Ahad, 22 Julai 2012

Menarik Tentang Kurma

Hidangan berbuka paling popular 




Kurma ialah buahan manis lagi berkhasiat

INFO
1. Mengandungi khasiat mineral,vitamin dan serat
2. Buat manis yang tidak menyebabkan paras gula dalam darah naik
3. Kandungan zat gula yang ada di dalam kurma mudah dan cepat diserat

Kurma @ nama saintifiknya PHONEX DACTYLIFERA dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kurma segar dan kurma kering.

Kurma paling mahal adalah kurma AJWA @ kurma Nabi.Ia digelar demikian kerana Nabi Muhammad SAW suka makan kurma berkenaan.

Jumaat, 20 Julai 2012

Panduan Solat Tarawih & Ramadhan

Insyaallah besok semua umat Islam (Malaysia) akan mula berpuasa,bulan Ramadhan adalah bulan berganda @ mulia. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda.Untuk mendapat balasan yang berganda adalah baik kiranya kita melakukan amalan ibadah dengan sempurna.Dibawah adalah carian mai untuk dibuat panduan dan dikongsi bersama dengan kawan-kawan.

                                               KLIK                                                       KLIK

"Bulan Ramadhan akan dibuka semua pintu syurga untuk menerima amalan-amalan soleh yang begitu banyak yang dilakukan oleh orang mukmin  pada bulan ini. Begitu juga akan ditutup semua pintu neraka kerana sedikitnya bilangan maksiat yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Syaitan-syaitan juga akan diikat apabila tiba bulan Ramadhan."

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Wasalam


***sumber dari JAKIM

Isnin, 16 Julai 2012

2 minggu di tingkat 3

Belum sempat aku menyuap makanan ke dalam mulut, bos minta aku naik tingkat 3 menggantikan kak gayah yg bercuti selama 2 minggu kerna mengerjakan umrah.Suka tak suka aku kena ikut arahan so lepas makan aku naik ke tingkat 3 menjalankan tugas sebagai PA sementara kpd KP.
Sehingga saat aku menaip N3 nie X ada berat sgt tugas yg aku kena buat just jawab panggilan je.Suasana jauh berbeza berbanding dengan tempat aku dibawah,dibawah aku sgt bz menjawab panggilan tapi di atas nie suasana sunyi sikit deringan telefon pun sekali sekala je berbunyi.
1 pengalaman yg baru buat aku selama 5 tahun bekerja disini.Harap2 aku dapat menjalankan tugas dengan baik..

*** kawan2 plzz jgn ajak aku bergelak.aku kena jadi sopan kat sini gelak pun dalam hati je nie..

Khamis, 5 Julai 2012

Habis sudah 3 hari KPSL

3 hari menduduki peperiksaan KPSL

Selasa  03072012 BHG. l    - Perintah Am,Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Pejabat
Rabu    04072012 BHG. ll   - Panduan Pengurusan Pejabat,arahan Keselamatan dan
                                               Pekeliling Kemajuan PentadbiranAwam
Khamis 05072012 BHG. lll - Undang-Undang Umum

Antara 3 bahagian nie aku rasa yg paling susah sekali bahagian 3 Undang-Undang Umum sebabnye kena paham situasi yang diberikan.Bahagian lain tue bukan lah senang sgt pun tapi aku masih boleh lah jawab cuma X tau lah pemeriksa nak bagi lulus ke tak..Banyak andaian yg mengatakan mungkin lulus pun mengikut kota, sama ada betul @ salah lantak pi lah malas nak pikir buat sakit kepala je nanti.Nie pun dah sakit jari dok menulis je.Harap-harap lulus lah hendaknya,aku sudah cuba sehabis baik menjawab kesemua soalan yang diberikan.

Selasa, 3 Julai 2012

3 hari KPSL

Bermula arinie sampai khamis aku akan menduduki peperiksaan KPSL(Peperiksaan Khas Peningkatan Secara Lantikan).Harap-harap kali ke-2 nie ambil LULUS lah hendaknye klu tak pun 1 paper sangkut lulus pun dah bersyukur.Lain tahun boleh concentrate paper yg x lulus tue.Al maklum lah otak dah beku dah lama tak periksa zaman sekolah lain lah ada je periksanye.

Bagi kawan-kawan yg sama ambil KPSL nie good luck k..sediakan pen yg berdakwat k kang klu x ada tak pasal2 nak pinjam org sebelah tue pun klu dia ada lebih pen kot klu X ada jangan plak nak menangis.

Aku nie tawakal je selagi boleh jawab aku jawab..

Ya Allah permudahkanlah aku menjawab peperiksaan besok.Amin..