Jumaat, 8 Januari 2016

Bercanda di Persisiran Pantai Klebang,Melaka

Melaka : 3 hari 2 malam 

31 Disember 2015 : Hari Pertama : Petang



Bustel terletak di Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang Melaka








Kemudian kami berjalan-jalan dan bercanda di persisiran Pantai Klebang





Permandangan di sekitar pantai






ada go cart



jangan risau lapar ada gerai makan disepanjang jalan.coconut shake pun ada terpulang nak makan kat gerai atau pantai.

Kalau ada family best boleh berpiknik anak-anak boleh main pasir dan main belon sabun.



Tengah ambil gambar tiba-tiba hujan turun lebat,berlari semua orang masuk kereta dan berteduh bawah gerai makan.





Kemudian kami makan malam di gerai luar pantai.Lupa nama kedai tue,tapi kedai tue masakan dia sedap.Ikan bakar,kupang masak sambal,sayur kailan habis kami berdua makan,lain kali boleh datang sini makan lagi.Harga pun murah.


Next cite berjalan-jalan kat Pusat Bandar Melaka,naik beca & Menara Taming Sari dan A Famosa


Khamis, 7 Januari 2016

Menginap di Imperial Heritage Hotel,Melaka

Melaka 3 hari 2 malam : Hari Pertama : 31 Disember 2015 : Petang

Sebenarnya aku memang tak tahu stay kat hotel mana pun, Krul tak nak bagi tahu dia nak buat surprise.Dia kata redah je pergi dulu kalau ada hotel kosong kite tidur hotel kalau tak ada kite tidur dalam kereta.Itu dalam 2 minggu awal sebelum pergi aku tanya dia,aku tak puas hati dalam beberape hari sebelum pergi aku tanya lagi kite nie jadi tidur hotel ke tak?lepas desak dia beberape kali baru Krul cakap tidur hotel cuma surprise tak nak bagi tahu hotel mane duduk nanti.Ok lah duduk hotel aku tak nak tidur kereta sakit badan nanti nak mandi kat mane kalau betul lah Krul buat kerje gila nak tidur dalam kereta.





Hotel ini betul-betul berdepan dengan Dataran Pahlawan Megamall Melaka.Boleh ulang alik bershopping dan itulah yang kami buat.hihihi.


 Lobi Hotel 





 Area naik lif dan diluar tempat parking 


Hotel nie memang sediakan ruang parking, tak payah susah-susah nak cari parking kereta tempat lain kang salah parking kena saman.

 Ruang Menunggu 


cantik ruang menunggu hotel nie,paling suka cermin kat dinding tue bersegi-segi.

 Dalam Bilik 

- Deluxe Rooms - 





 Toilet 






Ada cermin besar puas hati nak tengok diri sendiri.

 Almari Baju 


tak payah nak call reception minta iron sudah disediakan siap-siap dalam almari.



cantik hotel nie waktu malam

Oh ya harga hotel pun dia tak nak bagi tau aku,u silap Hubby en.google ada i sudah seacrh dan dah tau pun harganye.Terima kasih sediakan hotel yang cukup selesa untuk saya bercuti.


Imperial Heritage Hotel,Melaka

1, Jalan Merdeka 1 Melaka City,
Melaka, 75000, Malaysia

No. Tel : 06 - 2899000
Email : reservations@imperialheritage.com.my

Rabu, 6 Januari 2016

MITC (Melaka International Trade Centre) Melaka

Melaka 3 hari 2 malam : Hari Pertama : 31 Disember 2015 : Pagi

Sampai je tanah Melaka tempat pertama yang kami pergi ialah MITC

  Jap yea nak belanja gambar kami jap kang aku cite ape promosi apa yang ada masa tue.



 Tak sia-sia datang sini tengah ada promosi alatan rumah.Krul memang ada plan nak beli vacuum aku plak nak beli mop yg dijual dlm Go Shop bagus sangat ada promosi nie,tengok-tengok dulu kalau harga murah boleh lah grab.

Kami sampai pintu hall promosi nie belum buka tunggu lah kejap,tepat jam 10 pagi buka je pintu kami masuk.Kebanyakan booth belum buka lagi,tengoklah dulu mana yang buka.

Singgah kat booth jual alatan penyangkut nie.Dia demolah kegunaan benda alah tue,boleh sangkut sudip,berus gigi,ubat gigi,pencuci muka,botol sabun mandi dan penyangkut tuala.Sudahnye aku dan Krul terkenan beli lah.



beli dalam 6 kot dapat free 1,3 papan kartun yang Krul pegang tue 3 penyangkutnye yang warna kuning.Terpedaya punya pasal bila pasang kat rumah jatuh semuanye,padahal cina tue demo bukan main kuat lagi siap main tarik tali lagi.Aku geram cakap dengan Krul tak payah pakai simpan je besok rasa semak buang je. 


 Jalan pusing-pusing lagi booth jumpa apa yang dihajat.Singgah booth jual vacuum.Tak salah aku vacuum nie ada jual dalam Go Shop.Krul terkenan so belilah.Aku pun suka senang boleh vacuum carpet.


 kat kotak tue vacuumnye..harga termasuk GST,ingat promosi mcm nie tak ada GST rupanye ada wei.Harga yang kami dapat termasuk GST rm319 kalau tak rm299 je.Dapat free beg utk simpan vacuum, dapat 1 lagi batang penyambung vacuum dan 1 lagi penapis habuk yg dlm vacuum tue aku tak tau ape namanye.


Siap buat demo sedut orang

Lepas tue giliran aku plak,Krul belikan mop yang aku nak.Cuma mop nie tak ada roda dan tak ada saluran paip utk buang air macam Go Shop.Mula-mula aku tak nak tapi sikit punya hal kan baik beli kang tak beli rugi plak,lagi pun benda nie senang boleh spin mop tue tak payah aku nak penat-penat perah mop.Lagipun Krul kata nak letakkan roda dan nak tebuk letak paip.Senyum sampai telinga ku dengar so belilah.



Mop nie tak ada plak GST dapat harga rm80

Oh ya sebelum nak balik kami pergi ambil payung percuma,sebelum masuk kite buat dulu pendaftaran kalau tak nak tak pe kemudian pengunjung boleh tuntut hadiah kat redemption counter.


Dapat 2 payung  sebab kami register individu.

Nanti lain kali aku share pasal vacuum & mop tue yea..aku belum guna lagi.