Isnin, 24 September 2012

Tiada lagi Si Chiki di rumah

Lepas nie aku kena biasakan diri dengan tidak lagi memanggil dan menjengguk Si Chiki..Semalam hubby dah bagi Si Chiki kat orang tingkat 5 siap bagi dengan sangkar dan makanannye sekali.Semalam petang,bila hubby bagi tahu je dah bagi Si Chiki kat orang aku pun menangis macam budak kecil kena marah mana tak nye sedih hati nie nak melepaskan Si Chiki yang dah besar tue,bulu dah lebat muka dah semakin hari semakin bulat.

Hubby siap pesan 2 perkara kat orang baru tue nanti bila bagi minum kat Si Chiki jangan bagi air paip bagi air yang dah masak takut perutnye sakit dan boleh sebabkan cirit birit dan perkara seterusnya kalau dah tak nak jaga jangan buang tapi pulangkan kembali kat kami.

Aku dan hubby suka bila tengok Si Chiki masa di lepaskan belakang rumah dia bukan main suka lari sana sini bagaikan bebas dari kongkongan.

Oh Chiki semoga kau selesa dan sihat di bawah jagaan tuan baru kau.

Tiada ulasan :