Rabu, 4 Februari 2015

:: Beli bunga di Sungai Buloh ::

Isnin bawa Mak Ngah sekeluarga pergi Sungai Buloh beli bunga,dari hari sabtu masa jumpa kat Kuantan mak ngah dah cakap dengan mama nak ajak pergi Sungai Buloh katanya nak beli bunga baru untuk tambah koleksi bunga di kebun bunga dia.

Memang betul-betul mak ngah borong beli bunga,masuk satu-satu kedai sampai hujung tengok bunga mana yang nak beli.Sampaikan bonet kereta yang dah penuh dengan beg dialihkan ketepi nak letak bunga-bunga yang dia beli.Aku lupa plak nak snap gambar bonet kereta dia.

Jom layan gambar masa kat sana


berbaju blouse bertudung coklat tue lah mak ngah kite sebelah tue mama aku lah kan..Mama cakap macam bukan kat Sungai Buloh tapi macam kat Cameron Highlands,adalah sikit kan cuma sini panas cameron Highlands sejuk.


posing ma posing mama

Lepas posing-posing dorang tinggalkan aku cuba tengok gambar bawah terus je kedepan tak ingat aku kat belakang nie..


Bukan aku je kena tinggal anak mak ngah pun kena tinggal di belakang mengikutlah kami anak beranak nie kat belakang,ytengok bunga juga tapi ikut suka dorang lah nak masuk kedai mana tak mengikut sangat kita orang nie.


Tah ape lah adik beradik nie berbincang,bincang nak beli pokok ape lah tue kan..suka hatilah jangan tak nak balik sudah.


pokok yang mak ngah pegang tue aku ada beli dulu dan kedai nie lah juga aku beli dulu.Kat kedai nie ada gak mak ngah beli bunga, tah ape tah pokok mak ngah beli aku tak tau namanye ada dlm 3 ke 4 pasu mak ngah beli.      
          

                                                      
 jalan-jalan sampai kedai hujung sekali,kat kedai nie memang mak ngah beli banyak pokok bunga tue kat bawah kaki pak ngah tue semua pokok mak ngah.Pokok bunga raya 3 beg,bunga ros 2 pasu lepas tue pak ngah beli sepasu pokok berdaun je bukan jenis yang berbunga.Kat kedai nie mama gunakan kuasanye tawar menawar serius dapat murah semua pokok yang mak ngah beli dan aku dapat murah sampaikan tauke kedai nie pening kepala,hahaha lantak kan asal dapat murah.

Kat kedai nie aku beli sepasu bunga ros kuning dan beli bunga raya warna putih Mama tak beli bunga tapi mama beli tanah hitam dan kuning,rasanye 8 beg dapat murah gak.Tu yang untung bawa mama semua benda mama tawarkan dapat murah.

Masa nak balik ke kereta mak ngah singgah lagi satu kedai tue,sambung beli 4 pasu bunga 3 pasu dia punya sepasu untuk sedara kat kampung.Lepas tue baru mak ngah gerak bailk Pdalam 3.15 petang.Mak ngah tak sabar nak tanam semua pokok-pokok bunga tue dalam pasu dan di tanah.

Lepas dorang gerak balik aku sambung beli pasu untuk tanam pokok kertas yang aku beli semasa tunggu mak ngah sampai.Lambat sangat nak sampai beli pokok kertas kat kedai luar.Harga murah tue yang beli sampai 3 beg pokok kertas


nie pokok bunga yang aku beli..Pokok kerta warna pink,putih dan unggu cair.


3 biji pasu,2 untuk pasu untuk pokok kertas 1 yang besar tue untuk pokok bunga raya.1 lagi pokok kertas pakai pasu lama kat belakang rumah.Lupa nak snap 1 pasu kecil yang aku belikan untuk mama nak tanam pokok setawar.Sian mama punya dah dimakan oleh siput babi.

nanti aku up N3 lain pasar tanam pokok tue semua.





Isnin, 19 Januari 2015

hati ini sedih sebab abah sakit T_T

Resah hati ku Selalunya ada Fikirkan kamu Setiap waktu ku Tenang jiwa ku Bila kau di sisi 

Tak mampunya aku Bila kau tiada Gelap hariku Sepi hidup ku Lemah langkah ku

petikan lirik : Lagu Akhiri Penantian
                                           nyanyian : Alif Satar                  



Lepas dapat tahu abah kena sakit darah tinggi sejak minggu lepas hati ini asyik sedih sepanjang hari.Macam-macam aku fikirkan lebih-lebih lagi tang negatif.Aku tahu sepatunye jangan difikir perkara yang negatif,aku nie anak mesti lah sedih bila dapat tau orang tua aku sakit.Kadang-kadang tue bila kat rumah aku menangis,aku masuk bilik air menangis.bila nak tidur aku doa untuk abah dan mama sambil nangis-nangis tapi aku kawal lah .Bila doa semasa solat air mata nie tak payah dipaksa ia jatuh meleleh macam air hujan tanpa henti membasahi pipi aku,sambil teresak-esak mendokan kesihatan abah supaya Allah berikan kesihatan yang baik keatas abah dan pinjamkan lagi abah buat aku dan keluarga lebih lama.

Sayu je bila aku tengok muka abah masa aku datang sana,tiba-tiba rasa nak nangis je masa tue tapi aku control tak nak bagi abah nampak tapi dalam hati nie dah nangis dulu kalau bercakap mesti dengar getaran suara aku tue,cepat-cepat aku pandang tempat lain.Abah kejap-kejap baring je,picit kepala sendiri dan nak makan pun tak ada selera asyik minum susu saje.Tak boleh taip panjang-panjang rasa nak meleleh air mata nie sekarang nie.Apa yang aku boleh kata kan aku sedih sedih sedihhhhhhhh T_T..




sayang abah dan sayang mama selamanya..Kasih ibu membawa ke syurga kasih ayah sepanjang masa.

dear Allah please don't take him from me.i need him in my life 

Selasa, 13 Januari 2015

mencuci comforter lebih mudah dengan DOBI PAPA

Jimat duit kami tak payah nak hantar dobi lagi untuk basuh comforter atau toto.Ahad baru nie aku pergi kedai dobi iaitu DOBI PAPA nak cuba basuh comforter sendiri.Dalam pukul 7.45 pagi    dah sampai dobi tue,baru ada sorang yang datang basuh pakaian.K nie first time datang situ,aku sendiri fikir macam nak guna,so carilah instruction yang ditampal kat dinding.

Senang rupanya nak guna mesin nie hanya masukkan duit ke dalam mesin basuh tue untuk mula cucian dan dryer.Tapi sebelum tue kena tukar duit kepada token yang dikhaskan.


nie lah mesin tukar tokennye.mesin nie menerima duit rm10,rm5 dan rm1

Ada 2 jenis mesin basuh yang disediakan, maksudkan aku 1 mesin basuh untuk 10kg dan 1 lagi untuk 14kg.Pilih lah yang mana nak guna. 

Harga cucian untuk 10kg dan 14kg


Disebabkan aku basuh comforter aku pilih mesin basuhan 14kg,harganye rm6.50 air plak aku pakai air biasa (cold) je.Kalau nak guna air sederhana panas(warm) tambah rm1 dan air panas (hot) sekali kena tambah rm2.Kadar cucian 14kg selama 23 minit.


 Mesin cucian14kg nie ada 4 buah.Oh ya sabun disediakan cuma tak boleh letak sendiri je sabun free tue,sabun akan kuar secara automatik masa mesin berfungsi,tapi kalau korang nak bubuh sabun sendiri boleh je tak ada masalah sila bubuh sebelum mesin basuh mula berpusing letak sabun cecair je tau.Aku pun bubuh sabun sendiri gak nak lebih wangi takut sabun free tue tak wangi tapi sebenarnya wangi tau sabun tue,aku cakap wangi sebabnye aku letak sabun aku tue sikit je pun dan siap dapat free softener.


Manakala untuk cucian 10kg hanya ada 2 buah sahaja.2 saje nie kalau orang tengah guna kena lah tunggu sampai habis basuhan orang tue.Cucian 10 kg nie rm5.50 kalau nak tambah air warm dan hot tambahlah lagi duit.Tengoklah sendiri kat gambar atas tue berape harganye yea.

Ko rasa aku tunggu tak cucian comforter tue?jawapanye TIDAK.Lepas masuk kan je comforter dalam mesin basuh tue dan dah berpusing mesin tue bersama air dan sabun,aku gerak pergi sarapan pagi kat kedai makan mengahala ke pasar tani kiranye jauh gak lah dari DOBI PAPA nie.

Kan tadi aku cakap cucian ambil masa selama 23 minit tapi lepas 1 jam baru aku datang balik dobi nie.Sampai je dobi mesin basuh aku tue dah berhenti pusing.Next step kena alih ke mesin dryer plak untuk proses pengeringan.

Tukar lagi duit untuk guna mesin dryer.Kali nie tiada pilihan kena guna je mesin dryer yang disediakan 4 buah tue saje cuma pilih nak guna di bahagian atas atau bahagian bawah tue saje fungsi tetap sama.


Aku pakai yang bawah sebelah kiri gambar yang ada comforter warna kuning tue,sebelah tue orang yang awal dari aku tue punya macam mana aku tau yea, sambil tengah aku menunggu dryer nie berhenti orang tue datang alihkan cucian dia tadi ke mesin dryer nie.Baiklah masa untuk mesin dryer nie selama 24 minit sahaja dan masa tambahan diberikan 3 minit sahaja tapi kena tambah 50 sen saje.Dapat lah 27 minit dryer tue berfungsi.Aku tak tambah pun guna je 24 minit tue dengan harga rm4.Oh ya suhu ada 3 pilihan suhu slow.medium dan high.Aku pilih medium je takut panas terbakar comforter aku tue nanti hihihi.

Sambil tunggu tue aku duduk kat tepi dinding,ada disediakan kerusi dan meja tak payah lah kena berdiri je.Aku rasa meja tue disediakan untuk lipat pakaian atau kain yang besar mungkin comforter atau toto kot.


Kipas dinding pun disediakan jika berasa panas dalam dobi tue cuma kenalah rerajin on sendiri suis yang disediakan dah habis guna atau tak ada orang lain dalam tue sila tutup kembali suis tue.Berhenti je mesin dryer tue aku lipat kat situ tapi bukan atas meja tue takut kotor kan jadi peganglah kat hujung kain comforter,ko past kat aku past kat ko.Dah lipat kecil-kecil masuk dalam plastik.Lupa plak nak bagi tahu pasal kering ke tidak comforter aku tue tahap keringan memang kering dan rasa kainnye sedikit panas.Sampai rumah aku jemur balik comforter tue nak bagi hilang panas kain comforter tue,nanti tak lah berbau kepam comforter tue.

Senangkan,jimat dan mudah digunakan mesin dobi nie.Aku bagi cadangan kalau cuaca hujan nie bajunlamabt nak keringkan ape kata kite guna mesin dryer nie cepat kering baju balik rumah lipat dan simpan dalam almari.


Jumaat, 9 Januari 2015

dapatkan QASEH GOLD ADINDA hanya RM71.90 sahaja !!!



Dirumus dengan madu, kurma, habbatus sauda, buah tiin (fig), minyak zaitun, saffron dan air zam-zam bersama herba lain. Qaseh Adinda juga dicampur dengan herba khusus untuk wanita iaitu manjakani, pegaga dan buah markisa. Qaseh Adinda berfungsi untuk:
  1. Memudahkan pengambilan makanan sunnah harian
  2. Menambah tenaga
  3. Mencerdaskan minda
  4. Membuang toksin
  5. Melancarkan penyerapan dan perkumuhan
  6. Meningkatkan sistem imun
  7. Memperbaiki perjalanan darah dan sistem saraf
  8. Mempercepatkan penyembuhan
  9. Menstabilkan mood
  10. Menstabilkan hormon

Khasiat:

Manjakani

Mengeratkan dan mengencangkan rahim dan otot vagina serta merawat masalah keputihan

Pegaga

Merawat keputihan,buasir dan kencing kotor.Menguatkan daya ingatan dan melambatkan proses penuaan

Passiflora

Melancarkan peredaran darah dan perjalanan haid,menurunkan kolestrol dan menjaga kecantikan wajah


Qaseh selamat digunakan oleh seisi keluarga bermula usia 3 tahun. Sangat sesuai untuk wanita hamil, sedang berpantang dan menyusu kerana bahannya yang semulajadi.


TIPS:
1. Makan 2-3 sudu besar pagi sewaktu perut kosong dan 2-3 sudu besar lagi sebelum tidur malam.
2. Gunakan sudu plastik.
3. Minum air yang banyak untuk mengeluarkan toksin dari tubuh.


HARGA : RM71.90
POSTAGE : RM6.00

Berminat boleh hubungi saya 


myfara

Email : myfara.flk@gmail.com
WhatsApp : 012 - 329 6405


Isnin, 29 Disember 2014

mengalihkan anak pokok setawar ke pasu kecil

Pokok setawar aku sudah membiak dengan jayanye.Kini pasu bulat tue dah penuh dengan anak-beranak dia.Sangat cantik sekali uolls,mama jealous dengan pokok setawar aku nie mana tak nye mama punya pokok setawar asyik kena makan dengan siput babi je sekarang dah tinggal 2 kuntum saje.


nie gambar sekarang,penuh kan pasu bulat nie.Siap kuar lagi anaknye pada kelopak daunnye.Tue kalau nak petik dan tanam kat pasu lain boleh saje mau hidupnye sebab sebelum nie aku buat gitu. 

Disebabkan dah penuh dengan anak-beranak dia sampaikan dah sempit aku tengok pasu nie aku nak alihkan sikit anaknye ke pasu kecil.Sterus gerak ke Nursery Bukit Jalil, semata-mata nak beli pasu tak kuasa nak pergi ke Sungai Buloh kang ada jugak terbeli lain hihihi..Selain dari pasu kecil aku beli gak 1 pasu besar nak alihkan pokok kertas yang ada ke pasu baru,barulah sama dengan pokok-pokok kertas yang lain.

Dalam hujan tue aku dberkebun kat belakang rumah nasib ada awning kalau tak terbengkalailah projek nak mengalihkan pokok setawarnie.


Kononnye aku nak buat proses bagaimana nak mengalihkan pokok setawar nie tiba-tiba rasa malas plak so aku buat je lah yang seringkas je yea..korang kan pandai..

Bahan-bahan yang diperlukan mestilah kena ada pasu,tanah dan anak pokoknye setawar.Anak pokok setawar nie jangan tarik gitu je nanti tercabut daunnye,kena korek sikit tanahnye dan biarkan ada sekali dengan akarnye,akarnye tue kan nyawa dia untuk hidup.Langkah seterusnya masukkan tanah ke dalam pasu tak payah penuh sangat agak-agak je sudah,kemudian buangkan tanah dibahagaian tengah-tengah sikit sahaja dan lepas tue masukkan anak pokok setawar tue di tengah-tengah tanah tadi.Selepas tue ratakan tanah disekelilingnye.Akhir sekali letakkan sedikit sahaja baja dan jiruskan air.Siap!


Tara!!! Mak dan anak sudah berpisah..Ala ada lubang plak,tak pelah nanti anak-anaknye akan membesar mesti dah tak nampak lagi lubang tue.Tak pun mesti ada anaknye jatuh boleh tambah lagi anak-anak yang lain.


Comel plak aku tengok pokok setawar nie dalam pasu kecil nie.Macam boleh buat jual je kan..Ok lah sape nak beli aku jual tapi kena ambil sendiri kat aku,nak pos payah lahkan kang terburai plak.Sape-sape kawan opis yang nak beli aku bawakan lah.Serius aku jual tau RM5 ok tak..

Eh eh ehhhh ada tumbuh anaknye lagi kat kelopak daunnye ingatkan yang kat mak dia je bagus lah pokok setawar nie rajin membiak.



*** Cerita terdahulu : Pokok Setawar