Ahad, 31 Julai 2011

Niat Puasa Ramadhan, Doa Berbuka Puasa Dan Selepas Berbuka

Oh Ramadhan datang lagi...Kawan2 moh kite sama2 mengerjakan rukun Islam yg ke-3 berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan.Ingat tauuu tak mau pose yang yang yok!!! Korang dah besar bukan budak kecik yg masih lg pakai pampers..

Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa (30hari)
niatsebulanpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa harian
niatharianpuasa
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

doaberbuka

allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka
 
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Mudah-mudahan, dapatlah kita sama-sama menghayati bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan ini, dan menjalani Ramadhan kali ini lebih baik dan penuh makna, berbanding tahun-tahun sudah.Kepada umat Islam, muslimin dan muslimah sekalian selamat menjalani ibadah puasa.

^__^

Tiada ulasan :