Khamis, 30 November 2017

balas-balas makanan lauk pauk part ll

Rindu plak kat jiran sebelah rumah,bila masak je teringat kat Fit.Harap sihat-sihatlah dorang anak beranak kat kampung(Johor).

04/11/2017
Fit balas kasi kuey teow goreng siap ada telur mata lagi


05/11/2017
Petang rasanye dia kasi karipap,dia buat sendiri karipap nie.



07/11/2017
Fit balas kasi kuih lagi,aku baru nak puji dia dah mengaku yang dia beli kuih nie.



08/11/2017
Terbaiklah dapat sayur campur goreng dengan begedil frozen dan daun sup.Daun sup tue terlebih beli jadi dia kasilah kat aku dari buang gitukan sayang katanye.


Petang aku balas ayam masak merah


09/11/2017
Turn aku plak kasi lauk kat dia,aku buat sup cendawan.



10/11/2017
Ehhh dia balas esoknye ikan masak taucu



13/11/2017
Aku balas ayam masak lemak cili padi


19/11/2017
Ni terakhir lauk dia kasi,ikan masak taucu.



20/11/2017
Lepas dia kasi barang-barang dapur aku balas kasi buah betik



21/11/2017
Dan ini yang terakhir aku kasi makanan kat dia,aku kasi roti bersama dengan kacang panggang+sosej.



Belum ada lagi jiran baru setakat ini.rasa sunyi plak bila tengah hari menjelang ke petang selalu dengar anak dia berlari-lari,bercakap-cakap,main guli macam-macam lah.

* balas-balas makanan lauk pauk part l

masak-masak minggu ke-7 #6bulansurirumahtanggasepenuhmasa

20/11/2017 / Isnin
Tak masak pun nak perabiskan lauk semalam sambal sardin dan sayur tauge goreng

21/11/2017 / Selasa
Sarapan pagi makan roti dengan kacang panggang yang Fit (ejaan sebenar selepas kena tegur dengan Fit salah eja nama dia,hahaha) bagi setin tambah setin dengan aku punya campurkan dengan sosej kemudian goreng telur hancur 2 biji.


Untuk makan malam aku masak kari ayam dan kacang buncis+carrot+fishcake goreng


22/11/2017 / Rabu
Rabu pula goreng bihun (bihun yang Fit kasi) dan malam ulang makan kari ayam dan sayur yang semalam punya,memang sengaja aku masak untuk 2 hari punya makan senang sikit nasib Krul tak muak plak.



23/11/2017 / Khamis
Kalau semalam kari ayam arini pula telur masak kicap dan ikan kerisi goreng.



24/11/2017 / Jumaat
Telur masak kicap tue aku masak semalam 4 biji,2 biji makan semalam 2 biji makan arini lagipun Krul main takraw aku bawa lauk tue ke opis dia tengah hari aku masak nasi dan panaskan lauk nie.

Malam pula Krul belanja makan Pizza Hut kat Ujana Kewangan.Sedapnye makan Pizza.

25/11/2017 / Sabtu
Offday tak masak tak larat period,pagi sarapan luar dan petang makan di Pantai Batu Manikar yang tempat aritu.Dapat gak aku makan kat pondok tue sambil tengok pantai dan matahari terbenam.

26/11/2017 / Ahad
Sarapan pagi makan kat luar petang sikit aku goreng mee malam makan KFC plak.

Isnin, 27 November 2017

Jiran sebelah dah balik kampung halaman

Dah tak ada jiran sebelah lagi nak berborak-borak dan bertukar lauk masakkan.Fiq dan anak-beranak dah balik kampung minggu lepas hari rabu 22 november.



Memperkenalkan jiran sebelah rumah kite Fiq namanye (ejaan nama kurang pasti)

Sempatlah bergambar buat kenang-kenangan dengan Fiq.Masa nie aku nak gerak ikut Krul ke opis sebab petang dia ada main takraw dan Fiq pula nak kuar ambil anak sulung disekolah,dah nak balik pun anak dia sekolah lagi dan yang bongsu dalam kereta.Dorang naik flight petang tak dapatlah hantar kat airport dah Krul main takraw plak.

Atas tue rumah kamilah,Fiq belah kiri aku plak belah kanan.Kat tengah-tengah pintu tu ada tembok penghadang antara pintu rumah kami,kat situlah kami selalu berborak.Buka je pintu ketuk tiak dan bagi salam lepas tue borak tak payah nak gerak jauh-jauh kat muka pintu je berboraknye.

Sebelum Fiq balik dia kasi macam-macam barang kat aku.Segan plak aku terimanye,dia kasi sebab dari buang gitu baik kasi aku boleh gak masak dan guna.



Nie semua bahan masak ,tempat letak tisu dan bekas-bekas tapeware,Yang nie dia kasi 2 hari sebelum balik.


Yang nie pula dia bagi pagi sebelum dia balik.

Bekas air nie bagus gak Fiq kasi selalu aku letak air dalam jug air kejap-kejap nak kena masak bila habis air nie senangkan hari aku,aku masak dan isi air sampai penuh bila dah sampai takuk kat paip tue baru aku masak dan isi sampai penuh balik.Rak pinggan mangkuk nie mulanye aku nak gantikan kat rak pinggan mangkuk yang Krul punya nie tapi tak lepas plak kat singki jadi tak dapatlah nak pakai,nanti nak bawa ke bilik Krul nak letak sana.

Bagus dorang nie fridge,dapur masak,rak alamari,baldi air dan barang-barang lain yang kecil dorang sedekahkan kat PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam
sebab PASTI ada buka pusat yang baru bolehlah buat tambah-tambah katanye.

InshaAllah kalau ada rezeki,umur dan jodoh dapatlah kita berjumpa lagi yea Fiq.


Khamis, 23 November 2017

Ikan Putih Masak Masam Manis / Sweet Sour


Nampak aku dah buat watermark jadi TOLONG jangan curi gambar masakkan aku nie plak.

Nak simpan resepi Ikan Putih Masak Masam Manis / Sweet Sour kat sini nanti-nanti boleh rujuk sini je,masakkan yang tak selalu buat memang aku cepat lupa.

Bahan-bahan yang diperlukan,

Bahan A:
Bahan B:
  • 5 bji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1/2 halia (dihiris)
  • 5 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan sos cili
  • 2 biji cili merah (dipotong nipis)
  • 2 biji tomato (dipotong 4)- aku pakai tomat saiz kecil 
  • Carrot (dipotong nipis buatlah bentuk mcm aku buat tue lepas tue aku rebus sekejap je)
  • 1 pokok daun bawang (dipotong panjang)
  • 1 cawan air
  • Garam 
  • Gula
  • Minyak

Cara memasak atau langkah memasak:
  1. Ikan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit.Goreng sehingga garing.Kemudian angkat letak kat dalam pinggan dan hias dengan carrot yang dah direbus tadi.
  2. Gunakan sedikit minyak lebihan goreng ikan tadi dan tumiskan bawng merah,bawang putih dan halia.
  3. Apabila wangi,masukkan sos tomato,sos cili dan air.
  4. Kemudian masukkan cili merah,tomato,garam dan gula.
  5. Apabila kuah pekat,tuangkan diatas ikan.
  6. Hiaskan dengan daun bawang.
Itu saja senang je bukan..

SeLaMaT MeNcUbA..

Ok Bye..

Rabu, 22 November 2017

Curi gambar masakkan aku..hampeh kau..tak ada sivik..

Cantik sangat perangai tue,curi gambar masakkan aku lepas tue tempek kat page kau dapurmalaysia.com nasib baik aku tak tulis resepi kalau tak dengan resepi-resepi sekali kau tempek jugak.

Aku pakai handphone je snap gambar nie,menarik sangat perhatian kau yea sampai curi gambar aku.



Nampak gambar masakkan tue masa bulan ramadhan 2015 punya ,boleh yea kau nak curi gambar masakkan berbuka puasa aku tue nak kena panah petir ke?

Tolonglah hormati HAK/KEPUNYAAN orang lain,kalau gambar kau kena curi marah tak?Kau ingat tak ada effect ke kat aku,buatlah orang kata aku yang curi gambar tue tak pasal-pasal plak aku nak bertetak dengan orang tue nak terangkan berbagai.

Aku ada je dulu letak watermark lelama aku dah tak buat dah sebab lupa nak letak dan malas nak edit,tak payah nak padankan muka kat aku sangat nape tak buatkan.

Sebelum nia ada gak orang ambil gambar kumpulan koir yang aku join satu ketika dulu,dia ambil gambar tue sebab menceritakan pakaian-pakaian kumpulan koir tapi blogger tue bagus dia letak sumber rujukan dari mana gambar tersebut which its dari blog aku lah,macam itu tak pe sekurang-kurangnye dia ada rasa menghormati HAK/KEPUNYAAN orang lain.

Lepas nie nak ambil ke nak curi ke TOLONGLAH letak sumber rujukan tak lah orang marah.

Ok bye..

Selasa, 21 November 2017

masak-masak minggu ke-6 #6bulansurirumahtanggasepenuhmasa

13.11.2017 / Isnin
Makaroni goreng untuk sarapan pagi


Dan untuk makan malam pula aku masak lauk ayam masak lemak cili padi dan sayur kangkong goreng ikan masin tambah dengan begedil (jiran sebelah kasi minggu lepas yang frozen tinggal nak celup telur dan goreng je)


14.11.2017 / Selasa
Lauk ayam masak lemak cili padi yang semalam ada lebih jadi tak payah masak lauk lagi.Aku tambah  dengan buat sotong goreng tepung.Aku pakai tepung tempura cap nona je tak payah nak pakai macam-macam jenis tepung tinggal nak letak air dan celup je senang jimat masa.


Ni sotong katak yang beli kat Pasar sungai Keling tempoh hari


15.11.2017 / Rabu
Off day biasalah Krul main takraw,dah memerap kat bilik dia dari pagi sampai ke maghrib balik tak kuasa aku nak masak jadi baik makan luar sajelah.

16.11.2017 / Khamis
Sambung balik masak arini aku masak ikan kerisi masak masam manis/sweet sour dan sayur kangkong lagi,puas hati Krul dapat makan sekor ikan tak payah kongsi dengan aku.


17.11.2017 / Jumaat
Disebabkan kuah masam manis/sweet sour tue ada lebih aku goreng ikan putih, aku tambah sikit sos kemudian curahkan je kuah tue kat ikan putih tadi dan aku masak sayur buncis goreng telur.


Krul kata decoration kat ikan cantik,haruslah cantik nak kasi berselera awak tue makan,hihhihi padahal aku nak habiskan carrot tue gigih aku susun caarot keliling pinggan (carrot tue aku rebus jap kang keras memang tak makannye Krul)

18.11.2017 / Sabtu
Buat bihun/kuey teow sup.
Nak cite nie aku masak pepagi seperiuk sup(isi ayam,meat ball dan fish ball) kemudian buat pula cili kicap,siap je masak baru sarapan makan kuih yang Krul beli kemudian mandi siap-siap pegi jalan ke Taman Burung Labuan,balik baru aku rebus bihun,kuey teow dan tauge.Nampak banyakkan bihun tue memang sengaja aku rebus banyak nak makan sampai malam.



Nie buhun sup


Nie pula kuey teow sup

19.11.2017 / Ahad
Berduo dengan Krul buat cucur ikan bilis untuk sarapan pagi,sama gak aku pakai je tepung readymade aku pakai cap adabi.Aku masukkan adunan tepung dalam kuali Krul tolong terbalik-balikkan cucur tue.


Macam-macam bentuk ada ko mampu buat gitu.Kalau mama tengok sure kena gelak guling-guling nie

Kemudian untuk makan tengah hari aku masak sambal sardin dan sayur tauge goreng je.Malam makan McD.


Sekian untuk masak-masak minggu ke-6

Isnin, 20 November 2017

Taman Burung Labuan / Labuan Bird Park


Kat Labuan pun ada Taman Burung juga.Jom kite tengok burung-burung kat dalam taman nie.




Tapi masa nak bayar kena RM2.00 sekepala plak, confius aku jap kami nie bawah kategori pelajar lagi ke,nampak muda remaja lagi ek Alhamdulillah awek muda nampaknye kami berdua nie.

Dari pintu masuk kami ke kanan dulu.


Sangkar burung kakak tua,aku say hello langsung tak ajuknye aku cakap.


Burung merak nie dari parkir dah nampak macam sambut kedatangan kami plak dia,elok je dia bebas berjalan sana sini.


Jap ek ambil seketul gambar kat sini jap jangan marah.

Elok plak ayam-ayam nie bebas berkeliaran aku plak yang takut nak jalan sebelah ayam-ayam nie takut kena patuk je ayam bawah ketageri burung gak ek.

 

Jalan-jalan lagi jumpa sekumpulan itik dan angsa,baru betul kategeri burung.


 

Krul nak main uji kepintaran plak dengan aku,dia tanya mana satu itik jantan dan itik betina.Terpengaruh sungguh dengan cerita P.Ramlee dia nie,ingat aku tak tengok cerita Nujum Pak Belakang ke tentulah itik jantan di belakang mengikut itik betina di depan hahahaha...


Itik lagi barangkali ini itik gembo gembo kot hahaha..

Kemudian kami ke sangkar burung-burung pula.



Tak geti duduk diam burung-burung nie nak ambil gambar dia gerak-gerak sana sini.


2 ekor burung di atas adalah sejenis burung Golden Pheasant atau nama melayunye Ayam Pagar Emas




Burung Merpati terkeluar dari sangkar bila dekat dia terbang tak jinak lah dia.

Maju ke depan di kawasan sangkar besar dan tinggi, hati-hati berjalan tengok atas sekali yea takut kena tahi burung sangkar nie burung-burung bebas terbang.







Ke depan lagi dah sangkar yang biasa.ala sangkar yang satu satu tue yang menempatkan sejenis-sejenis burung.






Ala comel nye kau burung nak je aku belai kau.


Ni pun comel tapi tak geti duuduk diam asyik gerak je.



Cak! amboi muka aku excited tue nape.Ok nak bagi tau setiap kali nak ke sangkar lain kena lalu pintu pusing-pusing nie dinamakan terowong atau  tunnel.


Si cantik Burung Merak,malu sungguh burung merak nie bila datang dekat nak ambil gambar dia asyik lari-lari je.Burung merak jantan rupanye



Ni baru burung merak betina,si jantan lebih berwarna warni ekornye manakala betina ekornye tidak berwarna-warni.


Ni burung mahkota.



Cobaan aku nak mendekati burung merak tadi kena perlahan-perlahan datang kat dia.


Bila dekat dia lari mari Krul saya ambil gambar awak lah.



Elok plak sekor ada kat pintu duduk diam bila dia nampak aku dekat ke dia bangun cabut lari.


Masih cuba nak dekati tak berjaya jadi zoom je lah gambar dia.


Keluar saje dari sangkar ada mak ayam dan anak-anak ayam,hati-hati Krul jangan sampai kena kejar mak ayam.

Kemudian kite bergerak pula ke sebelah lain,sebelah mana pun aku dah tak sure lagi jalan saje sudah.





Ingat lagi tak dialog iklan "otak burung unta lebih kecil dari matanya".



Ada 3 ekor saje dalam kandang burung unta nie




Kemudian kami ke galeri  pula


Naik-naik ada booth nie ambil gambar kejaplah.


Ada replika ikan,Krul je yang turun tengok aku masih duduk kat kerusi tue penat jalan nak rehat jap.hahaha



Kat sebelahnye sebelah kayu tue ada lagi 2 ekor aku geli nak tengok.


Kasi ambil sekeping gambar Krul

Ni sebelah belakang nanti pusing jumpa balik kat booth tadi.



Aku paksa Krul ambil gambar kat sini kat OWL,ala comel kau Krul nak buat kat anak tak ada buatlah kat laki.hihihi.






Dah penat berjalan rehat jap,nak main catur pun boleh atas meja tue.




Close plak,lunch kot baru nak tengok-tengok ape yang dijualnye hampeh..


Mari balik burung jantan tak payah nak jadi batu kat situ hihihi.ampun Krul jangan marah.

Jap jap japppp..nak pesan nie datang tau sini kalau datang ke Labuan.Ok dah tu je Ok bye..👋