik kepada ibu dan bapa kita,Insya-Allah anak-anak kita akan berbaik kepada kita dan rumah tangga kita pasti bahagia.

Selasa, 1 November 2011

Sesaje begambo