Rabu, 8 Februari 2017

Muzium Marin Labuan





Tiada bayaran masuk dikenakan dan waktu operasi dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang,pengunjung hanya diminta mengisi buku pelawat sahaja.

Muzium ini dibahagikan kepada empat seksyen pameran iaitu Seksyen Hidupan Marin, Seksyen Maklumat Kapal Karam, Seksyen Batu Karang dan Seksyen Paya Bakau



















Jom naik ke tingkat 2 pula

Terdapat pelbagai spesies hidupan marin, peralatan memancing ikan tradisional dan moden, peralatan menyelam.  Terdapat 4 buah akuarium yang mempamerkan hidupan batu karang dan dua buah sudut bacaan untuk kemudahan pengunjung.

pelbagai jenis replika ikan di dinding termasuklah ikan jerung,benci aku nampak je rupa ikan jerung terus aku ketakutan meremang bulu roma aku.Aku kan penakut ikan jerung dan dan aku ajak Krul turun cepat.








 Sejenis belut,namanye Belut Moray

Tarikan di muzium ini, rangka ikan paus 





dan



seekor dugong yang telah diawet yang dijumpai terdampar di Pulau Papan





keluar ikut pintu belakang dapat tengok laut 



Itu Manja Rasa Restoren,kami ada makan disitu kemudian yea aku up cite makan disitu.


Panas tak dapat nak main pasir.hihihi


Baru boleh senyum sebab dah lupa ikan jerung tadi


.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

Address: 
Muzium Marin Labuan, Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan, Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, Jalan Tanjung Purun, 87008 Wilayah Persekutuan Labuan.
Tel: 
087-425 927 

Dah 33 Tahun

Alhamdulillah, syukur dan terima kasih Allah, masih bagi nyawa untuk tumpang di bumi Mu ini.

Hari ini birthday aku.

Dapat surprise pepagi hari,Krul kasi bouquet roses siap ada belon dan coklat.Buka je pintu kereta kat seat sebelah ada bouquet roses.

Padanlah semalam Aby dan Yasmin balik lambat rupanye beli bouquet roses,Krul..Krul asal lah susahkan dorang dah pesan tak payah kasi ape-ape kan dah dapat hadiah kasut sebelum pergi Labuan masih lagi degil nak kasi.Anyway terima kasih.Tah bila lah dorang tue letak dalam kereta aku.


gelap kena masuk dalam rumah kasi ambil dulu gambar boleh send whats up kat Krul.



Boleh plak aby suruh bawa pergi opis tak ada keje aku nak angkut bawa naik opis malu lah orang nampak nanti,letak je kat rumah sudah.Nanti balik aku nak cabut bear nak letak kat opis jumaat nanti.

Ni cite kat opis plak,

Kawan kasi breakfast


Terima kasih zana,sedap nanti buat lagi.

Dapat kad lahir dari opis,setiap tahun mesti dapat


Dan tahun nie unit ada kasi kad lahir dan angpao 



  
dapat berape angpao...adalah..rahsia..cukup lah nak beli makanan dan nak beli kasut


 terima kasih atas ucapan nasihat dan doa dari korang semua

Ada gak yang kata sian kena sambut birthday sorang-sorang..Aku tak de hal lah,family aku ada dah dewasa bukannye aku budak kecil.


Selasa, 7 Februari 2017

Hotel Labuan Point

13 Januari 2017 kami gerak ke Labuan.First time naik kapal terbang sangat teruja tapi sayang masa pergi aku duduk seat tengah balik baru dapat duduk kat tepi tingkap.

Ok kita mulakan cerita Labuan dengan tengok hotel dulu.

Kami menginap di Hotel Labuan Point dari 13 - 15 Januari 2017 (3 hari 2 malam)




Dekorasi bertemakan Tahun Baru Cina.

kawasan lobi hotel sangat besar dan ada disediakan air lemon



suka aku tengok carpet hotel nie

Jom tengok ruang dalam bilik hotel nie



tak best tak ada iron,tapi nasib baik tudung aku tak payah gosok because i pakai tudung bawal adijuma senang hidup aku.


weiiii ada mesin penimbang berat..bagus bagus dah lama tak timbang mari kita timbang

mendapat,amek kau berat aku 56.6 gemokkkkk..

ruang toilet




Cafenye di tingkat atas sekali tingkat 8 kot lupa lah plak.
Cafenye nama Sky Garden Cafe,boleh tengok bandar Labuan dengan jelas.

walaupun makanan tak banyak tapi ia tetap sedap



haruslah duduk tepi sekali,sambil makan boleh tengok permandangan bandar Labuan.

  nie pula kat bahagian luar, malam-malam boleh mabuk ada arak disini





ambil kesempatan jap ambil gambar 1 2 3...




Belakang dari hotel nie ada masjid,disebabkan waktu solat sana cepat jadi kami berpandukan azan dari masjid nie.


Masjid Jamek An-Nur




AddressLot 207508183 87008 W.P., 708, 87000 Labuan, Labuan Federal Territory, Malaysia

Isnin, 6 Februari 2017

Krul kena pindah ke LABUAN

Baru terdaya nak menulis blog.

Sepatutnya 1 Januari 2017 Krul diarahkan berpindah dan bertugas di Labuan, disebabkan dapat kelulusan penangguhan perpindahan sebulan, maka bulan Februari baru Krul bertugas di Labuan secara rasmi.Krul dapat surat pertukaran sehari sebelum kami bercuti ke Pulau Pinang.Dan masa on the way bercuti ke Pulau Pinag kami bincang dan buat keputusan untuk pergi dulu ke Labuan tengok pejabat  disana,hantar sedikit baju kerje dan bercuti disana.

PJJ lah kami sekarang sehingga bila tidak pasti lagi harap-harap sangat Krul dapat balik KL cepat.
Perasaan aku dah tentulah sedih kerana berpisah tapi nak buat macam mana kan dah arahan tak kan nak berhenti pula kerja.

1 Februari lepas kami sekeluarga (family aku dan family Krul) hantar Krul ke KLIA.
Dari malam sebelumnye aku sedih sesangat tido pun tak lena kejap-kejap bangun lepas tue nangis dok kira beberapa jam yang tinggal.



muka ada senyum tapi dalam hati sedih sebenarnye tue,sedih nak tinggalkan aku dan familynye kana hidup sorang-sorang kat tempat orang.


sebelum berangkat ambil gambar bersama dulu aku pun sama muka ada senyum tapi dalam hati sedih pilu.Bila salam tangan Krul aku rasa nak nangis disebabkan aku nie ego(malu dgn family) aku tahan air mata



bye bye Krul


sempat tue whats up gambar dia sebelum naik flight


Bulan 3 nanti kita jumpa yea..InshaAllah.


Cerita pasal percutian di Labuan selepas dari entry ini yea.