Sabtu, 14 September 2019

Ke Ipoh kita yob

Ini cite minggu lepas, last minute punya plan sebelum Krul naik flight balik ke KL Jumaat lepas masa maghrib tu baru kami dapat confirmkan untuk bercuti ke Ipoh.

Hari ni aku just nak share tunjuk kat korang kemana tempat yang aku pergi sepanjang 2 hari 1 malam, cite selanjutnya aku cite di next post okey nanti panjang ke bawah bosan plak nak baca.

Bergerak bertiga aku,Krul dan Aby. Syafiq memang dah ada di Ipoh Jumaat lagi atas urusan kerja.


Sampai di Ipoh terus check in dulu hotel (Seemsoon Hotel) manalah tau boleh masuk awal ke tapi tak dapat masuk awal plak sebab bilik tak siap kemas lagi. Sambil check in Aby roger Syafiq jumpa nak makan lunch sama-sama.


So kami berempat makan lunch di Ipoh Hainan Chicken Rice.



Rasanye sedap gak lebih kurang sama je macam The Chicken Rice Shop.

Kemudian Syafiq gerak sambung balik kerja kami merayap ke Padang Ipoh, lepak agak lama juga leka tengok orang main sukan.






Dah time untuk check in kami bergerak balik ke hotel. Panas sungguhlah Ipoh ni.

Lepas mandi,solat dan rehat-rehat jap kemudian nak gerak berempat ke tempat-tempat yang menarik sudahnya kami berdua je pergi Aby demam plak.

So petang tu kami pergi ke beberape tempat antaranya Plan b .


Stesen Keretapi Ipoh



Kemudian kami lajak ke Maps



Malam kami makan di Gerai Nasi Goreng Udang Ipoh yang terletak berhampiran dengan bangunan Ngeri Perak dan berdekatan dengan Stesen Keretapi Ipoh kalau nak waze just taip Gerai Nasi Goreng Udang Ipoh pasti jumpalah.



Chicken chop ni Syafiq punya dan satay makan sesama


Krul dan Aby makan Nasi Goreng Udang dan haraga sepinggan RM16.90


Aku punya Nasi Goreng Sotong banjir RM 18.50, mahalkan tapi tak akan menyesal punya sebab udang dan sotongnya memang banyak sampaikan Krul dan Aby tak habis dorang kasinya kat aku, aku memang sukalah dapat lebihkan.

Malam kami berdua sambung jalan ke Gerbang Malam. 
Sorry yea tiada gambar, Gerbang Malam ni sama macam pasar malam.

Keesokan harinya Ahad, lepas breakfast kat hotel kami breakfast lagi kali kedua di Restoran New Holly Wood yang terletak di Taman Canning. Restoran New Holly Wood restoren cina.


Ramai sungguhlah orang datang makan rata-ratanya melayu. Harap bersarlah yea menunggu makanan dan minuman nak sampai aku ni gagah tunggu sebab malu dengan Syafiq klau ikut kepala aku memang aku dah angkat kaki blah dari situ.





Ni Krul punya roti canai cheese, sedap wei tak tipu. Roti canai mamak yang buat.


Yang ni pula Aby punya Chee Chong Fun. Kuay teow yang dalamnya ada isi boleh pilih sama ada  nak isi udang atau isi ayam. Aby makan isi udang aku dapat rasa sikit ermm sedap gak lah lembut je kuay teownya dan isi udang pun terasa besar juga bila digigit.


Aku dan syafiq makan roti bakar telur goyang

Lepas habis breakfast kami berpecah, Syafiq nak sambung keje dan kawannya nak balik KL cepat Aby ikut Syafiq jadi kami berdua je lah sambung berjalan ke tempat-tempat yang lain.

Terus ke Memory Lane atau di kenali sebagai Pasar karat. Macam-macam ada dari barang antik,elektrik,alat ganti kereta & motor,pakaian,makanan dan lain-lain lagi dijual di sini.










Kemudian kami balik ke hotel untuk bersiap-siap check out.

Perjalanan di teruskan ke  Gunung Lang


Kemudian ke Gua Tempurung


Akhir sekali makan durian sebelum kuar tol Tapah





Puas makan durian isinya tebal.

Itu saje perjalanan kami 2 hari 1 malam, next entry aku cite pasal bilik Seemsoon Hotel dulu yea kemudian barulah ke Plan b., Maps, Gunung Lang, Gua Tempurung

Isnin, 29 Julai 2019

Sambut Birthday Abah di Mohd Chan *Chinese Muslim Restaurant*

Pilihan sambutan birthday abah kali ni kami anak beranak sambut di Mohd Chan - Chinese Muslim Restaurant di Putrajaya,Presint 15 dan semua makanan dipilih sendiri oleh Yasmin, Aby dan Syafiq.

Plan makan kat sini dipilih oleh Yasmin, tugas aku fikir macam mana nak ajak abah ke sini supaya abah tak syak kami anak beranak nak sambut birthdaynya disini. Sudahnya aku terpaksa cakap dengan abah nak makan kat Putrajaya Presint 15 sebab tengok dalam blog ada orang makan kat restoren Mohd Chan makananya sedap-sedap.

Lega sebab abah percaya dan ikutkan.Sampai je kat putrajaya Yasmin Whats App kata dia Aby dan Syafiq tak sampai dan juga belum beli kek lagi sudahnye terpaksalah aku ajak abah pergi Mydin kawasan situ,dengan alasan konon nak beli barang sikit dan mama pun sama tolong melambatkan masa konon nak cari barang dan nak tengok ape yang menarik kat Mydin situ bagus mama bagi kerja sama.

Bila Yasmin Whats App kata dah sampai di restoren tu, cepat-cepat aku pergi bayar barang dan ajak abah terus ke restoren tersebut. Masih tak kantoi bagus dorang ni parking kereta jauh dari restoren abah parking depan sikit je dari restoren.

Masuk je ke dalam restoren melilau mata aku cari dorang duduk kata mana, rupanye nun jauh di belakang sambil masing-masing sorok muka nasiblah mata ni cerah sikit kenal adik-beradik. Terkejut abah sengih-sengih suka anak beranak sambut birthday dia.


Yang tiada Krul dan Gmarl.Krul tak balik sebab ada sukan dan Gmarl pula ada latihan silat.

Penuhkan meja dengan makanan dan aku sangat mencadangkan korang semua cuba makan di sini  Mohd Chan - Chinese Muslim Restaurant. Semua lauk-lauknya sangat sedap.

Jom aku tunjuk satu persatu makanan yang kami makan, sebelum tu maaf nama masakan nie aku tak berape tau seperti yang aku cakap tadi semua di order oleh dorang.




















Di sini ada disediakan kemudahan bilik bersolat yang sangat selesa. Nak solat kemudian sambung makan balik pun tiada masalah. Lepas solat baru acara potong kek dan bergambar. Bergambar tu kan wajib untuk buat kenang-kenangan.




Selamat hari lahir abah, kaklong sayang abah sampai Jannah dan kaklong doakan abah sihat-sihat selalu dan panjang umur.


Cinta hati mama dan abah




29 Julai birthday Aby plak. Tunggu dia nak belanja makan apa nanti.



Jadilah sorang menantu ada sama meraikan


Tu peluk-peluk ada makna, dia minta hadiah untuk birthday dia nanti cantik sungguh perangai dah besar eh bukan dah kahwin pun nak mengada-ngada bongsulah katakan.

Habis makan-makan kami pergi ke IOI Putrajaya pula, Yasmin dan Aby nak belanja abah beli kasut, aku tak join aku kan dah hadiahkan jam tangan Tissot masa raya Aidilfitri hari itu.






Dah tak tau nak makan di mana apa kata korang cuba makan di sini pula yea, tak jauh mana pun hanya di Presint 15, Putrajaya saja. 



58 & 60, Tingkat bawah
Lot Komersil Nadi @15
Jalan Perak , Presint 15,
62050 Wilayah Persekutuan
Putrajaya +603-8893 1299
+6012-414 8001