Isnin, 29 Oktober 2012

Resepi Dalca Daging

Bahan yang diperlukan
  • 2 tangkai daun kari
  • 6 ulas bawang kecil yg dihiris
  • Rempah 4 sekawan (kayu manis,jintan,bunga lawang,bunga cengkih)
  • 2 labu bawang besar - dikisar
  • 1/2 labu bawang putih - dikisar
  • Sejari halia - dikisar
  • 1 paket rempah kari daging - setelah 3 bahan tadi dikisar gaulkan dengan rempah kari
  • 1 mangkuk kacang dal direndam 1/2 jam
  • Daging & tulang lembu - Rebus bersama dgn halia yg dihiris kasar sehingga empuk nak cepat empuk letak sudu @ garfu,air rebusan jangan dibuang nanti nak guna masa memasak
  • Kacang panjang dipatah2 
  • 2 biji terung bulat yg dipotong 6
  • 2 biji tomato dipotong baji 
  • 1 batang carrot dipotong besar2 
  • 3 biji kentang dibelah 4 
  • 2 batang cili merah dibelah memanjang 
  • 3 batang cili hijau dibelah memanjang 
  • Santan - aku guna 1 senduk je just nak bagi berlemak sikit
  • minyak
  • Garam

 Cara memasak
  1. Tumiskan bawang kecil + daun kari + rempah sekawan sehingga naik bau 
  2. Masukkan bahan yang dikisar dan tumis sehingga hampir garing 
  3. Masukkan kacang dal + daging & tulang + air rebusan Pastikan kuah tidak terlalu cair + santan.Kacau sekali sekala supaya santan tak berketul.
  4. Perisakan garam secukup rasa 
  5. Masukkan kentang dan carrot Biarkan kuah mendidih dan bila kentang dan carrot telah empuk masukkan cili + terung + kacang panjang
  6. Bila kesemua bahan telah dimasukkan balik2kan dan biarkan sebentar dan matikan api.
  7. Masukkan tomato.Kalau masukkan tomato awal nanti tomato akan lembik.

Tiada ulasan :