Khamis, 16 Disember 2010

Ikan Siakap Masak 3 Rasa & Sayur Bendi Goreng Berlada

Menu for dinner tonight is Ikan Siakap Masak 3 Rasa & Sayur Bendi Goreng Berlada..Amacam rasa2 cam sedap tak menunye.Memang sedap tau (apa yg mai masak semua nak cakap sedap,yelah nanti tak de plak org nak cuba).Ikan siakap tu hubby dapat free budak opis nye yg bagi, 2 ekor tau.Arini mai masak sekor je dulu nak test resepi masak 3 rasa.Besar betul ikan nye,cukup kenyang buat kami ber2.Jom layan dulu resepi yg pertama..


Ikan Siakap Masak 3 Rasa

                                

Bahan A
  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 sudu makan tepung jagung (bagi menyalut ikan)
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawangputih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • Minyak

Bahan B - Untuk sos
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan air
  • 1 sudu teh gula

Bahan C - Sebagai Hiasan
  • 1 pokok daun bawang
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 2 biji cili hijau (dihiris)
  • 2 biji tomato (dipotong 4)

Cara Memasak
  1. Sapukan tepung jagung disekeliling ikan.
  2. Goreng ikan menggunakan minyak yang banyak sehingga masak dan kuning keemasan.Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu makan minyak bagi menumis bahan yang dihiris sehingga wangi.
  4. masukkan bahan sos dan biarkan mendidih.Kacau rata.
  5. masukkan bahan hirisan dan tutup api.
  6. Curahkan kuah sos di atas ikan.

Menu ke2 plak Sayur Bendi Goreng Berlada senang je nak wat nie x memerlukan masa yg lama.

Sayur Bendi Goreng Berlada


          


Bahan A
  • 300 gram sayur bendi
  • 2 sudu makan udang kering
  • 2 sudu makan air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan B - tumbuk/dikisar
  • 5 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih

Cara Memasak
  1. Bendi dibasuh dan dipotong serong
  2. Panaskan minyak,kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar dan udang kering sehingga wangi.
  3. Masukkan bendi,air dan garam.kacau rata dan tutup kuali.
  4. Rasakan garam.Apabila bendi sudah sedikit lembut,tutupkan api.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

Minuman plak disediakan oleh hubby mai..Hehehe kena paksa buat,coz takut tak sempat nak wat nanti..But manis sikit,plz hubby kurangkan gula ayg takut kena kencing madu manis.

                                 

Alhamdulillah kenyang kami,arini last masak for this week lah coz besok nak pi bercuti.Nak pi bercuti sambil sambut birthday hubby.Kat mana tunggu nanti mai up date bolg..Hehehe..Doakan perjalanan kami selamat yea..Harap percutian ni kami gembira..


Isnin, 13 Disember 2010

Strawberry Bersalut Coklat


       N3 seterusnye Strawberry Bersalut Coklat yg sangat di minati oleh Dato' Siti Nurhaliza.Makanan nie juga menjadi salah 1 barang hantaran masa perkahwinan Dato' Siti Nurhaliza dgn Datuk K..But yg nie mai buat khusus untuk hubby,lagi pun buah Strawberry kan ada di beli oleh hubby masa kursus tu kan.Tu yg buat,hubby kata sedap plak makan dgn coklat.Mana tk sedap hubby,ayg buat dgn penuh kasih sayang..Ikhlas tu :-) Bagi yg nak tau mcm mana nak buat,mai sharekan cara2 membuat coklatnye.Oh ya coklat tu mai msg sms tanya pd member mai yg sedang bercuti selepas bersalin.Senang saje rupanye tau..ok mari salin bahan2 nye n cara memasak coklat..

Bahan-bahan:


Cara masak coklat
  • Dengan api yg kecil masukkan 1 sudu buttercup,1 papan coklat dan 3 sudu besar susu ideal ke dlm periuk.
  • Kacau kesemua bahan td sampai cair.
  • Masukkan air sedikit jika pekat atau manis.
  • Ok it's done,mati kan api dah letakkan di buah Strawberry.





Strawberry Gift

 

          Wahhhh!!! byk nye hadiah hubby belikan dari Cameron Highlands,ayg suka sgt..Hehehe gatal lah plak..Tengok tu apa yg mai dapat.Rasa mcm dok kat Strawberry Park plak.Hubby sampai semalam dlm dekat2 nak Isyak,terus ambil mai kat rmh mama,mai malas nak balik rumah dok sorg2.Sebenarnye dr semalam nak masukkan cite nie but dah mlm kan mengantuk lah plak.mana tak nye sampai rumah kemas itu ini dah pukul berape,so tido je lah lg pun teman kan hubby penat baru balikkan dr kursus.What ever thanks yea hubby belikan mcm2 utk ayg.Ini baru hadiah tau,belum lg termasuk makanan dgn buah-buahan,strawberry,sayur dan cokelat..Jom kita tgk satu persatu...

 
 Baju muat2 je saiz badan mai,pandai hubby pilih saiz
Bantal nie hubby belikan utk letak dlm kereta mai
Selipar ni hubby suruh pakai kat rumah,hubby sian mai asyik mengadu tumit sakit.hehehe...

Yang nie pula bantal Strawberry saiz XXL,hubby tau mai suka bantal..Coz katil masa bujang mai banyak bantal.Siap hubby kata tak lemas ke bantal byk.
Bila kawin dia tgk betul mai ada byk bantal..

Peh seronok betul dpt byk hadiah.Mcm nie klu hubby kursus tmpt lain mesti ada je lah brg yg nak di belikan utk mai..Sayang hubby...LOVE U SO MUCH....:-)

Ahad, 12 Disember 2010

Mee Bandung Muar - Cik Mas


     Assalammualaikum semua..Hari nie lunch disediakan oleh mamaku Cik Mas,masakan nye ialah Mee Bandung Muar.Sedap tau Cik Mas masak,mama kata pes tu dibeli masa kat MAHA,sempat lg tu cari perencah nak masak.Nie 1st time mama masak,seingat dulu mama ada minta mai carikan resepi nak wat mee bandung nie tp lupa nak bg resepi yg cari kat internet.So tu lah sebab nye jumpa je pes nie terus beli.But sian hubby tak dapat makan,hubby kursus kat Cameran Highland,best tu kat sana.So kami makan lah anak beranak.Okey jom layan apa yg Cik Masak.Haaa jgn ingat mai tak tolong,mai tolong potong memotong & hias je..Hehehehe air tangan ibu tu kan sedap..
 
Bahan-bahan
  1. Mee bandung pes (sudah lengkap dgn perasa)   
  2. 2 keping Tauhu
  3. Sayur sawi
  4. Udang
  5. Tauge
  6. 4 keping Fishcake
  7. Cili Merah
  8. Cili Hijau
  9. 5 biji Telur ayam
  10. 1.2 liter Air
  11. Mee kuning
  12. 3 sudu Bawang goreng 

    Nie lah pes mee bandung Muar


Cara Memasak
  1. Celurkan mee kuning,sayur sawi,fishcake dan tiriskan.
  2. Gorengkan tauhu dan udang(separuh masak).
  3. Didihkan air.
  4. Masukkan mee bandung pes dan biarkan sehingga mendidih.
  5. Kemudian masukkan telur satu persatu.
  6. Siap dihidang.Hiaskan dgn cili dipotong hiris dan taburkan bawang goreng.


Kami tidak perlu ke Muar lagi! Hehehehe...
Thanks mama masak sedap arini,kenyang kaklong(gelaran mai dirumah).

Creadit to baby coz take the photo..

Ahad, 5 Disember 2010

Terung Goreng Berlada


     Nak cite sesuatu dulu sebelum cite pasal masak mlm nie..Ptg td mai & hubby ke MAHA,nak tau tak apa yg kami beli...jeng jeng..kami beli 2 little cute rabbit..comel tau..sebenarnya semlm lg dah pegi MAHA,hubby dah tertarik dgn rabbit siap tanya blh tak nak bela,so mai kata boleh nak jaga tp nak letak kat mana nanti sape nak jaga klu tak de rmh..so hubby pun diam je lah..mlm pun dia kata nak beli lah besok (arini lah).Bila bgn pagi mai tanya nak pegi ke MAHA?,hubby kata tak jd lah beli so mai pun dah lega..Tp bila pk2 sian plak hubby asyik kata rabbit tu comel,so mai pun ajak lah pegi beli dan mai kata mai belanja sbg hadiah birthday hubby..sebelum pegi beli,beli dulu sangkar kat pasar Pudu,kat MAHA mahal..Dah beli terus pegi MAHA dan terus ke kedai jual rabbit..mula2 hubby hampa coz rabbit dah habis kat kedai tu  yg kedai sebelah tak comel kata nye,tokey tu kata klu nak beli kena tunggu 1/2 jam,erm tunggu lah.Bila sampai je rabbit hubby terus pilih sblm org ramai ambil..Dapat lah sepasang jantan & betina..Puas hati hubby siap minta bola kecil utk rabbit main..Masa nak balik tu semua tgk dlm kotak apa yg hubby bawa,malu gak lah mai..Dlm kereta plak hubby siap bg nama Khiki mai plak bg nama Chiki..Sampai rumah pasang sangkar letakkan rabbit tu..Ala ala comei nye..Siap kami main2 & belai..Nak tgk tak gambar nye,
okey mai tunjukkan..


Hubby pegang Khiki
Mai pegang Chiki

     Cukup setakat itu,mai nak share kan masakan yg mai masak malam nie.Mai share kan Terung Goreng Berlada.



Bahan-bahan:

  1.  Terung
  2. Minyak
  3. 3 biji bawang merah
  4. 3 biji bawang putih
  5. 2 sudu udang kering
  6. 7 biji cili merah
  7. 1 sudu makan gula (x letak pun,tak pedas)
  8. Secubit garam
  9. Secubit ajinamoto
  10. Sedikit lada sulah
  11. Sedikit air
Cara memasak:
  1. Tumbukkan atau kisarkan bahan2 no 3-6.
  2. Gorengkan terung separuh masak,kemudian asingkan.
  3. Tumiskan bahan2 yg ditumbuk/dikisar.
  4. Masukkan sedikit air,gaul & masukkan gula,lada sulah,garam & ajinamoto.
  5. Gaulkan sehingga masak.
  6. Siap dihidang.Letakkan hirisan cili.