Ahad, 12 Disember 2010

Mee Bandung Muar - Cik Mas


     Assalammualaikum semua..Hari nie lunch disediakan oleh mamaku Cik Mas,masakan nye ialah Mee Bandung Muar.Sedap tau Cik Mas masak,mama kata pes tu dibeli masa kat MAHA,sempat lg tu cari perencah nak masak.Nie 1st time mama masak,seingat dulu mama ada minta mai carikan resepi nak wat mee bandung nie tp lupa nak bg resepi yg cari kat internet.So tu lah sebab nye jumpa je pes nie terus beli.But sian hubby tak dapat makan,hubby kursus kat Cameran Highland,best tu kat sana.So kami makan lah anak beranak.Okey jom layan apa yg Cik Masak.Haaa jgn ingat mai tak tolong,mai tolong potong memotong & hias je..Hehehehe air tangan ibu tu kan sedap..
 
Bahan-bahan
  1. Mee bandung pes (sudah lengkap dgn perasa)   
  2. 2 keping Tauhu
  3. Sayur sawi
  4. Udang
  5. Tauge
  6. 4 keping Fishcake
  7. Cili Merah
  8. Cili Hijau
  9. 5 biji Telur ayam
  10. 1.2 liter Air
  11. Mee kuning
  12. 3 sudu Bawang goreng 

    Nie lah pes mee bandung Muar


Cara Memasak
  1. Celurkan mee kuning,sayur sawi,fishcake dan tiriskan.
  2. Gorengkan tauhu dan udang(separuh masak).
  3. Didihkan air.
  4. Masukkan mee bandung pes dan biarkan sehingga mendidih.
  5. Kemudian masukkan telur satu persatu.
  6. Siap dihidang.Hiaskan dgn cili dipotong hiris dan taburkan bawang goreng.


Kami tidak perlu ke Muar lagi! Hehehehe...
Thanks mama masak sedap arini,kenyang kaklong(gelaran mai dirumah).

Creadit to baby coz take the photo..

Tiada ulasan :