Selasa, 5 Mei 2015

# Ros Jepun Dijual #

Alhamdulillah ada rezeki masuk.Dalam aku suka-suka up kan gambar RJ dalam FB ada gak orang berkenan nak beli bunga RJ nie dari aku.Hari itu memang aku pernah kata nak jualkan RJ nie nampaknye kata-kata aku jadi kenyataan.

Kak nani lah orangnye yang berkenan nak beli RJ dari aku, dulu dia gila kat pokok Ros aku sampai dia minta belikan bunga ros sekarang dia dah gilakan RJ plak.Dia nak pergi beli RJ tak tau kat mana jadi dia pun beli lah RJ kat aku je.

Jumaat dia wasap aku tunjuk bunga ros dia yang second batch berbunga lepas tue tanyakan bunga RJ ape yang ada untuk dijual.So aku pun tunjuk lah 3 pasu RJ berlapis yang nak dijual lepas tue kan kak nani beli 3 pasu RJ tue.Alhamdulillah..maka terjual lah 3 pasu RJ tersebut yea kawan-kawan.

Warna RJ yang berjaya membuat kak nani berkenan ialah


RJ Berlapis Merah + RJ Berlapis Putih

RJ berlapis Merah nie dulu sikit je sekarang penuh sepasu siap terselit warna putih tah bila lah aku selitkan warna putih nie pun tak tau.Untunglah kak nani dalam sepasu nie ada 2 warna dah tak payah beli lagi RJ warna putih kalau nak buat sepasu RJ berlapis putih petik je tanam kat pasu lain.


RJ Berlapis Peach


RJ Berlapis Purple 

Aku jual murah je tak mahal macam Sungai Buloh,aku jual sepasu Ros Jepun Berlapis nie RM10 sahaja harga mampu milik.Pada sesiapa nak beli RJ nie dari aku aku sangat berbesar hati untuk menjualnye,tapi kena ambil sendiri yea pada yang duduk jauh.Mana boleh nak pos nanti berderai bunga nie.

Kat bawah adalah gambar ros kak nani yang dia wasap kata second batch berbunga lepas beli dari aku tempoh hari



Lega hati aku nampaknye bunga-bunga yang dijual pada kak nani subur,aku paling takut bunga tue mati sian kak nani dapat tengok bunga kejap je kalau mati dah lah kak nani baru nak bermula hobi menanam bunga.Harap-harap bunga ros tue semua akan kuarkan hasil lagi.

Jika kak nani terbuka blog saya nie saya ucapkan terima kasih yea sudi beli bunga dari saya.Lebih kurang harap dimaafkan dan terima kasih bagi lebih duit pada saya segan saya tau nanti saya bagi bunga yang lain pada akak percuma je okey.

Selasa, 28 April 2015

** Ros Papageno **

Nama ros ini Ros Papageno,macam mana aku tahu senang je kasi google je kuarlah nama ros nie.

Harga sepasu bunga Ros Papageno nie Rm15,mahal tapi sebabkan  nak belanja aku beli gak.Masa beli tue aku tak tau sebenarnye nama bunga ros nie,disebabkan aku tertarik dengan warna bunganye pink bertampuk putih tue yang nak beli sangat nak buat tambah koleksi bunga ros di laman.


nie gambar mula-mula beli ahad lepas 19 April 2015 beli .Tunggu masa nak berkembang je ada 4 kudup semuanye


dan ini gambar sabtu lepas 25 April dah berkembang semuanya sehingga ke hari ini masih kembang dengan cantiknye


kasi zoom dekat sikit


cantik kan.. berbaloi dengan harganye tak menyesal aku beli.

aku seperti biasa bila bunga kat laman berbunga mesti aku akan wassap kat mama dan mak ngah.Respond dari mama kata bunga nie cantik dan respond dari mak ngah pula kata cantik bunga aku dan mak ngah siap wassap gambar bunga rosnye balik kat aku rupanye mak ngah pun ada bunga ros ini.

Beberape hari ini hujan je, senang aku tak payah jirus pokok kat laman tapi rindu nak belek pokok plak


Rabu, 15 April 2015

** Koleksi RJ a.k.a Ros Jepun Ku **

Alhamdulillah semua RJ aku menjadi,baik yang dapat dari abah,mama,jiran, mak ngah dan kawan serta yang dibeli berbunga lebat. 



Sepasu campuran RJ yang selapis dengan berlapis bunganye.Yang selapis warnanye kuning dan pink manakala yang berlapis putih dan peach



Sepasu RJ selapis berwarna pink



Campuran 2 warna RJ yang berlapis peach dan pink.Asal RJ peach nie dari kak liza officemate,mula-mula tanam kat tanah bila dah banyak kat tanah baru ditanam kat dalam pasu.Gambar RJ peach masa dulu : Bunga Ros Jepun :


RJ berlapis pinkputih dari pasu diatas sengaja dicampurkan supaya nampak pelbagai warna dalam 1 pasu.


Campuran RJ berlapis 3 warna kuning,peach lagi dan merah.RJ warna kuning nie mak ngah yang kasi.


RJ kuning berjambul pink.

RJ jambul nie tanam kat tanah bersama RJ peach.RJ jambul nie orang yang sama bagi iaitu kak liza


RJ nie dapat dari kawan mummy linda staff cawangan Melaka.RJ yang nie ada 2 pasu.


RJ selapis putih 


 RJ berlapis merah

2 RJ nie beli kat Sg. Buloh,1 polybags bahagi 2 dengan mama sebenarnya beli 3 polybags 1 lagi selapis purple tapi belum berbunga lagi nanti kemudian aku up kan gambar RJ tue bila dah berbunga okey.

Ada lagi RJ warna lain nanti yea dah berbunga aku up kan di N3 yang akan datang.Nanti kan aku nak buat jual RJ kalau ada sape nak beli,boleh lah beli kat aku.Nanti yea aku jual sekarang aku tengah semaikan dalam pasu dah lebat daunnye dan kuar biji bunganye aku akan jual.Harga aku jual murah-murah je jangan risau okey.

Khamis, 9 April 2015

** Belikan bunga untuk member opis **

Akibat aku asyik up gambar pokok ros aku dalam FB, kak nani dan mummy linda berkenan plak nak membela pokok ros,dorang kirim kat aku jika pergi sungai buloh lagi belikan untuk dorang.Aku memanglah tak ada lagi perancangan nak menanmbah pokok baru disebabkan aku free sabtu 4 mac mama ke sungai buloh dengan alasan nak belikan member opis pokok.

Alhamdulillah warna yang dorang minta belikan semua dapat aku belikan.Tapi harga je lah lain sikit,beli di lain kedaikan mana nak dapat harga yang sama,nasib dorang  ambil juga kalau tak aku ambil je pokok dorang boleh tambah lagi koleksi pokok ros aku.Kan tengah menggila tanam pokok ros


 Nie 4 pasu pokok ros untuk kak nani. 


ros pink rm10


ros putih rm10

 

ros kuning rm8


 ros merah rm5

kak nani ada kirim baja ros sorry yea aku terlupa nak snap.harganye rm6


2 pasu ros untuk mummy Linda,warna yang dia berkenan kuning keorenan dan pink


warna kening keorenan nie lawa sangat kalau di lihat secara real harganye rm10 dan ros pink rm5


Dalam belikan bunga untuk dorang aku pun terpedaya beli gak 3 pasu bunga ros warna merah,purple dan 1 lagi tak tau warna ape sebab belum berkembang lagi.Gambar tak ada lain kali aku up yea.

Bila belikan pokok ros utk dorang nie terasa macam nak buka nursery plak.Bestnye kalau boleh buka nursery boleh lah aku share hobi sama-sama dengan pencinta bunga,inshaAllah mungkin satu hari nanti manalah tau kan.Doakan yea.


Rabu, 8 April 2015

** Bunga Raya Oren **

Lupa nak up gambar bunga raya oren yang beli tempoh hari pada 22 mac hari itu.Sekarang Qu Peteh dah ada teman tak lah berseorangan (betul ke ayat aku ni,hancur bahasa aku).Sorry yea,aku lupa plak berape harga Bunga Raya Oren ni.


Kembang besarkan kelopak bunga raya oren ini kan.Sebab tue lah berkenan sangat nak beli.Seperti yang dapat dilihat ada 3 kuntum bunga kesemuanya,sekuntum berkembang lagi 2 kuntum besoknye berkembang. Batangnye kurus je,nanti lah aku jaga elok-elok inshaAllah tak nampak batangnye lagi mesti akan tumbuh daun-daun kat batangnye nanti.


Kasi zoom dekat sikit untuk korang tengok,cantik kan.Sekarang pokok bunga raya nie dah ubah letak dalam pasu.Nanti senang-senang aku snap gambar terbaru pokok bunga raya oren ni okey.

Oh ya ahad lepas aku pergi Sungai Buloh, beli bunga ros lagi tapi bukan untuk aku utk kawan opis dorang kirim kat aku tolong belikan.Nanti aku up gambar bunga-bunga ros yang aku belikan untuk dorang.Aku sibuk beli bunga ros  berkenan pokok bunga raya warna kuning,kemudiannye aku up gambar.