Selasa, 14 November 2017

masak-masak minggu ke-5 #6bulansurirumahtanggasepenuhmasa

06.11.2017 / Isnin
Dah lama tak buat ayam berempah,semalam malam aku siap-siap perapkan petang baru aku goreng dan buat sayur campur goreng.
Resepi ayam berempah klik disini Resepi Ayam Berempah Mama a.k.a Cik Mas tapi aku tak tumbuk aku belender je batu tumbuk tak ada.



07.11.2017 / Selasa
Semalam ayam arini kita goreng ikan kerisi goreng cicah cili kicap tapi bukan cili je aku tambah hirisan bawang merah dan tomato sayur pula kobis masak lemak.



08.11.2017 / Rabu
Sayur campur dalma tue ada brokoli,kobis bunga,carrot,jagung dan udang.Lauk pula aku buat ayam masak merah.



09.11.2017 / Khamis
Sup cendawan dengan sotong masak kunyit, kali nie sekor-sekor aku masak sotongnye kecil-kecil.


10.11.2017 / Jumaat
Nak habiskan cendawan arini aku buat plak tom yam isinye cendawan,udang dan carrot juga goreng telur dadar.



11.11.2017 / Sabtu
Tak masak lauk arini goreng telur titik kicap lepas tue panaskan lauk ikan masak taucu jiran sebelah kasi semalam



12.11.2017 / Ahad
Untuk sarapan pagi aku buat sup Campbell's cendawan dengan kentang dan aku tambahkan dengan sedikit makaroni dimakan dengan roti panjang,habis 1 roti panjang tue rotinye lembut makan gitu pun sedap.



Dan untuk lauk makan tengah hari aku masak sayur kacang panjang + carror + tauhu goreng dan goreng ikan putih dicicah dengan cili kicap 


Tiada ulasan :