Pengikut

Isnin, 1 Disember 2014

Bunga Ros Jepun

Uolls arinie aku nak share lagi tanaman pokok-pokok bunga yang aku tanam di halaman rumah kami.Kali nie aku nak share pasal pokok Bunga Ros Jepun.Bunga Ros Jepun nie akan kembang apabila pukul 10.00 pagi atau sebelum tengah hari panas terik.Bila tengah hari pokok unga Ros Jepunnie akan kembali layu bunganya. 

 Ada 2 tempat kami tanam 1 di dalam pasu bunga dan di tanam di tanah halaman rumah.


Nie dalam pasu bunga,aku gantung kat belakang rumah.Pokok Bunga Ros Jepun nie aku beli kat Sungai Buloh.Bila kuar nak basuh baju atau jemur baju kat belakang boleh tengok bunga-bunga jap.Jadi menyeri sikit dibelakang rumah dan bila selak langsir dibilik belakang boleh nampak pokok-pokok bunga,tetamu pun tak lah bosan tengok belakang rumah yang kosong.


close up sikit..cantik kan salah satu warna Bunga Ros Jepun..

Seterusnya dihalaman rumah pula,Bunga Ros Jepun nie pemberian dari kak liza (office mate).Kak liza nak buang bunga-bunga nie,dia teringatkan aku yang baru mula membela pokok-pokok bunga tue yang dia bagi.Aku orang nak bagi ambilkan aje jangan sombong nanti rugi..hahahaha..

Nie kat tepi rumah




gambar 2 hari lepas,sabtu lah..

aku perasan pokok bunga ros jepun nie kan lain-lain hari dia kana kuarkan warna bunga lain.contohnye kalau arinie warna oren besok warna purple,besok warna kuning,besok oren,besok pink dan besok putih..dan ada masa tue 2 warna sekali kuar..ikut suka dia je..tapi cantik bila warna-warni..

Cara penanaman pokok Bunga Ros Jepun nie senang dan mudah je,cuma potong atau patahkan batangnya dan cucuk kedalam tanah.Lepas tue yang paling best tak payah bubuh baja..kan senang kan..

Tunggu apa lagi kalau minat pergi beli kat nursery yang berhampiran rumah korang,macam aku suka pergi sungai buloh macam-macam bunga ada lepas tue meroyan nak beli pokok lain,nasib lah layan kan je beli dah mula suka tanam pokok bunga terutama pokok bunga kertas.


1 ulasan :

aLyNnZ berkata...

mai pokok rose jepun yg sama ker kuarkan warna bunga yg berlainan? cantekk lar akak tgk pun berkenannn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...