Selasa, 28 Ogos 2012

Pelihara Mata Daripada Radiasi

Tahukah kamu bahawa pengaruh komputer dan sinar radiasi yang dipancarkan oleh skrin monitaor dapat mengganggu kesihatan mata?Jangan ambil mudah tentang perkara ini kerana kamu perlu menjaga pancaindera yang paling utama ini saat bekerja dihadapan skrin.

KEKALKAN JARAK
Berikan lebih perhatian terhadap jarak yang diperuntukkan antara mata dan skrin komputer.Penggunaan dalam jangka masa yang lama ditambah pula dengan kesan sampingan yang lain bakal membantutkan semangat bekerja.Usah terlalu dekat dengan skrin monitor,namun seelok-eloknya duduklah dalam keadaan bekerja secara ideal iaitu 75 sentimeter jarak minima dengan mata.

PENCAHAYAAN
Ambil kira jumlah pencahayaan yang diperlukan  bagi menerangi cahaya sesebuah bilik.Jangan bekerja dalan ruangan yang terlalu terang kerana ia boleh menyilaukan mata.Selain itu,elakkan bekerja dalam ruangan yang terlalu gelap atau redup ekoran ia akan memenatkan mata sekiranya kamu bekerja terlalu keras.

PENAPIS SKRIN MONITOR
Langkah bijak bagi membenteras sinar radisasi daripada terus 'merebak' adalah dengan menggunakan menapis skrin monitor.Penapis ini berupaya mengurangkan silau lantas membantu mata kamu untuk melihat dengan lebih jelas tanpa sebarang gangguan.

ALIH PANDANGAN
Apabila penglihatan terlalu tertumpu pada jarak dekat dalam kadar yang terlalu lama,kamu seharusnya mengaihkan pandangan ke arah yang jauh setiap 30 minit.Selain meringankan bebanan mata,kamu juga akan mengurangkan tekanan pada leher serta beberapa anggota tubuh lain.

FONT & ZOOM
Mengubah suai cara kamu bekerja.Sebagai contoh,bagi kamu yang sering menggunaan perisian Microsoft Office seperti Word,Powerpoint atau Excel,bekerjalah dengan font yang cukup besar atau guna zoom supaya kamu nampak tulisan pada skrin monitar dengan lebih jelas.Tidak perlulah kamu memaksa mata kamu untuk membaca tulisan yang kecil.

ISTIREHAT MATA
Apa salahnya istirehatkan deria melihat kamu buat seketika.Terdapat pelbagai cara untuk kamu merehatkan mata.Pejam mahupun kedip seketika dapat menjadikan mata kamu sentiasa lembap dan tidak kering.Senaman ringan ini bertujuan untuk membuang stres yang tertumpu pada pancaindera utama ini.

AKSESORI MATA
Periksa kaca mata atau kanta lekap yang dipakai selang seketika.Sekiranya kamu tidak perasan bahawa kuasa(power) yang disarungkan bersama kelongsongnya sudah  berubah maka kamu secara tidak langsung akan memaksa mata bekerja lebih kuat daripada biasa untuk melihat.

sumber:majalah remaja 15 JUN 2012 bil 620

Tiada ulasan :