Jumaat, 27 Mei 2011

OMG my Sweet

Oh my god my sweet car!!!....:-(

sila abaikan pelekat P tue yea. Mai dah lesen full tue hanya strategi utk memperdayakan org supaya dpt simpati bila susah sgt nak cilok..hehehe..bijak tak...


Sedih siut sweet mai pecah dibahagian cermin belakang,agaknye mungkin disebabkan cuaca panas.Hopefully tekaan mai tue betul,tp klu ade org gatal tangan  saje je nak pecahkan memang mai sumpah kereta dia plak jahanam..Aaduh mentang2 lah dah gaji macam2 plak benda jadi saje je nak kena kuarkan duit.Sweet2 nasib lah kau pecah cermin je,klu remuk mau aku pengsan seminggu...

 ...before...

...after...

Thanks hubby help bawa pg kedai gantikan cermin baru & siap tintedkan sekali..
LOVE U HUBBY



Pengantin laki X ada...


Oh Kekanda nape x dtg adinda malu dok pelamin sorong diri nie...keh keh keh...
(Dulu masa kawin nak buat pelamin megah2 x dapat, nie ada peluang ambil je lah gambar kat pelamin dorang..)


Jumaat ada lah waktu rehat yg panjang,klu nak kuar ronggeng ke luar pun sempat tapi cuma ada masalah kenderaan je so kami lepak je lah kat opis nie jalan2 ke khemah promosi kerja kawin nie..

Kelakar gile sambil jalan2 siap dorang nak bg pamplet,mai pun jawab dgn senyeh2 saya dah kawin nape nampak mcm anak dara lg ke???? Adakah ini bermakna mai nie masih maintain cam anak dara..hehehehe..

Oh ya korang yg belum dtg lagi jemput2 lah dtg,best wooo..Macam2 ada collect je semua pemplet yg ade kemudian make decisions yg mana nak pilih.

Mesti korang cakap Mai kan dah kawin nak wat pe lah pi tgk2 benda nie,melainkan lah klu dpt offer utk jd pengantin sekali lagi,korang rasa dpt ke?? jawapan nye...jgn haraplah akan dapat, badan pun dah kembang sana sini wat koyak je baju pengantin tue...


tgk lah gelagat kami mak dara pinggitan..mai mak dara ke????



Khamis, 26 Mei 2011

Macaron...macaron...macaron....

 Masa jalan2 kat khemah promosi,mata nie ternampak 1 stall yg jual Macaron.Macaron nie kan biskut yg popular sesgt sampaikan semua org nak mencuba rasa termasuk lah mai & eja(officemate).Habis je kami pusing2 khemah,kami kembali ke stall bekenaan,dan membeli sorg 2 biji macaron nie dgn harga rm5.Kena cuba sikit dulu baru tau rasanye cam mana klu sedap baru lah boleh beli lagi..

beminat ke? click je link nie http://cheesepassionate.blogspot.com/

Rabu, 25 Mei 2011

Plz Follow Tonggak 12

Situasi :X tgk jam,tp agak2 dlm 6.50pg masa otw ke opis.

Mai: Hubby,sy bosan lah dah x de rasa keseronokkan bekerja lagi.(sambil mengeluh)
Hubby: Sambil memandang aku dan terus bkata,tengok balik Tonggak 12.

Padan muka aku,kan dah kena setepek dgn laki aku...Silap orglah aku meluahkan perasaan.Baik betul laki aku kan?..Mana tak baik nye arini dia bawa kereta bomba(bukan lori bomba tau) tue yg baik semacam konon2 pekerja cemerlang lah tue...Poodahh lah..Mana X bosan ari2 buat kerja yg sama jawab call buat call jawab call buat call sampai lah lah ke petang.Sampaikan bontut pun dah kembang.keh keh keh keh..^__^

Malu plak mai,actually mai dah pernah dpt AKC(Anugerah Khidmat Cemerlang tahun 2009) sepatutnye keluhan tue x payah diluahkan memalukan diri sendiri.Sepatutnye (sepatutnye lagi) kita kena lebih bekerja keras utk mengekalkan pengiktirafan tersebut,X de lah org akan kata sia2 je dapat anugerah lepas dpt hancus reputasi..Ala mulut org kan ikut suka je nak cakap,tak kena diri sendiri boleh lah kan cakap, cuba klu dah tkena padan muka korang baru tau tinggi rendah langit tue..(asal plak aku over nie,heran plak).Sebenarnye jealous tak dapat AKC kan lg nak kata2 org..

----------------------------------------- ll -----------------------------------------

Tonggak Dua Belas mengandungi dua belas tonggak yang perlu diamalkan oleh semua peringkat kakitangan awam di semua peringkat organisasi. Dua belas tonggak tersebut adalah seperti yang berikut:

1. Menghargai Masa
2. Ketekunan Membawa Kejayaan
3. Keseronokan Bekerja
4. Kemuliaan Kesederhanaan
5. Ketinggian Peribadi
6. Kekuatan Sifat Baik Hati
7. Pengaruh Teladan
8. Kewajipan Menjalankan Tugas
9. Kebijaksanaan Berhemat
10. Keutamaan Kesabaran
11. Peningkatan Bakat
12. Nikmat Mencipta.



So korang jgn lah malas2 nak bekerja..Jadilah pekerja yg rajin, cemerlang, gemilang dan produktive.. Pada pekerja government buka2 lah buka Tonggak 12 baca jgn bila nak periksa baru terhegeh2 nak baca n hafal..(termasuklah aku nie)



Isnin, 23 Mei 2011

Nasi tapauuuuwe

Salam semua cam mana arinie korang,ada baik kah???..Korang tau tak ape tue nasi tapauuuuwe..Hehehehehehehe.Pikir lah ape kebenda tue????? Pikir pikir pikir pikir...Tet tet tet masa dah tamat,tak pelah kasi scroll je ke bawah...

v

v
v

v

v
v

v

v
v

v

v
v



Haaa nie lah nasi tapauuuuwe..^__^ Nasi yg diletakkan dlm tapauwe..Tue pun korang X blh pikir.Selalukan kite nampak & letak nasi dlm tapauwe..


Nasi nie hubby dpt masa dia training futsall.Dia kata setiap sorg akan dpt 1 bekas utk makan lepas habis traning but hubby X lalu nak makan penat2 tue yg dia bawa balik makan sama2 dgn mai.Mesti korang tanya kata setiap sorg dpt 1 bekas but asal plak ada 2 bekas nie? Actually ada sorg X nak tue yg dia ambil bawa balik..


Ayam nie plak bukan dpt yea,ayam nie beli semalam kat Jusco Wangsa Maju.Semalam ingat nak makan sudahnye sikit pun X terusik coz mlm tue pi makan plak satey kat highway Awan Besar udah kenyang kasi simpan je lah.Tue yg penganggat balik boleh makan dgn nasi tapauuuuwe nie..

Bak kata org jgn membazir org dah bagi kita ambil je..Lagi pun senang X payah masak.Tue yg sebenarnye.hehehehehehehe

Bijak Bijak

^__*

Sabtu, 21 Mei 2011

Lamb Chop


Makan makan makan...Klu dah rajin ada je nak masak.Lunch td spaghetti now dinner plak lamb chop.Walahhh!!! Gemok pun gemok lah,Sekarang mai dah X kisah,baik makan sebelum hilang nikmat makan..

Senang je nak buat sos nye tak payah susah2 nak pk cam mana nak buat,firstly korang pegi terjah tesco cari serbuk sos  yg seperti gmbr di bawah nie..


Okey korang nak tau cam mana buat nye,korang masak dan didihkan air sebanyak 250ml. Oiii kejap kejap,korang jangan guna cerek air plak guna periuk tau!.Kang tak jadi jangan marah mai plak.. Lepas tue masukkan serbuk sos tersebut, gaul sehingga sos tersebut pekat dan tidak berketul2.Untuk menambahkan kepedasan masukkan 2 paket blackpaper @ secubit blackpaper yg ditumbuk halus.Tunggu sehingga mendidih,kemudian matikan api dan boleh dihidangkan..

Korang gunakan lah kretiviti sendiri nak letakkan ape dlm hidangan korang,macam mai gorengkan beberape biji nuggets dan pappadam.



Mai pun penah buat chicken chop click sini utk tgk resepi lepas..
Sekali lagi SeLamat MenCubA..^__^


Tomato Sauce + Sosej Spaghetti

Tarra!!! seperti mai katakan pagi td,mai buat Spaghetti utk makan lunch arinie..Senang je buatnye hanya makan masa 30 - 45 minit je nak sediakan.Semudah 1 2 3 je ^__^..
Bagi korang yg suka makan spaghetti dan baru nak mula makan jom salin resepi yg senang nie supaya korang boleh mencuba buat. .

-- -- --

Bahan bahan: 

  • Spaghetti
  • 3 batang - Sosej yg di potong kecil
  • 2 ulas - Bawang Putih yg didadu/hiris
  • 1 tin Sos Tomato Prego
  • Black Paper
  • Sedikit daun Parsley
  • Minyak Masak
  • Air

 Cara memasak:
  1. Isikan air kedalam periuk,tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan spaghetti rebus sehingga kembang.Masukkan 2 titik minyak masak supaya spaghetti tidak melekat dan bersinar.
  2. Rebuskan selama 10-15 minit @ kembang.Setelah itu angkat spaghetti dan tiriskan.
  3. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan sosej.Goreng sehingga sedikit masak.
  4. Seterusnye masukkan sos tomato Prego dan 2 paket black paper @ 1 sudu kecil black paper yg telah ditumbuk.Biarkan mendidih selama 5 minit kemudian tutup api.
  5. Letakkan spaghetti yg direbus td kedalam pinggan dan curahkan sos tomato prego.
  6. Hiaskan dengan meletak daun Parsley.

--SeLaMaT MeNcUbA--

  

Breakfast ringkas


Korang jangan gelak tersengeh-sengeh yea,kang mai makan korang baru tau setakat korang tue kejap je nak telan (hui gilo aku nie).Bukan malas nak sediakan breakfast just nak buat yg ringkas2 je pagi nie.Karang mai nak buat spaghetti utk makan tgh hari klu pagi dah makan berat2 kang X lalu plak nak makan spaghetti tue.Ok lah malas nak taip panjang2.See u all at next N3.Cau Cin Cau..


Isnin, 16 Mei 2011

USB Mini Fan

Akibat langkah berjimat cermat yg dilakukan oleh opis (maaf tak boleh bg tau nama opis kang kena saman coz memalukan nama opis padahal ade je N3 menceritakan promosi diadakan kat opis mai sebelum nie) kami semua kena terima hakikat bahawa aircorn akan mula beroperasi pada pukul 8.00 @ 8.15 am & akan tutup operasi pada sebelah petang jam 5.15pm.Bagi yg tak tahan menanggung panas termasuklah mai, di meja masing2 sekarang dah ada kipas.



Macam cacing kepanasan,nasib baik lah seorg hamba Allah sudi meminjamkan kipasnye kepada mai kurang lah sikit rasa panas badan nie.Comel tak kipas nie..

Eh lain lah plak.hehehehe tak kan nak pinjam buat harta plak barang org,so kirim lah pd sorg staff bahagian lain belikan kat Low Yatt Plaza kebetulan dia nak kuar.Murah je harganye only rm10,kipas nie hanya guna usb plug korang hanya perlu cocok je kat komputer.Lebih menjimatkan kipas nie tak payah pakai elektrik power.



Selamat Hari Guru


KETUA DARJAH/TINGKATAN : Bangun semua,SELAMAT PAGI CIKGU!!

CIKGU: Selamat pagi murid2 semua.Baik semua duduk.Sekarang buka buku muka surat 16,cikgu nak murid2 semua baca dulu dan fahamkan ..........................(pok pek pok pek pok pek)

Ala rindunye zaman sekolah dulu2.Pagi2 kena beratur dulu baru boleh masuk kelas.Lepas tue tunggu cikgu masuk kelas dan belajar.Ingat lg cikgu akan bawa rotan dan merotan pelajar2 klu ada yg tak siapkan kerja rumah yg diberikan.Tapi tue semua utk memberi pengajaran kpd kite supaya jd seorg yg berilmu..

Hari ini sekali lg kita akan menyambutan Hari Guru untuk tahun 2011. Tema sambutan Hari Guru kali ini adalah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Diharapkan semua guru2 sama ada guru tadika, primary, secondary and universiti akan lebih berjaya dan semangat mendidik anak bangsa supaya mereka semua berilmu dan bakal menjadi pemimpin negara yg baik..



Khamis, 12 Mei 2011

Tips Pekerja Cemerlang

Mai nak dipandang sebagai seorang pekerja cemerlang,oleh tue mai search internet utk mendapatkan beberapa tips.Mai tak lokek, mai ingat kat korang,sape nak jd pekerja cemerlang baca tips kat bawah nie.Mudah-mudahan tahun depan kita dapat julang trofi AKC (Anugerah Khidmat Cemerlang)


-------------------------------ll----------------------------------



Bila Anda memasang matlamat mahu menjadi pekerja cemerlang, ini beberapa tips asas.

1. Muhasabah Apa Niat Untuk Bekerja.
Saya memandang lebih pada aspek dalaman iaitu hati dan niat. Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu bermula dari asas, iaitu niat hati Anda.
Buat muhasabah diri, kaji untuk apa Anda turun setiap hari ke tempat kerja, adakah semata-mata hanya kerana Anda dibayar gaji, hanya mahukan gaji (dan tak kisah apa tu kecmerlangan dalam kerjaya) atau minat pada bidang kerja tu? atau keduanya sekali?
Ini kerana setelah mengkaji mindset sesetengah orang, ada yang jadi mereka jadi malas, tak bersemangat, kerja main lepas tangan dan lebih suka tak ambil kisah, janji duit gaji masyuk.
Namun, ada juga yang menjadikan tangga gaji sebagai ‘booster’ motivasi. Jika itu nawaitu Anda, yang lain akan turut serta, seperti disiplin, komitmen, fokus, produktiviti, performance, kerjasama dan akhir sekali mindset positif untuk menjadi cemerlang dalam kerjaya.

2. Lakukan Lebih Dari Apa Yang Perlu.
Dengan inisiatif sendiri, lakukan lebih dari apa yang perlu Anda lakukan dalam bidang kerja Anda. Misalnya, jika kawan sekerja Anda masuk kerja jam 9 pagi hingga 5 petang, Anda pula masuk jam 8.30 pagi hingga 7 petang, tanpa mengharap elaun lebih masa atau overtime. Timbulkan rasa seronok bekerja, sehingga Anda tak sedar masa berlalu.

3. Komited.
Jangan ambil kisah kalau orang lain kata yang Anda tunjuk rajin. Itu kerjaya Anda dan katakan pada diri bukan kawan-kawan Anda tu yang bayar gaji Anda.
Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu komited sepenuhnya, rajin dan belajar kemahiran-kemahiran lebih dari bidang tugas yang diperlukan. Jadi proaktif dengan rajin membantu kawan-kawan lain tanpa mengharapkan sedikitpun balasan. Tapi, rajin biar kena tempatnya, nanti Anda akan dipergunakan.

4. Bijak Menyelit.
Setiap tempat kerja pasti akan wujud sedikit ‘politik’. Skill komunikasi interpersonal amat penting di sini. Anda perlu bijak menyesuaikan diri dengan mengkaji attitude rakan-rakan sekerja Anda.
Pekerja yang cemerlang adalah seseorang yang tahu dimana ruang yang dia boleh menyelit tanpa perlu menjadi mangsa pada politik tempat kerja.

5. Belajar Tanpa Henti.
Pekerja yang cemerlang sentiasa memajukan dirinya dan prestasi kerjanya. Selain itu, dia akan sentiasa menambah ILMU, sama ada teori, praktikal ataupun penaakulan.
Dia tahu apa yang perlu dipelajari dan tahu kemahiran apa yang perlu dikuasai. Dia menumpukan usaha pada benda yang benar-benar mendatangkan hasil, bukannya nak kuasai semua ilmu dan kemahiran dalam masa singkat.
Minda lebih senang menangkap dan memahami apa yang Anda pelajari jika menumpu pada satu perkara dalam satu-satu masa, one thing at a time, step by step.

6. Hormat Semua Orang.Tak kira siapa jua rakan satu tempat kerja dengan Anda, hormati dia dan cuba ceriakan dia, walaupun dia setakat seorang mak cik cleaner. Tapi, jangan suka menyakat dan mentertawakan kekurangan atau kesilapan orang lain, sebab tak semua orang boleh menerimanya.
Menceriakan orang maksudnya Anda bijak membuat mereka rasa gembira dan membuat mereka rasa senang dengan Anda. Cemana? mungkin dengan berkongsi cerita-cerita lucu, beberapa jenaka atau membantu mereka di kala susah. Bila Anda ikhlas membuat orang lain jadi ceria, mereka akan hormat pada Anda.
Takde gunanya Anda jadi ‘bising’ maca tin kosong di tempat kerja tapi suka mengacau tak tentu pasal, pedas dengan umpatan, sindiran dan komplain-komplain yang remeh. Pekerja yang cemerlang diukur dari segi perbuatan dan pencapaiannya, bukan percakapan. Jadi, diamkan mulut, rajinkan tangan bekerja.

7. Penampilan Kemas, Segak dan Teratur.
Ini yang paling akhir. Ingat, persepsi dan ‘first impression’ orang lain amat penting dalam suasana kerja.
Pekerja yang cemerlang sentiasa mempamerkan kekemasan diri pada pakaian, gaya ketika bekerja, gaya jalan, gaya ketika makan, gaya berbual dan kekemasan di ruang tempat kerjanya. Anda boleh menilai attitude kerja seseorang hanya dengan melihat meja kerjanya saja.
Kalau berserabut, berhambur, berterabur dan langsung tak teratur, itu tandanya orang tu bukan pekerja cemerlang dan akan payah untuk jadi cemerlang. Jika Anda duduk di meja yang selalu berterabur, ubah cepat perangai tu.
Itu menampakkan Anda seorang yang pemalas. Apa pendapat Anda, adakah kata-kata saya ini betul? Beri pendapat Anda diruangan komen. Ia tidak semestinya berlaku pada semua orang. Ada juga pekerja yang mejanya berserabut, tapi performance kerjanya cemerlang !
Akhir kata, beri komitmen pada kerja Anda sebaik mungkin dan jangan terlalu mengharap balasan dalam bentuk overtime lebih atau pujian semata. Ini resepi utama seorang pekerja cemerlang.
Walaupun ada 7 tips di atas, saya lebih memandang pada konsep ‘memberi’, tak kira sama ada sudi memberi tunjuk ajar, ikhlas membantu, sudi bekerjasama, komited dengan tugasan, bijak berkomunikasi dan melakukan lebih dari apa yang sepatutnya.

Ahad, 8 Mei 2011

...Oh Mama...


To Mrs. Marsilah Bt Ismail Happy Mother's Day.We all love U so much..



Sabtu, 7 Mei 2011

Sambutan Hari Bomba

Bagi korang yg X kesempatan datang ke Dataran Merdeka untuk Sambutan Hari Bomba 2011,disini mai sharekan sebahagian aktiviti yg diadakan masa hari tersebut..Rugi wei korang tak dtg,best2 tau! mai sampaikan sakit kepala akibat kepanasan.


Cam biasa lah setiap majlis mesti didahului dgn acara ucapan alu-aluan + perbarisan + pancaragam + sajak.


Sesudah tue baru blh tgk jentera2 bomba nak naik pun boleh,cuma jgn gatal2 tangan nak bawa balik sudah..

 




Nak cite sikit nie,brother bomba nie pakai baju zaman dulu2 dan kereta bomba dibelakang kami adalah jentera bomba zaman dulu2 yg digunakan.

Seterusnye acara demonstrasi cara2 menggunakan tali dan menyelamatkan mangsa sekiranye tersangkut @ pengsan @ mati(direct je cakap x lapik ayat) semasa pendakian gunung.




Acara Kawad dari anggota Bomba



Nie pula kawad  dari kadet Bomba sekolah


Sebahagian arca dipamerkan


Anjing pengesan juga ditunjukkan untuk mencari mangsa yg teperangkap dalam  kebakaran,bangunan roboh,mencari punca kebakaran dan menyimpanan dadah..Jangan risau yg pegang anjing nie anggota bomba India.


OMG! Ada alien.Bukanlah nie adalah pegawai yg bertugas utk bahan kimia,dorang kena pakai baju nie utk mengelak dari terkena bahan kimia tersebut..


 

Acara melukis utk kanak2 pun turut ada,tak salah hadiahnye basikal.



 Comel maskot bomba,ia adalah seekor tupai..Sure org dlm maskot nie kepanasan..


Ambil kesempatan jap yea..mana boleh tak amil gambar dgn hubby.Naik je yea nak bawa kang motor ke mana mai ke mana..hehehehe


Sebahagian dengan pegawai2 bomba,senyum lah sikit abg2 bomba..

 

Hubby dgn jentera bomba,sian hubby penat dia asyik org call je,sabaryea hubby tinggal besok je lg lepas tu will be normal back..




Oh ya besok mother's day..Jangan lupa wish & bg hadiah pada ibu2 korang yea.Mama we all love u so much..

Amboi cekak pinggang plak mama nie..