Khamis, 6 Julai 2017

Raya ke-3 dan ke-4 keluarga En.Zol & Cik Mas bercuti ke Cameron Highlands.Hureiiiiii..


Orang sibuk beraya ke rumah sedara mara kami sekeluarga plak berjalan ke Cameron Highlands dah menjadi kebiasaan kami masa raya berjalan luar KL.

Seminggu sebelum raya Aby tanya nanti raya nak ke mana,terus aku ajak ke Cameron Highlands,abah mama setuju je ikut dan semua adik beradik (ipar) setuju untuk ikut. Mama cakap mama seronok semua anak-anak dapat join dan ada di depan mata.

Kami menginap di aparment Crown Imperial Court,Brinchang.Sampai je check in dulu masuk semua beg dan kemudian kami makan tengah hari di kedai mamak itu je yang buka masing-masing dah lapar mamak pun jadilah.

Dah kenyang kami semua ke Big Red Strawberry Farm.





Dah sampai sini haruslah pekena aiscream strawberry dan lain-lain


Terbalas kerinduan aku nak makan aiscream,aku penah ikrar tak nak jejak lagi kaki di CH ni lagi sebab berlaku peristiwa hitam T__T.

Malam kami makan shell out dan steamboat 




shellout nie untuk 4 orang,sangat sedap sampaikan menjilat jari berbaloi dengan harganye


steamboat pun untuk 4 orang


makan sampai kenyang semua..

Besoknye kami breakfast di BOH Sungai Palas Tea Centre





lepas makan kami pergi kilang pemprosesan teh




tapi kilangnye tidak beroperasi mungkin sebab raya kot


tabik hormat pada bendera Pahang yelah anak Pahang kan



aku suka dengan 2 gambar abah mama nie cantik


kalau dulu hanya lalu di atas tanah sekarang dah ada laluan kayu tak lah tersadung kaki kat akar pokok teh atau kotor kasut disebabkan tanah lembap tapi tinggi plak anak tangganye sian pada warga emas yang sakit kaki.





amboi pengantin lama nie...


Seronoklah cuti sekeluarga macam nie InsyaAllah tahun depan ada rezeki kita bercuti bersama-sama lagi mungkin dengan cucu abah mama pula


--- II --

Rabu, 5 Julai 2017

Ceritera 2 SyAwAL RaYa 2017

2 syawal terima kunjungan dari keluarga Gmarl (adik ipar).Mak mertua Yasmin,adik beradik dan anak sedara Gmarl datang sekali.

Juadah makanan yang dihidangkan masih lagi nasi beriani, 2 hari berturut-turut nasi beriani aku masak.

tarraaa...

pengajaran dari semalam semua lauk dihidangkan kat meja lain jadi luas sikit nak makan kat meja makan tue.

 nasi beriani

Ada 2 nasi beriani aku masak yang bekas besar ada ayam dan bekas kecil tiada ayam sebab mak mertua Yasmin tak makan ayam.

 ayam masak merah

kurma daging


2 papadum,1 panjang dan 1 bulat


  nasi goreng

bawa kuar juadah yang semalam mak mertua Aby kasi

ketupat + ketupat palas

Ketupat nie 1 family Syafiq yang buat baik dari menganyam ketupat sampai merebus

  rendang tok


kuah kacang lebih semalam

 kek batik Sabah

Krul bawa balik sedap gak nila tanya perasa tak tau main beli je dia

 kuih raya

Kuih raya mama yang bawa aku tak beli pun tahun nie.


nak duduk kat meja makan pun boleh nak duduk kat carpet pun silakan




Adikku Yasmin

Terkenan plak aku dengan baju dia siap minta dia belikan 1 untuk aku hihihihi

sebelum balik mari kita ambil gambar kenangan bersama..hihihi masih lagi dijalan raya hahaha..




terima kasih semua sudi datang beraya rumah kami,harap kenyanglah yea datang dari jauh-jauh tue.


--- ll ---



Ceritera Petang dan Malam 1 SyAwAL RaYa 2017

Petang dalam 3 lebih baru mak cik dan abang herry (sepupu) sekeluarga datang termasuklah Aby dan Syafiq datang sekali.

Juadah yang dihidangkan nasi beriani + ayam masak merah + daging kurma(gambar tak sempat ambil) + nasi putih (takut tak cukup)


Penuh meja makan dengan mak cik dan anak beranak abang herry.Aby dan Syafiq makan lepas dorang habis makan sian meja penuhkan nantilah kumpul duit beli meja kerusi 8.

Nasi beriani habis seperiuk sedap sangat lah tue hihihi.Percubaan pertama aku masak nasi beriani dengan pantauan abah berjaya,masa puasa tempoh hari memang ada abah dan aku buat tapi kali nie aku sorang je buat dan berjaya nasi tue masak dengan cukup masaknya sesedap rasa dan lembutnya.

Borak minum-minum lepas tue kami bersiap berjalan raya ke rumah pak hitam(abang abah) di keramat.

Sebelum gerak kena ambil gambar dulu


Aby dan syafiq masih muat lagi baju nikahnya,aku dulu sebulan kawin dah naik badan nie bagaikan dipam-pam.


nie mak ida kakak pada abah  mak pada abang herry,kalau kak shelly datang lagi meriah rumah aku silap-silap sampai dapur dorang duduk bersila makan.


 ambil gambar kat jalan raya win tak? Orang datang raya ajak ambil gambar kat luar jalan raya.


Disebabkan pak hitam kata datang raya boleh pukul 8.00 malam jadi kami singgah solat maghrib di R&R Seri Kembangan lepas tue baru gerak ke Keramat rumah pak hitam.


 Kat rumah pak hitam baru perasan kami Team HIJAU 


kegedikan kami anak buah aku kat belakang 3 orang tue memalu kucing plak


ambil gambar dengan tuan rumah kenalah sopan diri elok-elok je semua.Semoga pak hitam cepat sihat dan kembali aktif seperti dulu.


--- ll ---