Khamis, 29 September 2011

Seperti Mencurah Air Ke Daun Keladi

Peribahasa kita arinie


Pokok Keladi = Watak seseorang yang degil/jahat
              Air = Nasihat yang cuba diberikan kepada seseorang
                      yang degil/jahat tersebut supaya berubah
                      menjadi baik.



P/S : mungkin perlu dicurah air diakarnya bukan didaun

Allah berkuasa menarik balik kurniaan-Nya

Sebenarnye tidak guna kita merasa sombong dengan apa yang ada pada kira,kerana sesungguhnya semua itu adalah milik Allah dan kita hanya diberi pinjam untuk menggunakan kurniaan tersebut dan sampai masanya kita mesti memulangkan kembali barang pinjaman tersebut kepada Allah.

Allah SWT Maha Berkuasa menarik balik apa yang dipinjamkan tersebut pada bila-bila masa sahaja.

Jesteru,penyakit hati ini mesti dirawat dengan segera kerana ia bukan sahaja akan merosakkan organisasi malah lebih bahaya daripada itu ia boleh menjadi penghalang dalam mencapai kesempurnaan iman.

Sifat-sifat tersebut boleh merubah kehidupan manusia dari mulia kepada hina dan dari kuat menjadi lemah,manusia mudah leka dari mengingati Allah SWT. 

Tidak kira sama ada dia seorang jutawan,hartawan,berpangkat tinggi,majikan,pemimpin atau sesiapa sahaja yang mempunyai kedudukan,kelebihan dan keistimewaan,semuanya jika mempunyai sifat sombong akan menjadi penyebab utama kepada keruntuhan iman.

Rawatan segera perlu dicari agar penyakit hati ini tidak merebak.

Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan untuk menghindar,menginsafi,dan memperbaiki diri dari sifat sombong ini.Seseorang itu haruslah merenung kembali asal kejadiannya dan destinasi terakhir yang bakal dituju sebagai langkah untuk membuang sifat berkenaan.

Ia harus ingat bahawa asalnya dari setitik mani yang hina.Setelah menempuh kehidupan di dunia ini,ia tetap akan mati dan terus dikuburkan lalu menjadi mayat yang hanya dibezakan dengan amalannya ketika hidup di dunia.

Di samping itu adalah dengan mengingati dan menyedari bahawa apa yang diberikan oleh Allah SWT. yang berupa ilmu,harta,kekuatan atau kemuliaan boleh diambil-Nya kembali pada bila-bila masa.Pemberian tersebut bukan untuk dibangga-banggakan tetapi untuk disyukuri,dikongsi dan diamalkan.

Amal ibadat seseorang kepada Tuhannya meskipun banyak tidaklah akan dapat mengimbangi nikmat yang diberikan Allah kepada hamba-Nya.

Sesungguhnya nikmat Allah tidak boleh diukur dengan sesuatu kerana Allah adalah sumber segala kurniaan dan yang memberi segala kurniaan dan yang memberi segala kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Amal seseorang daripada kamu tidak akan menjadikan dia selamat.Mereka berkata: Termasuk engkau ya Rasulullah? Ya aku juga.Namun Allah memenuhiku dengan rahmat-Nya.(riwayat Bukhari).

Sesungguhnya apa yang ada pada kita tersangat kecil dan sedikit,tidak layak untuk merasa megah atau besar diri,malah kita hendaklah merasa malu kerana sesungguhnya sifat takbur itu milik Allah,Dialah Al Mutakkabir,dan kita perlulah menisbahkan diri dengan segala sifat yang hina.Wallahu'alam.

Rabu, 28 September 2011

Memori Raya 2011

Arinie genap sebulan syawal,tue bermakna kite telah mengakhiri bulan syawal tahun nie.Nie jugak bermakna tiada lagi open house yg ada close house je,tapi kuih raya masih ada lagi kan..jawapannye makan lah anak beranak sampai habis...kehkehkeh.Pada korang yg rasa berat badan tue dah naik,silalah berdiet @ senang cite ganti je pose anda yg tinggal aritu sementara masa masih sempat lagi...

Bagi mengakhiri bulan syawal nie mai tinggalkan memori raya 2011 di ruang N3 nie buat tatapan kita bersama..

 family en. zol

abah & mama

3 dara (dara lagi ke aku nie tet tet tet)

kamilah bunga-bunga dihati abah

tahun ni baju raya kami bertemakan hijau

wajib bergambar di tangga merah nie
satu2nye rumah yg masih mempunyai ciri2 rumah melayu.

Mai harap & berdoa agar tahun depan masih lagi dapat beraya bersama keluarga tercinta.. Insyaallah

Lawak Si Penyelam

Suatu hari ada seorang penyelam sedang menyelam di dalam lautan. Dia menyelam dalam kedalam 20 kaki bawah paras air. Sedang die menikmati permandangan di dalam lautan tersebut, die terserempak dengan seorang lelaki berenang pada kedalaman yang sama dengan nya. Yang peliknya beliau langsung tidak mempunyai kelengkapan menyelam.

Penyelam tersebut menyelam ke dalam 10 kaki lagi dan lelaki tersebut mengikuti nya seminit kemudian. Kemudian penyelam itu menyelam sedalam 15 kaki pula dan seminit kemudian lelaki tersebut pun muncul. Penyelam itu mengeluarkan papan kapur kalis air dan menulis kepada lelaki tersebut, "Bagaimana anda menyelam tanpa kelengkapan oksigen??" Dan lelaki tersebut memadam apa yang penyelam itu tulis lalu menulis "Aku lemas la bongok!!!"

Selasa, 27 September 2011

Kasut But Wanita

kualiti gambar kurang memuaskan

 Hari ini dalam sejarah hidup dan pertama kalinye mai beli kasut But' wanita, nie semua gara-gara nak dikenakan dgn memakai baju jubah nanti bila arie jumaat..Sabtu tue mai dah skodeng kasut kat Pertama Complexs betul2 naik tangga sebelah kanan kedainye,belek2 kasut sekali ada yg bekenan dan harganye RM79.90 but ada less 20% tapi dalam hati kata plak nanti2lah je beli kena pk dulu sama ada pakai ke tak nanti.:-(

Sekali malam tue masa kat rumah mai pikir punya pikir kata beli lah je besok kasut tue,lg pun kasut but' tue murah kat tmpt lain mesti mahal lg pun kasut tue sesuai gak pakai dgn seluar jeans.(ayat mula bengong)

Maka besoknye ahad,lepas je habis beraya open house mai ajak hubby pg Pertama Complex katakan nak beli kasut tue.Hubby pun bawa lah mai ke sana.Nasib ada saiz so mai beli lah kasut but tue dgn harga less rm63.90, betul tak murahkan mana nak dapat harge mcm tue.


sesuaikan pakai dgn seluar jeans..dlm pada tue mai boleh wat lawak dgn hubby mcm minah koboi plak pakai but nie..kahkahkah..

Hubby warning katanye jgn tak pakai sudah..Amboiii......