Selasa, 22 Januari 2013

sekitar majlis birthday girl NUR LILY KHALISYA



kek Khalisya

Semasa acara meniup lilin dan memotong kek..




Aku dan hubby pun gatal nak gak ambil gambar dengan Si Chicky nie




Tak payah tunggu kat rumah kat situ gak beria2 mak bapak Khalisya buka semua hadiah




Sebelum balik ambil dulu gambar dengan Khalisya tapi Khalisya tak pandang kamera sibuk nak main lari2 dengan sepupu dia yang lain.

Isnin, 21 Januari 2013

Hadiah untuk Nur Lily Khalisya

Semalam kami berdua dapat jemputan dari adik hubby untuk menghadiri majlis hari jadi Nur Lily Khalisya iaitu anak buah hubby.Majlis hari jadi tue diadakan di KFC Jalan Kuchai Lama dengan menjemput adik beradik dan family kedua pihak.

Disebabkan aku tak sempat nak beli hadiah hari Sabtu,tue yang aku beli semalam gak.On the way ke KFC Jalan Kuchai Lama aku minta hubby singgah kat Sungai Besi nak beli hadiah segan datang dengan tangan kosong hubby cakap nak kasi duit tapi aku bangkang yang arif,aku cakap nak gak beli hadiah.Walaupun Khalisya baru umur 2 tahun mesti dia akan rasa seronok dapat hadiah berbentuk mainan,kalau bagi duit nanti tak adalah kenangan hadiah hari jadi.

Sampai je kat Sungai Besi terus cari kedai mainan.Aku dah plan dari rumah lagi nak beli puzzle game.Nampaknye ada kat kedai tue,aku belikan puzzle ABC dan puzzle kartun.ABC tue nanti mak ayah dia boleh ajarkan baca dan mengenal huruf,baguskan aku beli sangat berguna utk pembelajaran dia.

Dah pilih aku pun bayarlah 2 barang tue dan pembalut hadiah aku tanya kat adik cashier tue boleh tolong tak balutkan hadiah.Dia kata tak sempat nak tolong balutkan,ala tak kan aku nak balut dlm kereta nanti mesti kena beli seletip rugi plak rasanye.Aku dengan selambanye cakap boleh tak akak nak tumpang balut kat meja adik,sekali dia kata boleh tumpang balut kat situ.Cepat-cepatlah aku balut takut kacau kerje dia nak kire barang customer lain.Baik adik tue siap bagi guna seletip percuma.Habis je balut hadiah,aku ucapkan terima kasih kat dia dan terus ke KFC Jalan Kuchai Lama.

First time aku balut hadiah sendiri kat kedai,lain kali aku kena beli awal-awal tue kira bernasib baik orang bagi tumpang balut hadiah kat meja dia,kalau dapat orang lain yang tak bagi mau terkangkang aku balut hadiah kat kaki 5.

Nanti senang-senang aku up cite sekitar sambutan majlis hari jadi Khalisya k.


Ahad, 20 Januari 2013

Terlupa Cik ESARLI..I'm sorry

Aku memang betul-betul lupa yang ada lagi kasut belum pakai.Tah macam mana boleh teringat betul-betul nak kuar petang tadi.

Apa lagi carilah dalam stor,cari punya cari tak jumpa aku suruh hubby tolong carikan rupanye kotak kasut tue ada kat belakang sekali dan dibawah barang-barang lain.

Nasib aku teringat kalau tak mesti reput nanti kemudian hari.Sebenarnya kasut nie beli puasa tahun lepas kononnya aku cadang nak pakai masa raya tahun lepas tapi kasut lain plak aku pakai,tue lah gatal sangat sampai beli 2 pasang kasut kan dah lupa nak pakai yang sepasang lagi.

Oh ya kalau jadi pergi Perlis bulan 2 nie kenduri kahwin sepupu boleh lah aku pakai tak payah gatal beli kasut lain.Membazir tue kan amalan syaitan.

Alamak baru teringat ada 1 lagi kasut belum pakai....hihihi kasut yang hubby belikan..kasut Cik Valentino Rudy..Hai bila agaknye nak pakai..Tue aku akan pikirkan kemudian yang penting arinie kaki aku berkasut baru..

Sabtu, 19 Januari 2013

TAKO TAO

Dulu tak geti makan sekarang pantang pergi IOI Mall Puchong @ AEON Taman Maluri mesti beli..

Hubby pun dah geti makan,dia kalau makanan pelik2 susah nak makan lepas dia rasa sekali tue sampai sekarang dia suka makan.Kadang2 tue dia sendiri ajak aku pergi beli dulu sebelum balik.Tapi hubby suka makan masa panas bila dah sejuk dia tak berape suka.

Ada 4 pilihan iaitu octopus(sotong)/prawn(udang)/chicken & chease(ayam&keju)/unagi(belut)/abalone(tiram).

Aku suka makan octopus dan prawn.

Jumaat, 18 Januari 2013

Bulatnye muka Myfara


Gambar terbaru aku yang diambil pada hari selasa utk kegunaan ID Pekerja...Bulat bak belon muka aku sekarang nie.Macam mana lah nak kecutkan sikit muka nie sudahlah badan semakin hari semakin berisi(malu nak cakap gemuk)..Tapi comelkan muka aku..hihihihi..poyo je..(^_^)

Sebenarnye aku ada gambar lain nak bagi kat HR (gambar tue 3 tahun lepas zaman muda mudi) tapi disebabkan ada disediakan sesi mengambil gambar baru, aku pun ambil lah gambar baru boleh suruh Ravi printkan nanti...