Ahad, 31 Julai 2011

Ayam Masak Lemak Cili Api



Lauk ni merangkap makan tgh hari + makan sahur besok pagi...senang tak payah pikir2 nak masak ape besok sahur..hehehehehe pandai kan mai..


Bahan A
  • Ayam (yg sudah dibasuh bersih)
  • 2 cawan santan pekat (1/2 biji kelapa)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 helai daun kunyit
  • 4 biji ubi kentang (dipotong 4)
  • Garam secukup rasa
Bahan B - Dikisar
  • 25-30 biji cili padi (ikut citerarasa)
  • 4 biji bawang merah
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • Sedikit belacan
  • 1 cawan air




Cara memasak
  1. Masukkan semua bahan kisar kecuali santan pekat ke dalam periuk dan masakkan sehingga garing sedikit.
  2. Kemudian masukkan ayam dan kentang,biarkan sehingga empuk dan mendidih.
  3. Apabila mendidih,masukkan santan pekat dan rasakan garam.Sentiasa kacau supaya kuah tidak pecah minyak.
  4. Apabila sudah mendidih,tutupkan api dan hidangkan.


-SeLaMaT MeNcUbA-

Tiada ulasan :