Sabtu, 31 Disember 2011

Ceritera Cinta Khairul & Myfara

Mempersembahkan video Ceritera Cinta Khairul & Myfara buat tontonan kawan2 sekalian...Sgt teruja menghasilkan video nie...Jom kita layan....




Ahad, 25 Disember 2011

...Rehat Seketika...

 Sila ambil maklum...

Kawan2 selama lebih kurang seminggu nie tak kan ade ape2 N3 yg akan dipublishkan.

Kenape???

Sebabnye seminggu nie mai merehatkan diri bersama hubby tercinta..
(Mai sambung cuti 4 ari lagi selepas cuti krismas)

Nak tau apa kami buat selama seminggu tue???


Sila tunggu N3 tersebut di tahun 2012...



***Hint sikit kami akan bercuti ke ...............



Sabtu, 24 Disember 2011

Kejutan utk hubby


Yes! yes! yes! plan berjaya utk buat kejutan birthday hubby....Lokasi kejadian di Taman Bukit Jalil...Hasil kerja sama dgn aby & madi..Thanks both of u..Klu korang x ada x jadi lah birthday party nie...Hubby betul2 terkejut masa sampai di sini, sian dia malu2 kambing dah besar2 pun masih ada lg sambutan meraikan birthday...

Nak tgk gambar lain2 tak??? sabar yea nanti mai uploadkan...Mai pun tak sabar nak sharekan kat korang...



Kejutan utk kamu

Siapa kamu tue???

 Siapa lagi utk birthday boy saya lah...
Hubby ada sesuatu kejutan utk kamu arinie hopefully kamu suka...
Isteri kamu nie tak sabar2 nak kena kan kamu...



Jumaat, 23 Disember 2011

56 @ 60

Tak tau nak pilih mana satu nie 56 @ 60..Pening pening  pening...Nak tak nak petang nie kena gak tick pilihan dan terus hantar borang,dah malas nak pikir2 lagi.Cuba lah selaraskan je umur pencen tue x delah org nak pening2 kepala nak pikir....



Khamis, 22 Disember 2011

Mata wang baru Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan siri wang kertas dan duit syiling baru yang akan diguna pakai tahun 2012..


Mata wang RM20 diperkenalkan


Siri terbaru mata wang Malaysia mengambil inspirasi daripada pelbagai ciri-ciri unik Malaysia, dengan menggunakan elemen khazanah semula jadi, budaya dan warisan negara.


Rabu, 21 Disember 2011

Happy birthday Hubby


To my beloved husband happy birthday to u today....

Seperti tahun2 yg lepas, sayang selalu mendoakan semoga hubby diberikan kesihatan yg baik,murah rezeki dan berbahagia di hari lahir mu.

...LOVE U HUBBY...

Isnin, 19 Disember 2011

Hubby Tima Kasih Bagi Bunga


 Hubby tima kasih bagi jambangan bunga nie kat sayang..best ah bagi2 bunga nie rasa romantik je..tetiba rasa mcm kite nie budak remaja plak yg sdg mula kenal erti cinta...Hubby betul2 buatkan sayang falling in love je lah..


Hopefully nie bukan bunga terakhir dr hubby coz i very love flowers terutama sekali rose ..silap2 mau sayang letakkan nama anak rose.kiikiki..

Ahad, 18 Disember 2011

Sup Tulang Bebola

Memenuhi kehendak hubby utk makan tgh hari Sup Tulang dan mai pula dgn rajinnye menokok tambah meletak bebola ikan...


Bahan-bahan
  • 1 tongkol tulang (bersihkan dan tos)
  • Sedikit isi daging
  • 6 biji bawang merah & 4 biji bawang puith (ditumbuk)
  • 4 biji bawang merah & 2 biji bawang putih (dihiris halus)
  • 1 paket rempah sup
  • 3 bji kentang (dipotong 4)
  • 1 biji carret (dipotong panjang)
  • 1 paket bebola ikan
  • Sayur sup
  • Rempah 4 beradik -2 batang kulit kayu manis,3 biji bunga lawang,3 biji jintan manis 3 biji buah pelaga(agak2 je)
  • Daun sup dan daun bawang (hiris halus atau potong 1 inci panjang)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam
Cara
  1. Rebuskan Tulang & isi daging sehingga lembut.(jgn dibuang airnya)
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk.
  3. Tumis bawang yg dihiris bersama rempah 4 beradik tue sehingga naik bau, warna menjadi sedikit perang.
  4. Kemudian masukkan bawang yg ditumbuk bersama rempah sup,masukkan sekali air(air tue mai guna pakai air rebusan tulang & daging)
  5. Masukkan carret,kentang dan sayur sup,biarkan sehingga sedikit empuk
  6. Setelah itu masukkan tulang & daging kacau seketika.
  7. Masak sehingga mendidih dan masukkan bebola ikan.Biarkan seketika sehingga kuah merenih.
  8. Tutup api dan masukkan tomato dan hidangkan.
  9. Hiaskan dgn menabur daun sup dan daun bawang.Nak letak bawang goreng pun boleh.


Jumaat, 16 Disember 2011

Dapat bunga dr cinta hati lagi

Belum sempat mai bg kejutan pd hubby utk birthdaynye minggu depan dia terlebih dulu telah bg kejutan pada mai...



                                    siap ada teddy bear lagi...suke suke suke suke....


....ala la la comeyy....


Kejadian Manusia Bukti Kekuasaan Allah

     Dialah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakinya.Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,Yang Maha Kuasa,lagi Maha Bijaksana.(ali-'Imran:6)
     Penciptaan manusia dari setitis air mani yang hina sehinggalah terbentuk manusia dengan bermacam-macam rupa,dengan ketinggian dan warna kulit yang berbeza dan sebagainya sudah cukup membuktikan bahawa manusia ini amatlah kerdil dan sepatutnya tahu bersyukur dengan nikmat yang diperolehi,dan ia tidak mampu dihitung oleh manusia.
     Di awal penciptaan ini,Allah telah  menjadikan rahim ibu sebagai satu tempat untuk menyimpannya sebelum manusia lahir ke dunia.
     Seandainya manusia sedar akan hakikat kejadiannya,maka tidak wujud manusia yang ingkar untuk mengikuti dan memahami suruhan Allah.Segala kepincangan dan perselisihan yang berlaku di muka bumi ini ialah berpunca dari sikap manusia yang tidak mengetahui dan memahami asal-usul kejadiannya.
     Apatah lagi pangkat,harta dan kemewahan yang dimiliki telah berjaya menguasai diri sehingga akhirat bukan lagi menjadi matlamat kehidupan.Islam tidak sekali-kali melarang seseorang manusia mencari kehidupan di dunia asalkan kehidupan abadi di akhirat tidak dilupakan.
     Manusia dijadikan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian.Selari dengan penciptaan itu juga,manusia telah ditugaskan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.Dengan kejadian itu,manusia perlu tahu menggunakan kemampuan yang ada demi menjaga keharmonian dan keamanan dunia.


***taip bulat-bulat dari surat khabar
Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Jumaat, 9 Disember 2011

Letak Pautan Link Blog Dlm Profil Anda

I follow U,U follow me Back...tapi bila nak follow balik tak boleh..... sebabnye korang X Letak Pautan Link Blog korang, so jgn nak kata sombongnye org tue X nak follow kite balik...Ok tak mau gaduh gaduh moh mai ajarkan cara mcm mana nak Letak Pautan Link Blog korang tue... 




Gambar di atas adalah contoh dimana 1 profil with link blog(yg dipetak merah) & 1 lagi without link blog.

Mcm mana kite nak wujudkan link blog tue senang je bila korang nak follow blog bloger lain korang mesti buat cam gini,click kat follower blog yg korang nak follow tue dulu.

step 1                                step 2                        step 3

Lepas korang click kat button follower akan kuar 3 step seperti gambar di atas nie.Sila clickkan pada petak merah tue.Senang je tak susah mana pun cuba korang try buat mesti jadinye..Oh ya yg URL & Link name tue korang isi lah sendiri jgn tulis yg mai punya, kang tak pasal2 link mai yg jd kat blog korang...khikhikhi....


... Ok selamat mencuba ...






Rabu, 7 Disember 2011

Lawak hari ini : Pencen 60 thn

Selasa, 6 Disember 2011

Info: Pecutian Yang Sempurna

Merancang percutian yang sempurna boleh merapatkan kembali hubungan pasangan suami isteri serta seisi keluarga.


Bajet kewangan 
- Teliti dulu kedudukan kewangan sama ada mencukupi untuk menampung percutian anda. 
- Sebaik-baiknya berbincang terlebih dahulu dan dapatkan keputusan terbaik.


Destinasi   
- Penting untuk membuat keputusan tepat berhubung lokasi pilihan percutian.
- Minta pandangan teman-teman,hebahan di akbar dan majalah serta maklumat tambahan di Internet.
- Apa pun,pastikan lokasi pilihan tidak membebankan kewangan.
Mamadai memilih percutian dalam negara.


Jumlah hari bercuti 
- Seelok-eloknya rancangkan hari bercuti yang panjang untuk mendapatkan rehat sepuasnya kerana inilah masanya untuk merehatkan diri daripada aktiviti harian.  


Waktu sesuai percutian
- Terpulang.Bagi yang sudah berkeluarga rasa-rasanya musim cuti persekolahan merupakan masa yang paling sesuai.


Barangan yang perlu dibawa 
- Elakkan membawa terlalu banyak barangan hingga menghilangkan mood bercuti.
- Pastikan dokumen pengenalan diri dan pasport dibawa serta beberapa dokumen lain yang diperlukan termasuk sijil nikah.


Tugasan kerja
- Cara terbaik selesaikan dulu semua tugasan kerja bagi mengelak gangguan ketika bercuti.



Ahad, 4 Disember 2011

nak tgk cite OMBAK RINDU

Hubby nanti lepas hubby balik kursus jom kite dating tgk wayang cite OMBAK RINDU nak tak??????...

tp klu hubby X nak pi tgk X pe syg X kisah pun ASTO First kan ada nanti kite langgan cite nie yea...Boleh putar byk2 kali sampai bengkak2 biji mata..hihihihi..

Lawak hari ini : Ayah Melawak Je

Gadis : hari ni sy jalani pembedahan jantung .
Lelaki : sy taw :') I love you .
Gadis : I love you too .♥ (Bile sedar dari pembedahan , gadis tengok bf die takde .

           Tp ayah die je yg ade)
Gadis : mane bf sy ayah ?
Ayah : Siti taw tak sape dermakan jantung untuk siti ?
Gadis : apaaaaa ? ( Terus menangis ) T_T
Ayah : hehe takde la . Ayah melawak je . Die pegi tandas ;D

Sabtu, 3 Disember 2011

So sweet hubby

Thanks for loving me hubby
 and 
a filling kiss for U 


terharu siut mcm drama melayu plak rasanye hubby tulis nama atas batu pasir.So sweet hubby...
i like it...

Harap2 nama mai akan terus berada dlm hati hubby selamanye tidak seperti hilangnye nama nie bila kena ombak air pantai.. 




***Tiba2 terasa nak tgk wayang cite OMBAK RINDU

Jumaat, 2 Disember 2011

Pahala Buat Wanita


1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita ya...ng tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Pantai Teluk Kemang -PD


Apa yg ada & menariknye di sini Pantai Teluk Kemang?????

Sebelum balik ke KL sempat lagi kami ber2 singgah disini,yg ada disini semestinye sedampar pantai..wahhhhhhh kat sini lebih happening rupanye tgk lah gmbr kat bwh nie...

kan kan kan...orgnye ramai lps tue banana bot pun byk..

disini disediakan sewaan khemah2 kecil utk pengunjung berehat & belindung dr terikan panas matahari..

klu teringin nak naik kuda pun blh,kena byr tau ikut umur..murah je x mahal pun...

tgk adik comel tue cuba naik kuda..kuda nie akan bawa penunggang kelilingi satu pusingan bulatan kat situ je, tak de lah sampai sepanjang sisiran pantai..

Ha nak beli oleh2 pun ada dijual disini,cthnye t-shirt,seluar,topi,pelampung,cermin mata dll lagi..tapi tue semua x menarik sgt pehatian kami,kami lebih tertarik pd keropok2,sotong & ikan salai yg dlm plastik tue...


tarraa kanan kiri mai borong beli...utk family utk kawan2 opis & utk hubby makan semasa berkrusus

Last sekali ambil gambar kat batu nie buat kenang kenangan..Tah bila lah nak dtg lagi ke sini...

Ok bye bye PD mau pulang ke KL sudah rindu sama rumah...Sehingga bertemu lagi...



Bercanda D Pasiran Pantai







Khamis, 1 Disember 2011

Aku dan Topi Besar




Rasa mcm mak saleh plak jalan di pantai bertopi besar...Rasa segan pun ada dgn org ramai mana tak nye mai je yg gedik pakai topi besar nie sdgkan org lain x de pun bertopi2...Nak gambar punya pasal ketepikan malu tue janji dpt snap gambar dgn topi besar nie..

Yg x dpt dilupakan topi nie byk kali melayang masa dok gedik berposing...kahkahkah..lari terkedek2 dpt kan topi besar nie balik..



Hari ke2 Main main Terjun Air

Last day dpt main main terjun air,seawal 8.30 pagi kami turun ke bawah pi terjun swimming pool nie dikirakan pakej mandi pagi..kehkehkehkeh buruk punya perangai laki bini..eh tak lah semua pun sama yg join mandi pagi tue...

Mai masih lagi meneruskan pembelajaran belajar berenang dgn hubby.Baru je nak berjaya berenang udah tenggelam lps tue tercunggap2,hidung nie sampai perit2 termasuk air & tekak nie berape kali perit & terbatuk2 tertelan air..yukkk aku dah tertelan air badan tue belum klu ada org terkencing yakkkk...

Dah lah x nak pk jom layan gambar kami 


nampak tue muka hubbyku yg sbr mengajar bini nye yg x geti2 berenang sampaikan ke sudah still x geti2 gak....menyampah iiiiii.....

Sudahnye gini jadinye

 main dukung2 mcm belangkas pun ada kahkahkahkah....
kasi zoom dekat sikit
perasan tak??? jgn jealous hubby i je tau yg buat gitu kat i....

yana(baju merah) 2 ari x nak terjun air...klu ikut hati mau je mai pakat dgn fura campak dia ke dlm air biar kan dia basah baru puas hati..tp disebabkan hubby ada kena lah tunjuk sikap baik...

lorr ada lg belangkas kat belakang..


last gambar laki bini tolong jgn muak nie blog mai so suka hati nak letak gmbr kami byk mana

peace yooo...