Isnin, 5 September 2016

Pelihara Ikan Laga

Sejak berpindah rumah keinginan Krul nak bela ikan memang ada cuma aku je tidak benarkan.Bukanlah nak bersikap kejam sangat tetapi aku rasa susah hati bila pergi holiday ikan tu akan kelaparan.

Dah banyak kali aku perhatikan Krul masa jalan kat pasar malam atau pasar tani dia asyik berhenti kat tempat orang jual ikan peliharaan cuma dia tak bersuara je nak beli ikan.

Sampailah ahad minggu lepas kat pasar tani aku cakap dengan Krul kalau nak beli ikan belilah,nanti kita letak dalam balang kaca yang ada kat rumah.Oiii sukanye dia terus pilih ikan laga bukan 1 tapi 2 dia beli,alasan kalau 1 dia tak ada saingan nak kembangkan ekornye, cuma kena letak kat 2 balang kena asingkan kalau tak bergaduh boleh makan sesama sendiri.Ikutlah Krul mood aku tengah baik nak beli sila kan beli sebelum aku tukar fikiran.

Kemudian masa hari merdeka lepas Krul ajak pergi kedai pet shop nak beli balang baru nak letak kedua-dua ikan laga tue setempat dan pembahaginye dia potong penutup bekas plastik transparent


Tengok Krul siap dia dekonye balang ni,pokok keladi aku jadi mangsa nasib dia potong sikit je dan batu-batu tue dia ambil kat laman luar rumah.




Tiada ulasan :