Isnin, 11 Mei 2015

# 4 Pasu Ros Jepun Dijual Hari Ini #

Alhamdulillah....Syukur Alhamdulillah ada lagi orang sudi beli RJ dari aku..

Nie lah pembelinye,namanye Syura staff di bahagian kewangan member seopis aku.Dia berkenan dengan bunga RJ aku lepas aku berwassap gambar dengan dia sudahnye dia berkenan 4 pasu RJ aku dan terus beli.

      
Sporting Syura sudi dia bergambar dengan RJ yang dia beli untuk aku masukkan dalam blog aku nie ha,dlm pukul 8 lebih pagi tadi dia dah datang tempat aku nak ambil RJ dia.Tengok je RJ terus senyum ceria dia.Nampak dia berpuas hati dengan RJ yang aku jual..aku nie risau dari malam tadi kot lah tak berkenan tengok dlm wassap cantik tengok realiti tak cantik,nasib dia suka lega aku.

Nampak RJ macam layu je kan,memang lah masa nie belum masa dia lagi nak kembang lepas pukul 10 sehingga sekarang nie 11.30am RJ tu semua dah kembang-sekembangnye.Sorry tak ada gambar tak dan nak pi snap gambar.

Antara RJ yang dia beli ialah;

RJ Selapis Berkelopak Besar Putih

RJ Selapis Berkelopak Besar Ungu

2 pasu RJ ni baru je aku up kan N3 pada  khamis lepas # Koleksi Ros Jepun Selapis Berkelopak Besar # bila aku wasap syura dia terus berkenan maka koleksi ini bukan jadi koleksi aku lagi dah,tak pe nanti aku beli yang lain,utamakan pelanggan dulu ceh wah hihihi..

Sepasu Ros Jepun Selapis Berkelopak Besar ini aku jual dengan harga RM15 sahaja,masih murah lagikan jom lah beli.

Dan lagi 2 pasu RJ yang Syura beli ialah;

RJ Berlapis Purple
RJ Berlapis Kuning + Peach


Syura terima kasih banyak-banyak sudi beli RJ dari kite,nanti lagi sepasu kite wasap kemudian warna ape yang ada kat rumah,nanti pilihlah yea nak yang mana sementara stok masih ada.hihihi.

tuan RJ dengan pembeli bergambar kenangan

Pada sesiapa yang nak beli Ros Jepun dari kite meh lah beli kite jual murah je Ros Jepun Berlapis nie RM10 dan Ros Jepun Selapis pulak RM15 dalam pasu tau bukan dalam polybeg..Aku rasa macam nak jual dalam polybeg gak lah boleh jual murah sikit nanti,kot lah pasu aku tak lawa nak pakai pasu sendirikan InsyaAllah.



2 ulasan :

suwara entertainment berkata...

terbaiklah mai..dah jadi peniaga bunga pulak skang..rajin tul

myfara FLK berkata...

saje suka-suka je siti..seronok dapat share hobi nie dengan kawan-kawan..