Rabu, 5 Julai 2017

Ceritera Petang dan Malam 1 SyAwAL RaYa 2017

Petang dalam 3 lebih baru mak cik dan abang herry (sepupu) sekeluarga datang termasuklah Aby dan Syafiq datang sekali.

Juadah yang dihidangkan nasi beriani + ayam masak merah + daging kurma(gambar tak sempat ambil) + nasi putih (takut tak cukup)


Penuh meja makan dengan mak cik dan anak beranak abang herry.Aby dan Syafiq makan lepas dorang habis makan sian meja penuhkan nantilah kumpul duit beli meja kerusi 8.

Nasi beriani habis seperiuk sedap sangat lah tue hihihi.Percubaan pertama aku masak nasi beriani dengan pantauan abah berjaya,masa puasa tempoh hari memang ada abah dan aku buat tapi kali nie aku sorang je buat dan berjaya nasi tue masak dengan cukup masaknya sesedap rasa dan lembutnya.

Borak minum-minum lepas tue kami bersiap berjalan raya ke rumah pak hitam(abang abah) di keramat.

Sebelum gerak kena ambil gambar dulu


Aby dan syafiq masih muat lagi baju nikahnya,aku dulu sebulan kawin dah naik badan nie bagaikan dipam-pam.


nie mak ida kakak pada abah  mak pada abang herry,kalau kak shelly datang lagi meriah rumah aku silap-silap sampai dapur dorang duduk bersila makan.


 ambil gambar kat jalan raya win tak? Orang datang raya ajak ambil gambar kat luar jalan raya.


Disebabkan pak hitam kata datang raya boleh pukul 8.00 malam jadi kami singgah solat maghrib di R&R Seri Kembangan lepas tue baru gerak ke Keramat rumah pak hitam.


 Kat rumah pak hitam baru perasan kami Team HIJAU 


kegedikan kami anak buah aku kat belakang 3 orang tue memalu kucing plak


ambil gambar dengan tuan rumah kenalah sopan diri elok-elok je semua.Semoga pak hitam cepat sihat dan kembali aktif seperti dulu.


--- ll ---

Tiada ulasan :