Khamis, 29 September 2011

Allah berkuasa menarik balik kurniaan-Nya

Sebenarnye tidak guna kita merasa sombong dengan apa yang ada pada kira,kerana sesungguhnya semua itu adalah milik Allah dan kita hanya diberi pinjam untuk menggunakan kurniaan tersebut dan sampai masanya kita mesti memulangkan kembali barang pinjaman tersebut kepada Allah.

Allah SWT Maha Berkuasa menarik balik apa yang dipinjamkan tersebut pada bila-bila masa sahaja.

Jesteru,penyakit hati ini mesti dirawat dengan segera kerana ia bukan sahaja akan merosakkan organisasi malah lebih bahaya daripada itu ia boleh menjadi penghalang dalam mencapai kesempurnaan iman.

Sifat-sifat tersebut boleh merubah kehidupan manusia dari mulia kepada hina dan dari kuat menjadi lemah,manusia mudah leka dari mengingati Allah SWT. 

Tidak kira sama ada dia seorang jutawan,hartawan,berpangkat tinggi,majikan,pemimpin atau sesiapa sahaja yang mempunyai kedudukan,kelebihan dan keistimewaan,semuanya jika mempunyai sifat sombong akan menjadi penyebab utama kepada keruntuhan iman.

Rawatan segera perlu dicari agar penyakit hati ini tidak merebak.

Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan untuk menghindar,menginsafi,dan memperbaiki diri dari sifat sombong ini.Seseorang itu haruslah merenung kembali asal kejadiannya dan destinasi terakhir yang bakal dituju sebagai langkah untuk membuang sifat berkenaan.

Ia harus ingat bahawa asalnya dari setitik mani yang hina.Setelah menempuh kehidupan di dunia ini,ia tetap akan mati dan terus dikuburkan lalu menjadi mayat yang hanya dibezakan dengan amalannya ketika hidup di dunia.

Di samping itu adalah dengan mengingati dan menyedari bahawa apa yang diberikan oleh Allah SWT. yang berupa ilmu,harta,kekuatan atau kemuliaan boleh diambil-Nya kembali pada bila-bila masa.Pemberian tersebut bukan untuk dibangga-banggakan tetapi untuk disyukuri,dikongsi dan diamalkan.

Amal ibadat seseorang kepada Tuhannya meskipun banyak tidaklah akan dapat mengimbangi nikmat yang diberikan Allah kepada hamba-Nya.

Sesungguhnya nikmat Allah tidak boleh diukur dengan sesuatu kerana Allah adalah sumber segala kurniaan dan yang memberi segala kurniaan dan yang memberi segala kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Amal seseorang daripada kamu tidak akan menjadikan dia selamat.Mereka berkata: Termasuk engkau ya Rasulullah? Ya aku juga.Namun Allah memenuhiku dengan rahmat-Nya.(riwayat Bukhari).

Sesungguhnya apa yang ada pada kita tersangat kecil dan sedikit,tidak layak untuk merasa megah atau besar diri,malah kita hendaklah merasa malu kerana sesungguhnya sifat takbur itu milik Allah,Dialah Al Mutakkabir,dan kita perlulah menisbahkan diri dengan segala sifat yang hina.Wallahu'alam.

Tiada ulasan :