aku guna perencah rendang keluaran adabi tapi aku tambah lagi bawang,halia,serai dan daun limau purut..
Memaparkan catatan dengan label Daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Daging. Papar semua catatan
Ahad, 24 Februari 2013
Rendang Daging
Hidangan makanan tengah hari utk hero kesayangan...Rendang Daging..Alhamdulillah menjadi gak aku buat rendang daging nie..dimakan bersama nasi panas...(bukan nasi impit mahupun ketupat yea raya lambat lagi kan)
Isnin, 29 Oktober 2012
Resepi Dalca Daging
Bahan yang diperlukan
Cara memasak
- 2 tangkai daun kari
- 6 ulas bawang kecil yg dihiris
- Rempah 4 sekawan (kayu manis,jintan,bunga lawang,bunga cengkih)
- 2 labu bawang besar - dikisar
- 1/2 labu bawang putih - dikisar
- Sejari halia - dikisar
- 1 paket rempah kari daging - setelah 3 bahan tadi dikisar gaulkan dengan rempah kari
- 1 mangkuk kacang dal direndam 1/2 jam
- Daging & tulang lembu - Rebus bersama dgn halia yg dihiris kasar sehingga empuk nak cepat empuk letak sudu @ garfu,air rebusan jangan dibuang nanti nak guna masa memasak
- Kacang panjang dipatah2
- 2 biji terung bulat yg dipotong 6
- 2 biji tomato dipotong baji
- 1 batang carrot dipotong besar2
- 3 biji kentang dibelah 4
- 2 batang cili merah dibelah memanjang
- 3 batang cili hijau dibelah memanjang
- Santan - aku guna 1 senduk je just nak bagi berlemak sikit
- minyak
- Garam
Cara memasak
- Tumiskan bawang kecil + daun kari + rempah sekawan sehingga naik bau
- Masukkan bahan yang dikisar dan tumis sehingga hampir garing
- Masukkan kacang dal + daging & tulang + air rebusan Pastikan kuah tidak terlalu cair + santan.Kacau sekali sekala supaya santan tak berketul.
- Perisakan garam secukup rasa
- Masukkan kentang dan carrot Biarkan kuah mendidih dan bila kentang dan carrot telah empuk masukkan cili + terung + kacang panjang
- Bila kesemua bahan telah dimasukkan balik2kan dan biarkan sebentar dan matikan api.
- Masukkan tomato.Kalau masukkan tomato awal nanti tomato akan lembik.
Label:
Daging
Selasa, 28 Ogos 2012
Daging Kicap Rempah
Bahan-bahan
1. Daging
2. 1 pek Tumisan Kicap Rempah Maggi
3. 3 biji bawang merah - dihiris
4. 1 labu bawang besar - dihiris
5. Jus asam jawa
6. 2 cawan air
7. Kacang pis
8. 10 biji cili api
9. Minyak
Cara memasak
1. Tumiskan bawang merah yang dihiris hingga wangi.
2. Masuk 1 cawan air dan tumisan kicap rempah maggi dan biarkan hingga mendidih.
3. Masukkan daging & jus asam jawa dan 1 cawan air.
4. Renehkan hingga kuah pekat.
5. Bila kuah hampir masak masukkan kacang pis dan hirisan bawang besar.
6. Biarkan seketika dan tutup api.
*** rebus daging dahulu supaya daging tidak keras
1. Daging
2. 1 pek Tumisan Kicap Rempah Maggi
3. 3 biji bawang merah - dihiris
4. 1 labu bawang besar - dihiris
5. Jus asam jawa
6. 2 cawan air
7. Kacang pis
8. 10 biji cili api
9. Minyak
Cara memasak
1. Tumiskan bawang merah yang dihiris hingga wangi.
2. Masuk 1 cawan air dan tumisan kicap rempah maggi dan biarkan hingga mendidih.
3. Masukkan daging & jus asam jawa dan 1 cawan air.
4. Renehkan hingga kuah pekat.
5. Bila kuah hampir masak masukkan kacang pis dan hirisan bawang besar.
6. Biarkan seketika dan tutup api.
*** rebus daging dahulu supaya daging tidak keras
Label:
Daging
Selasa, 24 Julai 2012
Daging Goreng Kunyit
Disebabkan sabtu tue beli barang dapur kat Pasar Borong Selangor maka aku pun borong lah sekali barang masak utk ahadnye.Dengan itu adalah juadah utk buka pose ari ke-2,hari2 seterusnye klu masak baru beli k.
Hari keje susah sikit nak masak,aku rasa macam tak sempat je nak siap2kan makanan,better beli je kat bazar ramadhan lagi senang.
k lah kawan2 malas nak taip panjang2 moh tgk resepi yg senang nie.
Bahan-bahan:
- daging
- 1 biji bawang besar (mayang bulat)
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu teh kunyit serbuk
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 4 biji cili api(dihiris)
- garam secukup rasa
*** boleh masukkan kacang panjang,mai tak masukkan sebab ada goreng sayur lain nanti membazir plak.
Cara Memasak
- Daging dihiris kecil-kecil(jgn ikut aku,aku malas nak hiris suruh abg pasar potongkan tapi dia buat tebal2 plak,padan muka aku)dan diperap bersama kunyit dan garam selama kira-kira setengah jam.
- Goreng daging seketika pastu tambahkan sedikit air dan masak hingga daging lembut.
- Pastu masukkan bawang besar + bawang putih + cili merah + cili api.
- Gorengkan seketika kemudian tutup api,sedia untuk dihidangkan.
SeLaMaT MeNcUbA
Label:
Daging
Rabu, 11 April 2012
Daging Rebus Cicah Sambal Belacan
Mai X tau ape nama masakan nie,actually mai penah makan kat cafe opis.Disebabkan dah selalu sangat makan yg berminyak ..apa kata kali ni kita makan yg kering2 jer..Daging rebus cicah sambal belacan.
Sambal belacan yg disediakan oleh hubby,dgn rela hati dia menumbuk bahan2 tersebut.Ringan kerja mai sikit.khikhikhikhi..i tak dera u but u nak buatkan..
First time mai try buat lauk nie,X tau ape2 yg patut ditarukkan so main hentam je lah but klu korang ada resepi sebenar meh ah kongsi bersama..
Sambal belacan yg disediakan oleh hubby,dgn rela hati dia menumbuk bahan2 tersebut.Ringan kerja mai sikit.khikhikhikhi..i tak dera u but u nak buatkan..
First time mai try buat lauk nie,X tau ape2 yg patut ditarukkan so main hentam je lah but klu korang ada resepi sebenar meh ah kongsi bersama..
Bahan :-
- Daging lembu - dihiris jangan terlalu nipis /sedang2 saja kemudian dibasuh bersih2
- 1/2 kiub pati lembu knorr
- Garam
- Air secukupnya
Cara memasaknya tak de masalah senang je masukkan semua bahan2 diatas dlm periuk dan masaklah sehingga daging empuk.Bila dah masak ..boleh diambil dagingnya sahaja..dan boleh lah dimakan dgn cicah sambal belacan @ air asam ikut cara korang tersendiri..senang bukan..
> SeLaMaT MeNcUbA <
Label:
Daging
Khamis, 1 Mac 2012
Daging Goreng Berempah
Bahan-bahan:
- Daging lembu - dipotong nipis,nak rebus dulu pun boleh tapi mai tak rebus pun
- 1 biji bawang besar holland - dipotong bulat
- 1 tangkai cili hijau - dipotong serong
- 2 tangkai daun kari
- 1 biji tomato - dibelah empat
- Garam
- Gula
- Minyak masak
- Air
Bahan dikisar
- Halia
- 8 biji bawang kecil
- 4 ulas bawang putih
- 1 sudu makan jintan manis
- 2 sudu makan rempah kari daging
- 1 sudu besar lada hitam
***masukkan sedikit air utk memudahkan bahan dikisar
Cara memasak
- Tumiskan daun kari seketika kemudian masukkan bahan-bahan yg dikisar td,tumiskan sehingga pecah minyak.
- Masukkan pula daging, gaul sekata dan biarkan daging empuk masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
- Setelah daging empuk masukkan garam,gula,cili hijau,bawang besar holland dan tomato.
- Biarkan seketika kemudian matikan api dan sedia utk dihidang.
Resepi asal sebenarnye menggunakan hati lembu,disebakan mai tak berape makan hati tue yg tukarkan kepada daging.Nak bg tau nie siap2 nie kat korang,klu rasa tak tahan pedas jgn bubuh lada hitam byk2 & tak payah masuk cili padi..Nanti sakit perut jgn nak salahkan mai plak yea.
Memasak nie tak perlu sgt terlalu ikut sukatan kadang-kadang yg campak-campak tue lah lagi sedap & menjadi..
Akhir kata dari mai seperti biasa
< SELAMAT MENCUBA >
< >
Memasak nie tak perlu sgt terlalu ikut sukatan kadang-kadang yg campak-campak tue lah lagi sedap & menjadi..
Akhir kata dari mai seperti biasa
< SELAMAT MENCUBA >
< >
Label:
Daging
Sabtu, 13 Ogos 2011
Daging Masak Halia
Bahan-bahan :
- Daging secukupnye
- Tepung jagung
- Air secawan
- Sos tiram
- Garam
- Minyak masak
- Blackpaper
Bahan tumis dan harus dihiris
- Bawang besar 2 biji
- Bawang putih 5 ulas
- Halia - ikut suka nak byk mane
- 1 biji cili merah
- 1 biji cili hijau
- Panaskan kuali dan masukkan minyak masak kemudian tumis bahan2 hirisan.
- Tidak perlu tumis terlampau layu,masukkan pula daging dan kacau sekali sekala supaya daging tak melekat di kuali.
- Langkah seterusnya,ambik secawan air dan masukkan sesudu kecil tepung jagung ke dalam air tersebut.. kacaukan supaya sebati setelah itu masukkan ke dalam daging tadi dan kacau sekali lagi.
- Masukkan pula sos tiram dlm 1-2 sudu ke dlm bahan2 tadi,kacau sebati dan akhir sekali masukkan garam secukup rasa..
- Tutupkan kuali sekejap dan sekali sekala kacaukan.
- Bila daging masak taburkan lada hitam ikut kepedasan,kacau sebati.Tutupkan api dan sedia utk dihidang.
SeLaMaT MeNcUbA
^__^
Label:
Daging
Ahad, 7 Ogos 2011
Kurma Ayam

Seperti yg dijanjikan semlm arinie mai sharekan resepi semanis kurma eh eh eh salah kurma ayam yg meletup..Nie first time tau mai buat Alhamdulillah jadi gak..Tak mau cite panjang tgk je lah kat bawah nie.
Bahan-bahan:- Ayam 1/2 ekor
- 1/2 biji santan pekat
- Minyak masak
- Air
- 1 biji bawang besar (dihiris kasar)
- 2 biji Kentang (dipotong dadu)
- 1 biji cili masak merah & hijau (dipotong serong)
- 1 biji tomato (dipotong 6)
- Garam
- 8 biji bawang merah (ditumbuk)*
- 3 biji bawang putih (ditumbuk)*
- 3 biji buah keras (ditumbuk)*
- 1 paket Kurma Ayam&Daging (adabi)* ***ke4 bahan nie digaulkan bersama tambahkan sedikit air
- 2 biji bawang merah (dihiris) #
- 2 biji bawang merah (dihiris) #
- Halia 2cm (dihiris) #
- Rempah 4 sekawan # (bunga cengkih,bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga ikut suka nak masuk berape)
- Tumiskan bahan2 yg bertanda # terlebih dahulu sehingga naik bau kemudian baru masukkan bahan yg bertanda * kacau & biarkan sehingga garing sedikit ingat bukan hangit tau.
- Seterusnye masukkan ayam dan air tp jgn banyak sgt kang melimpah plak.Tutupkan periuk dan biarkan sehingga ayam empuk.
- Kemudian masukkan santan,bawang besar,cili masak dan kentang.Biarkan sehingga santan masak dan kentang empuk.Klu kuah pekat masukkan sedikit air.
- Campurkan garam sedikit dan tomato.
- Tunggu dlm beberape minit dan tutup api dapur.Siap utk dihidang, hiaskan dgn letak cili merah.
>< SeLaMaT MeNcuBa ><
^__^
^__^
Label:
Daging
Ahad, 31 Julai 2011
Ayam Masak Lemak Cili Api
Lauk ni merangkap makan tgh hari + makan sahur besok pagi...senang tak payah pikir2 nak masak ape besok sahur..hehehehehe pandai kan mai..
Bahan A- Ayam (yg sudah dibasuh bersih)
- 2 cawan santan pekat (1/2 biji kelapa)
- 2 batang serai (dititik)
- 1 helai daun kunyit
- 4 biji ubi kentang (dipotong 4)
- Garam secukup rasa
Bahan B - Dikisar
- 25-30 biji cili padi (ikut citerarasa)
- 4 biji bawang merah
- 1/2 inci kunyit hidup
- Sedikit belacan
- 1 cawan air
Cara memasak
- Masukkan semua bahan kisar kecuali santan pekat ke dalam periuk dan masakkan sehingga garing sedikit.
- Kemudian masukkan ayam dan kentang,biarkan sehingga empuk dan mendidih.
- Apabila mendidih,masukkan santan pekat dan rasakan garam.Sentiasa kacau supaya kuah tidak pecah minyak.
- Apabila sudah mendidih,tutupkan api dan hidangkan.
Label:
Daging
Sabtu, 2 Julai 2011
Daging Masam Manis
Bahan A
- Daging
- 5 sudu makan sos tomato
- 5 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- Minyak masak
- Garam secukup rasa
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 1/2 inci halia
- 1 tangkai cili merah
- 1 tangkai cili hijau
- 1 tangkai cili api merah
- 1 tangkai cili api hijau
Cara Memasak
- Perapkan daging dgn sedikit garam dan serbuk kunyit sebentar dlm 5-10 minit.
- Panaskan minyak dan masukkan daging.Goreng sehingga lembut.
- Masukkan sos tomato dan sos cili.Jika pekat sgt masukkan sedikit air.
- Masukkan pula bahan yg dihiris.kacau dan gaul sebati.
- Angkat dan hidangkan.
Label:
Daging
Langgan:
Catatan
(
Atom
)







