Memaparkan catatan dengan label ISLAM itu INDAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISLAM itu INDAH. Papar semua catatan

Rabu, 25 Julai 2012

Jangan Siakan Ramadhan

  • Ramadhan adalah bulan yang mempunyai banyak kelebihan.sebab itu ia digelar sebagai penghulu segala bulan.
  • Rasulullah SAW sabda:"Penghulu segala bulan adalah bulan Ramadhan dan penguhulu segala hari adalah hari Jumaat."
  • Disebabkan statusnya sebagai penghulu segala bulan,maka Ramadhan mengandungi kelebihan yang melebihi bulan-bulan yang lain sebagaimana hari Jumaat mempunyai kelebihan berbanding hari-hari yang lain.
  • Maka,orang yang ingin merebut peluang keemasan ini tidak wajar melakukan amalan sebagaimana bulan-bulan yang lain.
  • Mestilah melipatgandakan amalan kebajikan di luar daripada kebiasaannya 11 bulan yang lain.
  • Hari-hari yang berbaki dalam Ramadhan ini masih terdapat ruang untuk kita maksimumkan ibadah terutama di penghujungnya.
  • Pada penghujung Ramadhan (10 malam terakhir) mengandungi Lailatulqadar yang mempunyai kelebihan melebihi 1000 bulan.
  • Lailatulqadar adalah bonus yang diberikan oleh Allah SWT yang perlu kita manfaatkan.
  • Jesteru,marilah memanfaatkan sebaik mungkin peluang yang diberikan oleh Allah SWT ini.
  • Sesungguhnya mereka yang tidak mempedulikan tawaran-tawaran istimewa daripada Allah SWT ini seolah-olah orang yang menolak pemberian disebabkan ego dan sombong.
  • Hargailah anugerah ini dan anggaplah ini adalah Ramadhan terakhir bagi kita.

Setiap masa yang dilalui sepatutnya digunakan semaksima mungkin kerana ia pastinya tidak belulang lagi.


Jumaat, 20 Julai 2012

Panduan Solat Tarawih & Ramadhan

Insyaallah besok semua umat Islam (Malaysia) akan mula berpuasa,bulan Ramadhan adalah bulan berganda @ mulia. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda.Untuk mendapat balasan yang berganda adalah baik kiranya kita melakukan amalan ibadah dengan sempurna.Dibawah adalah carian mai untuk dibuat panduan dan dikongsi bersama dengan kawan-kawan.

                                               KLIK                                                       KLIK

"Bulan Ramadhan akan dibuka semua pintu syurga untuk menerima amalan-amalan soleh yang begitu banyak yang dilakukan oleh orang mukmin  pada bulan ini. Begitu juga akan ditutup semua pintu neraka kerana sedikitnya bilangan maksiat yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Syaitan-syaitan juga akan diikat apabila tiba bulan Ramadhan."

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Wasalam


***sumber dari JAKIM

Jumaat, 9 Mac 2012

11 Orang Yang Mendapat Doa Malaikat



1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Jumaat, 10 Februari 2012

cara baca Al-Fatihah dengan betul



Luangkan masa korang hanya 3 minit saje dengan belajar cara membaca Al-Fatihah dengan betul...

Jumaat, 16 Disember 2011

Kejadian Manusia Bukti Kekuasaan Allah

     Dialah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakinya.Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,Yang Maha Kuasa,lagi Maha Bijaksana.(ali-'Imran:6)
     Penciptaan manusia dari setitis air mani yang hina sehinggalah terbentuk manusia dengan bermacam-macam rupa,dengan ketinggian dan warna kulit yang berbeza dan sebagainya sudah cukup membuktikan bahawa manusia ini amatlah kerdil dan sepatutnya tahu bersyukur dengan nikmat yang diperolehi,dan ia tidak mampu dihitung oleh manusia.
     Di awal penciptaan ini,Allah telah  menjadikan rahim ibu sebagai satu tempat untuk menyimpannya sebelum manusia lahir ke dunia.
     Seandainya manusia sedar akan hakikat kejadiannya,maka tidak wujud manusia yang ingkar untuk mengikuti dan memahami suruhan Allah.Segala kepincangan dan perselisihan yang berlaku di muka bumi ini ialah berpunca dari sikap manusia yang tidak mengetahui dan memahami asal-usul kejadiannya.
     Apatah lagi pangkat,harta dan kemewahan yang dimiliki telah berjaya menguasai diri sehingga akhirat bukan lagi menjadi matlamat kehidupan.Islam tidak sekali-kali melarang seseorang manusia mencari kehidupan di dunia asalkan kehidupan abadi di akhirat tidak dilupakan.
     Manusia dijadikan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian.Selari dengan penciptaan itu juga,manusia telah ditugaskan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.Dengan kejadian itu,manusia perlu tahu menggunakan kemampuan yang ada demi menjaga keharmonian dan keamanan dunia.


***taip bulat-bulat dari surat khabar
Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Jumaat, 2 Disember 2011

Pahala Buat Wanita


1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita ya...ng tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Rabu, 2 November 2011

6 asas rumah tangga bahagia

 Penceramah motivasi terkenal Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood bersama suaminya Wan Akashah Wan Abdullah berkongsi asas-asas untuk membina rumah tangga bahagia.

Asas 1
  Menurut Siti Nor Bahyah,setiap pasangan yang berkahwin harus menetapkan matlamat mereka iaitu kebahagiaan di dunia dan akhirat.Hanya iman dan takwa boleh membawa pasangan ke syurga untuk mendapat kebahagiaan yang abadi.Uji diri adakah kita telah menjalani tanggung jawab sebagai Muslim.Keluar rumah menuju ke pejabat apakah niatnya?
  Bagi isteri,jangan salah guna keizinan bekerja yang suami telah beri.Elakkan makan berdua dengan lelaki bukan muhrim begitu juga dengan lelaki.Masing-masing perlu perkukuh iman dan kepercayaan yang telah diberikan,barulah rumah tangga ada asasnya.
  Menurutnya,tip dari nabi SAW untuk menjaga kesetiaan ialah jangan sesekali suami atau isteri mendengar rintihan dari rakan yang berlainan jantina dari mereka.
  "Ujian datang dalam bentuk kesenangan dan juga kesusahan,jadi kalau iman kita lemah kita pasti akan kalah,untuk menguatkan iman di pejabat dan isi masa dengan membaca  Al-Quran,"tambah Wan Akashah pula.

Asas 2
  Perlu ada kasih sayang,cinta dan rindu."Sedihnya dua elemen ini sering berlaku pada zaman bercinta sahaja.Nabi SAW berpesan,kalau kita sayangkan seseorang mesti ditunjukkan dengan kata-kata dan perbuatan.Jadi jika ada suami yang mengatakan 'abang sayang,cuma tak tunjuk saja'maka itu tidak patut,kerana nabi ajar suruh tunjuk,"tambah Siti Nor Bahyah pula.
  Sebagai ibu,haruslah memanggil anak dengan penuh kasih sayang dan panggilan yang baik-baik kerana setiap patah perkataan yang keluar dari mulut ibu adalah doa.
 "Nabi sendiri pun menunjukkan kasih sayangnya dengan berbaring diatas paha Saidatina Khadijah,jadi mengapa perlu suami sekarang tidak mengikuti perlakuan Rasulullah kalau itu yang menggembirakan hati isteri,"ujar Siti Nor Bahyah.

Asas 3
  Contohi akhlak Nabi Muhammad SAW,jagalah adab suami isteri serta tingkah laku masing-masing.Setiap dari anggota yang Allah kurniakan seperti mata,mulut dan hidung semuanya perlu dijaga.
  Kata Wan Akashah,isteri mesti memastikan suami makan dari masajannya supaya berkat."Sebab itu ustaz sendiri pun makan  masakan yang ibu dan isteri masak.Dari situ makanan yang dimakan itu diyakini kebersihan kebersihannya,apa yang dimakan menjadi darah daging untuk membentuk insan yang berakhlak mulia,"jelasnya.

Asas 4
  Tegas Siti Nor Bahyah,amanah dan tanggung jawab perli dipikul sehabis baik oleh setiap pasangan.Dalam keadaan ekonomi sekarang,ramai pasangan yang secara tidak sengaja mengabaikan masa bersama pasangan atau anak-anak.
  "Anak adalah amanah,sebaiknya kita menjaga anak kita sendiri dan tidak perlu menyerahkan tugas tersebut kepada pembantu rumah atau hantar ke pusat jagaan.Kalau pakai pembantu janganlah pula kita membiarkan pembantu mengambil peranan kita sebagai isteri," tambahnya.

Asas 5
  Setiap suami atau isteri mesti pastikan rezeki yang mereka perolehi adalah halal dan berkati."Biar sedikit tapi mencukupi.Keberkatan itu amat penting.Apabila kita bersembahyang kita pasti akan mendapat ketenangan.Begitu juga dengan kewajipan berzakat yang apabila kita tunaikan pasti akan tenang kerana mengikut suruhan Allah," ujar Siti Nor Bahyah.

Asas 6
  Pesanan yang paling penting ialah berbuat bailkah kepada ibu dan bapa."Apabila kita sebagai anak berbuat baik kepada ibu dan bapa kita,Insya-Allah anak-anak kita akan berbaik kepada kita dan rumah tangga kita pasti bahagia.

Jumaat, 14 Oktober 2011

MENANTI DI ALAM KUBUR

KHUTBAH JUMAAT (28 JANUARI 2011 /23 SAFAR 1432H)
“ MENANTI DI ALAM  KUBUR ”

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga ketakwaan yang ditambah nilai itu, membentuk kita menjadi insan soleh dan mulia. Oleh itu, mimbar pada hari ini akan membincangkan khutbah bertajuk: “ MENANTI DI ALAM KUBUR”.


Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Setiap yang bernyawa pasti akan mati, begitu jugalah dengan manusia tiada seorang pun boleh lari dari ajalnya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Apabila ajal seseorang itu telah sampai malaikat Izrail tetap akan mencabut nyawanya tidak kira di mana seseorang itu berada. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat 8:

Maksudnya : " Katakanlah: Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).

Begitulah apabila nyawa seseorang telah terpisah daripada jasadnya, maka tinggallah segala apa yang dimilik sama ada ahli keluarga,anak-anak,  saudara mara, pangkat,harta benda dan sebagainya. Jasad yang terbujur kaku akan diurus dan dihantar ke kubur untuk dikebumikan. Pada saat itu, terpisahlah ia ke alam lain iaitu alam kubur atau alam barzakh sementara menunggu hari hisab dan pembalasan di akhirat.

Menurut kamus Lisanul Arab oleh Ibni Manzur, makna alam kubur ialah suatu tempat di antara dunia dan akhirat sebelum dihimpunkan di padang Mahsyar daripada waktu mati hinggalah dibangkitkan atau ia juga bermakna dinding pemisah antara dua alam sejak dari waktu kematian seseorang sehinggalah dia dibangkitkan. Jadi sesiapa yang mati bermakna dia telah memasuki alam barzakh atau alam kubur.  Alam kubur  juga  merupakan tempat permulaan seorang manusia itu dihukum segala amalannya semasa hidup di dunia ini. firman Allah SWT dalam surah al-An’am ayat 62:

Maksudnya : " Kemudian mereka dikembalikan kepada Allah Pengawas mereka yang sebenar. Ketahuilah, bagi Allah jualah kuasa menetapkan hukum dan Dialah secepat-cepat Penghitung.

Ketika berada di alam kubur seseorang itu dapat menjangkakan sama ada dia akan mendapat kenikmatan atau kesengsaraan di akhirat kelak. Perkara ini disebut dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya, maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras)."

Bagi orang yang beriman kehidupan mereka di alam kubur dipenuhi dengan segala macam kenikmatan kurniaan Allah SWT. Sebaliknya bagi orang yang syirik, kufur dan ingkar terhadap suruhan dan perintah Allah sudah pasti seksaan dan azab kubur diterima sebagai tanda hukuman yang akan diterima di hari akhirat. Sahabat Nabi bernama Ubaid bin Umair al-Laitsi berkata, “ setiap mayat yang hendak meninggal, pasti liang lahad di mana mayat itu di kubur memanggilnya, “Akulah rumah yang gelap gelita, sunyi dan sendiri. Jika waktu hidupmu kau taat kepada Allah SWT maka aku hari ini akan menjadi rahmat bagimu. Jika kau derhaka, maka hari ini aku akan menjadi seksa bagimu. Siapa memasukinya dengan taat, akan keluar dengan bahagia. Dan sesiapa masuk dengan derhaka, dia akan keluar dengan penuh penyesalan.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah.

Sesungguhnya nikmat dan azab kubur adalah sesuatu yang wajib kita percayai dan yakini kewujudannya kerana ia dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Rasulullah SAW memerintahkan kita agar sentiasa memohon pelindungan daripada Allah SWT dari azab kubur sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang menyuruh para sahabat agar mengamalkan doa seperti berikut:

Bermaksud: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku mohon berlindung dari azab api neraka dan aku mohon berlindung dari azab kubur.”(Riwayat Muslim)

Kita wajib berlindung diri dari azab kubur, kerana alam kubur merupakan persinggahan sementara untuk kehidupan selanjutnya. Jika di alam kubur kita mendapat kenikmatan, itulah tanda bahawa kita akan mendapat kemudahan dan kebahagiaan di alam akhirat nanti. Sebaliknya, apabila mendapat azab kubur, itulah petanda bahawa orang tersebut akan mendapat kesulitan di akhirat sebagaimana Rasulullah SAW:

Bermaksud: “Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi.” (Riwayat at-Tirmizi)

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah.

Berdasarkan kepada pemerhatian mimbar, ramai umat manusia pada hari ini melupai tentang hakikat sebenar kehidupan dengan gagal mempersiapkan diri untuk menghadapi kematian dan menyedari bahawa dirinya akan menjadi penghuni kubur. Ramai daripada kita leka dengan kehidupan dunia. Jika ada di kalangan kita yang mengingati kematian, itu pun hanya dilakukan dengan sambil lewa tanpa merasa takut dan gentar akan kedasyatan azab alam kubur  ini. Mengapa ini berlaku, hal ini berpunca disebabkan hati kita yang terlalu cinta dan sibuk dengan perkara dunia sehingga menyebabkan hati kita keras dan gelap dari cahaya.

Ingatlah bahawa  jalan Allah SWT tidak dapat kita tempuhi dengan telapak kaki tetapi ia dapat ditempuh dengan kekuatan dan kesucian hati. Jika kita merasakan hati kita keras dan beku rawatilah ia dengan melaksanakan beberapa perkara seperti berikut: Pertama: Gunakanlah masa yang berkualiti ini dengan sentiasa membaca al-Quran dan berzikir.Kedua: Bersikap tawaduk dan sentiasa merendah diri di hadapan Allah SWT. Ketiga: Menghadiri majlis-majlis ilmu. Sedarilah, semakin tinggi ilmu agama seseorang semakin takut dia kepada tuhan-Nya. Di samping itu juga elakkan diri dari menghadiri majlis-majlis yang tidak berfaedah dan membuang masa. Keempat: Mengingati mati. Seseorang yang sentiasa ingat akan kematian menyebabkan hatinya tertumpu kepada alam akhirat, sekaligus meremehkan dunia dan tidak panjang angan-angan. Kelima: Menziarahi kubur. Jika hati kita tidak dapat disembuhkan dengan cara sebelum ini maka inilah  cara yang paling berkesan dalam mengubati hati yang keras.  Rasulullah SAW bersabda:

Bermaksud: “Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkanmu kepada kematian”  (Riwayat Muslim)

Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita menghitung diri kita, bagaimana nasib kita di alam kubur nanti, adakah kita sebahagian dari umat yang akan dirahmati atau akan di azab oleh Allah SWT. Renungilah kehidupan kita selama ini, adakah kita sudah bersedia untuk meninggalkan alam dunia ini, bagaimana dengan amalan kita? adakah sudah mencukupi untuk bertemu dengan Alllah SWT di akhirat kelak. Ingatlah segala amalan kita akan diperhitungkan samada ia berpahala atau berdosa dan semuanya terserah kepada neraca keadilan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. lngatlah wahai  muslimin sekalian bahawa setiap pergerakan kita sentiasa diawasi oleh dua malaikat iaitu Raqib dan Atid. Elakkan daripada terjerumus ke dalam dosa termasuk melemparkan tuduhan, prasangka buruk serta bercakap bohong. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Zalzalah ayat 7 dan 8:

Maksudnya: " Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat dzarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! . "

sumber : Portal Rasmi Masjid Negara
               Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Khamis, 13 Oktober 2011

Dengarlah seruan kubur kita


                               gambar belas ehsan dr en google

Setiap hari kubur menyeru manusia sebanyak 5 kali:
1. Aku rumah yang terpencil, ...maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan "بسم الله" sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan"لا إلاه إلا الله محمد رسول الله", supaya kamu dapat jawab soalan mereka

  
Semoga kita semua berada dalam rahmat serta redha Ilahi...InsyaAllah..
Amiin ya rabal alaminnn


N3 utk besok “ MENANTI DI ALAM  KUBUR ”

Khamis, 29 September 2011

Allah berkuasa menarik balik kurniaan-Nya

Sebenarnye tidak guna kita merasa sombong dengan apa yang ada pada kira,kerana sesungguhnya semua itu adalah milik Allah dan kita hanya diberi pinjam untuk menggunakan kurniaan tersebut dan sampai masanya kita mesti memulangkan kembali barang pinjaman tersebut kepada Allah.

Allah SWT Maha Berkuasa menarik balik apa yang dipinjamkan tersebut pada bila-bila masa sahaja.

Jesteru,penyakit hati ini mesti dirawat dengan segera kerana ia bukan sahaja akan merosakkan organisasi malah lebih bahaya daripada itu ia boleh menjadi penghalang dalam mencapai kesempurnaan iman.

Sifat-sifat tersebut boleh merubah kehidupan manusia dari mulia kepada hina dan dari kuat menjadi lemah,manusia mudah leka dari mengingati Allah SWT. 

Tidak kira sama ada dia seorang jutawan,hartawan,berpangkat tinggi,majikan,pemimpin atau sesiapa sahaja yang mempunyai kedudukan,kelebihan dan keistimewaan,semuanya jika mempunyai sifat sombong akan menjadi penyebab utama kepada keruntuhan iman.

Rawatan segera perlu dicari agar penyakit hati ini tidak merebak.

Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan untuk menghindar,menginsafi,dan memperbaiki diri dari sifat sombong ini.Seseorang itu haruslah merenung kembali asal kejadiannya dan destinasi terakhir yang bakal dituju sebagai langkah untuk membuang sifat berkenaan.

Ia harus ingat bahawa asalnya dari setitik mani yang hina.Setelah menempuh kehidupan di dunia ini,ia tetap akan mati dan terus dikuburkan lalu menjadi mayat yang hanya dibezakan dengan amalannya ketika hidup di dunia.

Di samping itu adalah dengan mengingati dan menyedari bahawa apa yang diberikan oleh Allah SWT. yang berupa ilmu,harta,kekuatan atau kemuliaan boleh diambil-Nya kembali pada bila-bila masa.Pemberian tersebut bukan untuk dibangga-banggakan tetapi untuk disyukuri,dikongsi dan diamalkan.

Amal ibadat seseorang kepada Tuhannya meskipun banyak tidaklah akan dapat mengimbangi nikmat yang diberikan Allah kepada hamba-Nya.

Sesungguhnya nikmat Allah tidak boleh diukur dengan sesuatu kerana Allah adalah sumber segala kurniaan dan yang memberi segala kurniaan dan yang memberi segala kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Amal seseorang daripada kamu tidak akan menjadikan dia selamat.Mereka berkata: Termasuk engkau ya Rasulullah? Ya aku juga.Namun Allah memenuhiku dengan rahmat-Nya.(riwayat Bukhari).

Sesungguhnya apa yang ada pada kita tersangat kecil dan sedikit,tidak layak untuk merasa megah atau besar diri,malah kita hendaklah merasa malu kerana sesungguhnya sifat takbur itu milik Allah,Dialah Al Mutakkabir,dan kita perlulah menisbahkan diri dengan segala sifat yang hina.Wallahu'alam.

Khamis, 8 September 2011

Rahsia Dan Hikmah Puasa Enam


Bahang sambutan ‘Idilfitri masih terasa. Dalam usaha meningkatkan amalan berterusan selepas Ramadhan, umat Islam sangat dianjurkan untuk terus berpuasa pada Syawal tetapi cuma enam hari sahaja, yang dikenali sebagai puasa enam.
Bagi mereka yang ingin memulakan puasa enam pada 2 Syawal 1426H secara berterusan, hari itu adalah ‘Hari Raya’ kedua bagi mereka, namun bagi yang belum memulakannya, masih belum terlewat melaksanakan amalan sunat itu selagi kita masih lagi berada di dalam bulan Syawal.

Hikmah atau rahsia puasa enam hari pada bulan Syawal adalah untuk mendidik kesabaran insan, sekali gus tidak menjadikan Hari Raya sebagai tempoh untuk membalas dendam iaitu dengan mengambil pelbagai makanan lazat yang terhidang sepuas-puasnya selepas sebulan berpuasa.

Ia juga akan memberi kesempatan kepada tubuh badan kita untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar dan dahaga. Justeru diutamakan puasa enam bermula pada 2 Syawal.

Namun begitu, puasa sunat enam itu boleh dilakukan pada mana-mana hari sepanjang bulan Syawal samada secara berterusan atau pun berselang seli. Namun, afdhalnya ialah pada Hari Raya Kedua dan dilakukan pula secara berterusan sehingga hariraya ketujuh.

Kelebihan orang yang melakukan ibadat ini diterangkan dalam sebuah hadith daripada Abu Ayub al-Ansari bahawa Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: “Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian mengiringinya dengan puasa enam hari pada Syawal, adalah puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith itu menjelaskan jika kita berpuasa pada Ramadhan dan diikuti pula dengan puasa sunat enam pada Syawal, seolah-olah kita berpuasa sepanjang masa, iaitu selama satu tahun.
Justeru, umat Islam perlu merebut peluang ini kerana kelaziman amalan sunat dilakukan bertujuan menampal sebarang amalan yang berkurangan atau cacat dalam amalan fardhu.

Barangkali ada kemungkinan amalan puasa kita pada Ramadhan berkurangan atau pun cacat sedikit, maka puasa enam Syawal adalah sebagai penampal terhadap kekurangan atau kecacatan itu. Bagi wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadhan, maka puasa enam memberi peluang yang baik kepada mereka untuk menggantikannya di samping mendapat pahala puasa sunat. Ia juga dapat mengelakkan budaya atau sikap suka melewat-lewatkan qada puasa sehingga Ramadhan hampir menjelang pada tahun akan datang.

Pelbagai ganjaran dan kelebihan yang diperoleh umat Islam jika mereka merebut peluang melaksanakan puasa enam pada Syawal ini. Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW, bersabda yang bermaksud: “Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 bulan sedangkan puasa enam hari (pada Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh.” – (Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah & Ibnu Hibban)

Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: “Siapa berpuasa Ramadhan, lantas disambung dengan enam hari pada Syawal, maka dia bagaikan berpuasa selama setahun.” – (Hadith riwayat Al-Bazzar).

Pahala puasa Ramadhan yang dilanjutkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda, seperti disentuh dalam hadith.

Membiasakan puasa selepas Ramadhan memiliki banyak manfaat, di antaranya:
Puasa enam hari pada bulan Syawal adalah pelengkap dan penyempurnaan pahala daripada puasa setahun penuh;

Puasa Syawal dan Sya’aban bagaikan solat sunat rawatib, dan berfungsi sebagai penyempurnaan daripada sebarang kekurangan. Perkara ini kerana pada hari qiamat, perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan sunat.

Seperti keterangan Rasulullah SAW dalam beberapa riwayat, majoriti puasa fardhu yang dilakukan Muslimin memiliki kekurangan dan ketidaksempurnaan dan keadaan ini memerlukan sesuatu bagi menutup dan menyempurnakannya.
Membiasakan puasa selepas Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan.

Segala amalan yang dikerjakan oleh seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT pada Ramadhan tidak akan terputus dengan berlalunya bulan Ramadhan yang mulia ini, selama dia masih hidup.

Rujukan asal dari: http://intim.wordpress.com/2008/10/03/rahsia-dan-hikmah-puasa-enam/

Khamis, 25 Ogos 2011

Sambut Syawal Dengan

Kita seharusnya melakukan sambutan kemenangan bermula detik Syawal dengan amalan-amalan sunnah.Antaranya seperti berikut:
  • Memperbanyakkan takbir dan puji-pujian kepada Allah swt pada 1 syawal mulai waktu maghrib hinggalah selesai khutbah hari raya
  • Mandi pada pagi hari raya sebelum pergi menunaikan solat hari raya:
  • Memakai pakaian yang paling baik,bersih,cantik dan berwangi-wangian, tetapi tidak berlebih-lebihan bagi wanita
  • Menjamah sedikit juadah makanan sebelum menunaikan solat hari raya sekurang-kurangnya beberapa biji kurma atau air
  • Berjalan kaki untuk menunaikan solat hari raya jika tidak menimbulkan kesulitan dengan menggunakan jalan yang berbeza semasa pergi dan balik
  • Keluar beramai-ramai ke tempat solat hari raya,sama ada tua atau muda, yang berkahwin atau belum berkahwin, wanita yang suci atau dalam haid untuk sama-sama bertakbir, solat, mendengar khutbah dan berdoa
  • Segera menunaikan zakat fitrah sebelum menunaikan solat hari raya
  • Menunaikan solat hari raya dua rakaat secara berjemaah, terutama di kawasan lapang jika di sediakan 
  • Mendengar dua khutbah selepas menunaikan solat hari raya
  • Ziarah menziarahi, bersalam-salaman, bermaafan serta melahirkan kegembiraan bersama keluarga, kawan dan jiran dengan pelbagai aktiviti kemeriahan yang bersesuaian dengan syariat
  • Memberi ucapan selamat sesama muslim, terutama melalui lafaz 'taqabbalullah minna waminka' (semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu)
  • Berpuasa sunat enam hari pada bulan syawal kerana ganjarannya sangat besar seperti sabda Rasullulah Saw : "sesiapa yang berpuasa ramadhan lalu diiringi dengan puasa enam hari pada bulan syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun. (riwayat muslim)

Selasa, 23 Ogos 2011

Keutamaan Nafkah dan Sedekah

MEREKA bertanya kepadamu (wahai Muhammad) apakah yang akan mereka               belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan meka berikanlah kepada ibu bapa,dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan.Dan (Ingatlah),apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan,maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).(a-Baqarah:215)

Ayat ini menjelaskan satu pertanyaan mengenai apa yang harus dibelanjakan (didermakan,sedekah) dengan harta yang halal dan kepada siapa yang harus diterima sedekahnya itu.Tetapi jawapan Allah lengkap dengan meletakkan derma dan sedekah itu tidak terseleweng daripada sasaran yang ditetapkan iaitu yang utama kepada ibu bapa,keluarga dan kaum kerabat seterusnya anak-anak yatim dan orang-orang miskin serta orang-orang musafir ke jalan Allah.Sekiranya wang dan harta yang dibelnjakan menyeleweng ke jalan yang salah,perbuatan yang dilakukan adalah sia-sia dan tidak manfaat daripada apa yang dilakukan.

Kesimpulan
Bersedekahlah daripada harta yang halal kepada orang yang terdekat di kalangan kamu iaitu ibu bapa dan kaum keluarga seterusnya anak-anak yatim dan orang-orang miskin serta musafir ke jalan Allah.

Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Ahad, 21 Ogos 2011

Hikmah Lailatul Qadar

LAILATUL Qadar adalah malam yang berlaku pada Ramadan. Malam ini disebutkan dalam dua surah al-Quran, iaitu pada surah al-Dukhan dan al-Qadr.
LAILATUL Qadar adalah malam yang berlaku pada Ramadan. Malam ini disebutkan dalam dua surah al-Quran, iaitu pada surah al-Dukhan dan al-Qadr.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam yang penuh keberkatan dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.” (Surah al-Dukhan, ayat 2)

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam kemuliaan.” (Surah al-Qadr, ayat 1)

Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.

Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu. Firman Allah bermaksud: “Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr, ayat 3)

Ada beberapa riwayat yang menceritakan sebab Allah menurunkan malam al-Qadar untuk umat Muhammad.

Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.

Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.

Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.

Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.

Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.

Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.

Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka’ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu’awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. “Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27.”

Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.

Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.

Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.

Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.

Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. “Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan.”

Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.

Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.

sumber: copy & paste dr sharing network PC abg jailani (PKKM)

Jumaat, 19 Ogos 2011

Dosa mengundang bencana

Setiap perbuatan dosa akan dihitung dan mendapat balasan ketika hidup di dunia mahupun di akhirat nanti.Bentuk balasan atau musibah yang mereka terima bukan sahaja menimpa individu yang melakukan dosa tersebut bahkan orang yang tidak melakukannya juga terpalit sama ditimpa bencana.

Bagi mengelak berlakunya perbuatan dosa yang mengundang bencana kepada masyarakat umumnya hasil daripada dosa yang dilakukan oleh orang tertentu, maka umat Islam telah dipertanggungjawabkan dengan turut sama berganding bahu mencegah dan membanteras perkara fasiq dan mungkar daripada berlaku.

Sesungguhnya umat yang menggalakkan kemungkaran berleluasa maka umat itu akan menanggung dosa.
 
Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara umumnya).Dan ketahuilah bahawa Allah maha berat azab seksanya.(al-Anfaal:25)

Khamis, 18 Ogos 2011

WORDLESS THURSDAY *SEMANIS KURMA RAMADHAN

Rabu, 17 Ogos 2011

Adab Sedekah

  • Sedekah dengan harta yang paling disukai
Firman Allah yang bermaksud: Kamu tidak akan peroleh kebajikan sebelum kamu membelanjakan sebahagian harta yang kamu cintai.Dan apa sahaja yang kamu belanjakan,maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.(ali-'Imran:92)

  • Merahsiakan sedekah kecuali ada tujuan baik
Firman Allah yang bermaksud: Jika kamu menampakkan sedekah,itu adalah baik sekali.Dan jika kamu berikan kepada orang kafir,maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu.Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahan kamu.Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.(al-Baqarah:271)

  • Segera bersedekah ketika sihat dan masih hidup
Firman Allah yang bermaksud: Dan belanjakanlah sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepada-Nya,maka ia (pada saat itu) akan merayu: "Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau tangguhkan ajalku sebentar sahaja,supaya aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk dari orang-orang yang soleh.(al-Munafiqun:10)

  • Tidak tarik balik sedekah (buruk siku)
Meminta balik sedekah yang telah diberi merupakan amalan yang dicela dalam Islam.Ini berdasarkan berita yang diterima daripada sahabat Abdullah bin Abbas bahawa nabi pernah bersabda: Perumpamaan orang yang mengambil kembali sedekahnya ialah seperti anjing yang muntah lalu memakan kembali muntahnya.(riwayat Muslim)

  • Tidak meremehkan sedekah meskipun sedikit
Sahabat Adi bin Hatim melaporkan hadis dari Nabi SAW: Lindungilah diri kalian daripada neraka meskipun dengan (bersedakah) sebutir kurma.Jika tidak ada maka dengan kata-kata yang baik.(riwayat bukhari & Muslim)

Isnin, 8 Ogos 2011

Perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa berpuasa


1.Meninggalkan perkara2 mazmumah
Berpuasa bukan sekadar meninggalkan makanan dan minuman. Tetapi, untuk memperolehi kesempurnaan di dalam berpuasa seseorang seharusnya juga meninggalkan perkataan-perkataan yang keji serta perbuatan-perbuatan orang jahil. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) atau berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum).”
Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1894

2. Meninggalkan perbuatan yang lagha (sia-sia)

Justeru, disunnahkan bagi orang yang berpuasa meninggalkan perbualan yang lagha (tidak berfaedah), mengumpat, bercakap kotor, mencerca orang lain dan sebagainya. Puasa juga mendidik seseorang untuk menjadi penyabar. Oleh itu, seseorang yang berpuasa disunnahkan bersabar apabila dicerca mahupun diperangi oleh pihak lain dengan mengucapkan “sesungguhnya aku sedang berpuasa” sebagaimana sabda rasulullah s.a.w:

“Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) dan berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum). Jika seseorang itu diperangi atau dicaci, dia hendaklah berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa (Nabi menyebutnya dua kali). ”

Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1894.

3. Meninggalkan perbuatan mencerca dan memerangi termasuk percakapan bohong.

Semoga melalui ucapan itu dapat mencegah pihak lain dari mencerca atau memeranginya. Berbohong boleh mencacatkan kesempurnaan puasa. Oleh itu, syariat melarang seseorang bercakap bohong ketika berpuasa dan Allah melarang keras perbuatan dengan ancaman tidak akan menerima ibadah puasanya. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan melakukan perbuatan it uterus menerus, Allah langsung tidak berhajat (memandang) perbuatannya yang meninggalkan makan dan minum (puasa).” -

Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1903.

sumber: copy & paste dr sharing network PC abg jailani (PKKM)

Jumaat, 5 Ogos 2011

Fadhilat dan Kelebihan Berpuasa Ramadhan


Kelebihannye:
*Pintu langit dibuka.
*Pintu-pintu syurga dibuka.
*Bulan yang penuh keberkatan.
*Salah satu malamnya adalah lebih baik dari seribu bulan.
*Ganjaran amalan sunat sama dengan solat fardhu.
*Solat fardhu mendapat ganjaran 70 kali ganda.
*Bulan kesabaran dan pahalanya adalah syurga.
*Bulan menambah rezeki.
*Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa ketika sebelum berbuka puasa dan doa pada sepertiga malam.
*10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan adalah  pengampunan dan 10 hari terakhir adalah kemerdekaan dari api neraka.

* Umar ibnul Khathab r.a. berkata, "Orang yang berdzikir kepada Allah pada bulan Ramadhan akan diampuni dosa-dosanya; dan yang memohon kepada Allah pada bulan Ramadhan tidak akan kecewa.

* Puasa mengatur keseragaman ummat. Selama Ramadhan, umat berseragam dalam sahur dan berbuka, dalam bekerja dan beristirahat, serta dalam shalat, istighfar, dan bertobat kepada Allah. Lidahpun seragam dalam bertakbir, bertasbih, dan bertahmid sehingga tercegah dari kata-kata buruk dan menyakiti orang lain, menjauhi perbuatan keji dan munkar, mengisi hati dengan cinta kasih kepada sesama hamba Allah, selalu baik dan bersih lahir bathin, serta sabar meng- hadapi segala macam kesulitan hidup. (ulama)
* Imam Al Ghazali berkata, "Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka padahal ber- puasa. Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuhnya (dalam perbuatan dosa).

sumber: copy & paste dr sharing network PC abg jailani (PKKM)

Khamis, 4 Ogos 2011

Adakah Sah Puasa Jika Mandi Wajib Setelah Azan Subuh???

Persoalannya :

Jika seseorang didatangi haid( habis haid) ataupun bersetubuh di malam hari, tetapi mandi wajib di pagi hari iaitu setelah azan subuh ataupun terbenamnya matahari..Adakah sah puasanya pada pada hari tersebut??


HUKUM SUAMI ISTERI BERJIMAK DI BULAN RAMADHAN

Suami isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan puasa dan kemudian mandi wajib bolehkah mereka berpuasa, sedang apa yang saya tahu masa waktu imsak kita dikehendaki berhenti makan dan membuat perkara membatalkan puasa juga selepas azan subuh maksudnya puasa itu bermula?

Jawapan :
 Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam bersetubuh itu fajarpun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.

Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.

sumber:
http://zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/603-subuh-tapi-masih-belum-mandi-wajib--sah-puasanya-.html