Khamis, 15 September 2016

10-11 September : Avillion Legacy Melaka

Bulan ini (September) pergi lagi Melaka,kali ni Krul pilih Hotel Avillion Legacy Melaka.Harga bilik sila jangan tanya sebab Krul tak nak bagi tahu,dia cakap tak payah tanya relaks je lah..Aku suka jadi tak rasa bersalah asyik dia je yang belanja tidur hotel.

Bangunan hotel nie dari luar sangat cantik nampak bangunanya mewah,megah dan klasik.



Ruang lobi yang luas serta disusun kemas dan dihiasi dengan siling kaca berbunga-bunga.


Jom tengok pula bilik hotel ni,kita mulakan dari pintu masuk.

Dari pintu masuk bilik disebelah kiri ada almari baju,seperti hotel yang lain disediakan hanger baju ,iron,papan iron dan peti wang.


Sebelahnye ada lagi almari, disediakan set minuman dan peti sejuk kecil


Didepannye ada cermin


Di sebelah kanan berdepan ruang almari ada bilik toilet,toiletnye besar.Masuk je ke depan ruang meja sinki cermi muka besar puas nak picit jerawat.hihihi.Set mandian di sediakan di atas meja sinki.


Ke kanan bowl toilet


Dan di sebelah kanan ada bathtub shower, tuala disediakan 2 helai.


Beralih ke depan,tilamnye empuk bestnye kalau kat rumah macam nie bertambah lenalah tido aku..


Di depan katil di dinding ada TV,bagus hotel nie banyak saluran dan Astro yang dapat ditonton



Di hujung ada meja solek


Macam yang nampak di gambar atas tadi sebelah katil ada kerusi untuk berehat,idea mengedik datang jom Krul kite bergambar.



amacam ok tak gambar kami.

Lift hotel nie nampak mewah dihiasi dengan cermin


Mari kita menjelajah ke tingkat lain pula.

Kat tingkat 6 ada swimming pool,tapi kecil je lah 


dan 

Ada bilik Gym


Coffee house hotel ni best banyak makanan disediakan masa waktu breakfast, sedap-sedap plak tue.


diantara yang kami makan,lepas makan ni kami makan lain plak..kasi rasa semua yang ada dah bayar mahal-mahal nak makan sikit-sikit rugi hihihi..



sekian...datanglah tidur di Hotel Avillion Legacy Melaka.

BYE..


1 ulasan :

Unknown berkata...

ada bathtub dalam bilik air dah best dah, ada kolam lagi best walau x pandai berenang... hihi
cantik senibina hotel ni, klasik.....