Khamis, 22 September 2011

Lawak Si Sam & Dol

SAM:Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL:Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku.Nasib baik tak mati.
===================================

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang diamintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
===================================

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati
lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas  aku jumpa ia  mati dalam air!
===================================

SAM: Semalam aku nampak hantu!

DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam   jer....
===================================
 
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa   masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah
===================================

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini
"candle
light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil
elektrik, api rumah aku dah kena potong!
===================================

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni
ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada
aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah
tahu...
===================================
SAM:Dol,aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL:Iya ke? kalau macam ni aku kena banyak
berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik
lagi.
===================================

SAM:Dah dua kali perompak yang sama

datang  merompak kedai kita.
DOL:Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan
pasang signboard "SILA DATANG LAGI "

Tiada ulasan :