Jumaat, 31 Ogos 2012

Janji Ditepati

Aku menunaikan janji berada di 55 tahun Merdeka Janji Ditepati @ Bukit Jalil

31.8.57 MERDEKA MERDEKA MERDEKA...



Selamat Menyambut 55 Tahun Merdeka

Janji Ditepati

Khamis, 30 Ogos 2012

Besok kena pergi Bukit Jalil


Salam 1Malaysia,

Tuan/puan
SENARAI WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA KE MAJLIS SEMPENA
SAMBUTAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE-55 TAHUN 2012 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 

2. Sebagaimana tuan/puan sedia maklum, Malaysia negara yang sama kita cintai ini akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos 2012.

Sehubungan itu, Kerajaan akan menganjurkan dua (2) majlis sempena sambutan kemerdekaan tersebut yang akan diadakan seperti ketetapan berikut: 


Sesi Pagi 
ACARA PERBARISAN DAN PERARAKAN HARI KEBANGSAAN 2012 
       Tarikh : 31 Ogos 2012 (Jumaat) 

       Masa : 7.15 pagi sehingga 9.30 pagi  (Peserta dikehendaki berkumpul di Bangunan Seri Utama pada Pukul 6.00 Pagi)

   
       Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur


(Senarai nama adalah sebagaimana dilampiran)

Sesi Petang PERHIMPUNAN 55 TAHUN MERDEKA, JANJI DITEPATI 
       Tarikh :  31 Ogos 2012 (Jumaat)

       Masa :   7.30 malam sehingga 10.30 malam  (Peserta dikehendaki berkumpul di Bangunan Seri Utama pada Pukul 2.45 Petang)

      Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur


(Senarai nama adalah sebagaimana dilampiran)

3. Selaras dengan itu, Kerajaan juga telah memutuskan bahawa semua pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam DIWAJIBKAN untuk menghadiri

kedua-dua majlis ini. Jesteru itu, semua Pengarah Bahagian dan Institut Kraf Negara diminta untuk memastikan kehadiran pegawai dan kakitangan di bawah

seliaan masing-masing ke majlis tersebut. Kegagalan pegawai dan kakitangan hadir ke kedua-dua majlis tersebut boleh menyebabkan diambil tindakan tatatertib.


Kerajasama semua pihak dipohon dalam memastikan perjalanan kedua-dua majlis ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sekian, terima kasih


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"


Unit Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
Kraftangan Malaysia



Rabu, 29 Ogos 2012

Memanjang kentut je...

N3 petang2 nie busuk sikit tajuknya dan aku publish kan pun lepas balik keje nanti tak pasal2 kena plak usik dengan kawan opis,malu i nanti...tapi perkara tu lah aku alami arinie asyik terkentut je eh 'ter' ke bukan lah asyik kentutttttt je..selalunye klu nak period memang lah aku akan alami kentut kemudian barulah period nie apa kes baru je lepas period nak period ape ke lagi..nak kata makan blackpaper semalam tak de plak aku masak..hai nie angin mana datang masuk dlm perut aku nie banyak2...

Adohhh malu lah klu kentut berbunyi nie buat lah orang dengar mesti orang kata aku nie kurang sopan kentut merata-rata tempat..hihihihihi eh ada ke area kentut yg dibenarkan setahu aku smoking area je yg ada...lawak lah klu adakan area kentut senang2 orang akan cop si polan sedang kentut...

Nie kat rumah klu hubby tahu mau aku kena bahan teruk2 nie...


Selasa, 28 Ogos 2012

Daging Kicap Rempah

Bahan-bahan
1. Daging
2. 1 pek Tumisan Kicap Rempah Maggi
3. 3 biji bawang merah - dihiris
4. 1 labu bawang besar - dihiris
5. Jus asam jawa
6. 2 cawan air
7. Kacang pis
8. 10 biji cili api
9. Minyak

Cara memasak
1. Tumiskan bawang merah yang dihiris hingga wangi.
2. Masuk 1 cawan air dan tumisan kicap rempah maggi dan biarkan hingga mendidih.
3. Masukkan daging & jus asam jawa dan 1 cawan air.
4. Renehkan hingga kuah pekat.
5. Bila kuah hampir masak masukkan kacang pis dan hirisan bawang besar.
6. Biarkan seketika dan tutup api.




*** rebus daging dahulu supaya daging tidak keras

Pelihara Mata Daripada Radiasi

Tahukah kamu bahawa pengaruh komputer dan sinar radiasi yang dipancarkan oleh skrin monitaor dapat mengganggu kesihatan mata?Jangan ambil mudah tentang perkara ini kerana kamu perlu menjaga pancaindera yang paling utama ini saat bekerja dihadapan skrin.

KEKALKAN JARAK
Berikan lebih perhatian terhadap jarak yang diperuntukkan antara mata dan skrin komputer.Penggunaan dalam jangka masa yang lama ditambah pula dengan kesan sampingan yang lain bakal membantutkan semangat bekerja.Usah terlalu dekat dengan skrin monitor,namun seelok-eloknya duduklah dalam keadaan bekerja secara ideal iaitu 75 sentimeter jarak minima dengan mata.

PENCAHAYAAN
Ambil kira jumlah pencahayaan yang diperlukan  bagi menerangi cahaya sesebuah bilik.Jangan bekerja dalan ruangan yang terlalu terang kerana ia boleh menyilaukan mata.Selain itu,elakkan bekerja dalam ruangan yang terlalu gelap atau redup ekoran ia akan memenatkan mata sekiranya kamu bekerja terlalu keras.

PENAPIS SKRIN MONITOR
Langkah bijak bagi membenteras sinar radisasi daripada terus 'merebak' adalah dengan menggunakan menapis skrin monitor.Penapis ini berupaya mengurangkan silau lantas membantu mata kamu untuk melihat dengan lebih jelas tanpa sebarang gangguan.

ALIH PANDANGAN
Apabila penglihatan terlalu tertumpu pada jarak dekat dalam kadar yang terlalu lama,kamu seharusnya mengaihkan pandangan ke arah yang jauh setiap 30 minit.Selain meringankan bebanan mata,kamu juga akan mengurangkan tekanan pada leher serta beberapa anggota tubuh lain.

FONT & ZOOM
Mengubah suai cara kamu bekerja.Sebagai contoh,bagi kamu yang sering menggunaan perisian Microsoft Office seperti Word,Powerpoint atau Excel,bekerjalah dengan font yang cukup besar atau guna zoom supaya kamu nampak tulisan pada skrin monitar dengan lebih jelas.Tidak perlulah kamu memaksa mata kamu untuk membaca tulisan yang kecil.

ISTIREHAT MATA
Apa salahnya istirehatkan deria melihat kamu buat seketika.Terdapat pelbagai cara untuk kamu merehatkan mata.Pejam mahupun kedip seketika dapat menjadikan mata kamu sentiasa lembap dan tidak kering.Senaman ringan ini bertujuan untuk membuang stres yang tertumpu pada pancaindera utama ini.

AKSESORI MATA
Periksa kaca mata atau kanta lekap yang dipakai selang seketika.Sekiranya kamu tidak perasan bahawa kuasa(power) yang disarungkan bersama kelongsongnya sudah  berubah maka kamu secara tidak langsung akan memaksa mata bekerja lebih kuat daripada biasa untuk melihat.

sumber:majalah remaja 15 JUN 2012 bil 620

Isnin, 27 Ogos 2012

Duit Raya!!!!

Alhamdulillah masih berkesempatan lagi dapat duit raya....Sejak dah besar dan menjadi isteri orang nie harapan nak dapat duit raya tue sangat tipis sekali dan seingat aku sejak dah keje aku dah start bagi duit raya.

Masa balik kampung tempoh hari tgk anak buah dapat duit raya,teringat aku masa kecil2 dulu tersenyum girang dapat duit raya,siap buka sampul nak tengok duit raya dapat berape..Dulu dapat RM1 pun dah kira banyak nie kan pula klu dapat RM50 lagi melompat2 suka. 

Bak kata orang tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima..Terima kasih pada kalian semua yang bagi duit raya pada mai,nanti bila mai dah ada anak hulur2 lah pada anak mai pula yea.kikiki
Hubby tima kasih banyak2 tahun nie masih lagi bagi duit raya kat sayang.

Jumaat, 24 Ogos 2012

Cik Valentino Rudy

Kali nie bukan lagi sembonia,carlorino,vincci,school,esarli,nautifit mahupun bata tapi Cik Valentino Rudy pula menjadi pilihan hati aku.

Nie dia Si Coklat Valentino Rudy

Ahad, 19 Ogos 2012

Belum Pakai Baju Raya Lagi

Hingga ke jam nie aku belum lagi dapat menyarungkan baju raya.hubby awal pagi dah pakai baju raya masa menunaikan solat sunat aidilfitri,aku hanya menyarungkan jubah baru raya je dari solat pagi tadi..

Selepas solat zohor dan mandi rasa nak menyarung baju raya,tapi masih tak kesempatan kerna saudara-mara datang plak,disebabkan nak tolong menolong kat dapur sediakan juadah makanan aku pun sarung je lah seluar dan t-shirt je lebih senang nak bergerak sana sini.

Hai bilalah dapat pakai baju raya nie.

Suasana Hari Raya - Anuar & Ellina

Sabtu, 18 Ogos 2012

HoHoHo BALIK KAMPUNG....

Aku dan hubby sekarang dalam perjalanan balik kampung menuju ke Johor Bahru...



Bergerak malam raya nie terasa sungguh kehangatan hari raya nye...Mudah-mudahan kami berdua selamat tiba ke kampung dengan keadaan selamat..



Khamis, 16 Ogos 2012

Sempat buka tak nie

Dah ramadhan yg ke-27 baru berkesempatan nak berbuka puasa di luar dgn hubby. Aku tgh tunggu hubby berbaris panjang order makanan kt kaunter KFC. Mana tahan tgk iklan tv je, tue yg dtg ke Giant Kinrara nie. Dari pkl 7 beratur sampai sekarang(7.25 pm) x lg dpt order makan. Nie lah sebabnye aku malas nak buka luar. Nak makan pun payah. Ikutkan aku memang nak je buka kat rumah tapi hubby nak sgt makan ayam KFC. K lah selamat berbuka puasa kawan2.

Hubby jadikan nie sbg pengajaran tahun depan tak payah gedik2 nak buka puasa kat luar.

Rabu, 15 Ogos 2012

kad raya ofis i


mana muka mai???? tue dia baju warna hijau.. tahun nie kami staff BKP ambil gambar sorang-sorang pasalnya takut jadi macam tahun lepas ada yg tertinggal masa sesi bergambar.. 


nie pula gambar yang sama cuma diasingkan utk unit admin sahaja...


Jumaat, 10 Ogos 2012

HiJaU bErSaMa

2 puan berjanji memakai warna baju yang sama...
Hijau pilihan kami utk ari jumaat..(hilang Jubah)


Aku yg bersaiz L mira bersaiz S,sangat jealous....

Khamis, 9 Ogos 2012

Nasib baik tak raya sehelai sepinggang

Kejadian nie berlaku waktu sahur pagi tadi,aku nie boleh dikatakan mudah lalai dan leka nak-nak lagi klu tengok tv,semua kerja pasti akan tergendala...Sebab tue lah aku suruh hubby belikan mesin basuh automatik,cerik air yang boleh berbunyi bila air masak,cerik elektrik(Electric kettle) dan rice cooker...

Arinie tah kenape aku sangat lalai,aku panaskan kuali kecil nak goreng daging burger nak dimakan dengan roti ala2 nak buat macam burger kononnye...Dalam kuali tue aku bubuh lah minyak sekali,lepas tue aku pegi masuk bilik jap nak sikat rambut tah macam mana terpandang kain tudung, ala komot plak padahal malam tadi dah gosok lalu aku pun gosok lah bahagian yg komot tue.

Habis gosok aku pegi balik ke dapur sekaliii......kuali tue dah berasap,asap berkepul-kepul kat dapur,aku panik cepat2 matikan api...hubby yg kuar dr bilik air perasan asap berkepul-kepul keluar dr dapur...aku pun buka semua kipas,kipas ruang tamu dan 3 kipas di bilik,pintu dapur pun aku buka sekali...

Hubby kata macam mana boleh jadi macam tue nasib baik lah dapur tak terbakar klu tak sehelai sepinggang lah kite beraya..Alamak hubby marah lah....

Aku plak balas cakap dia,masa nie lah nak tengok kecekapan BOMBA memadam kebakaran..hihihihihi..Lepas tue hubby pandang dengan muka yg serius..OK i'm sorry hubby...

Nie klu aku bagi tau mama mau kena ceramah...belum lagi abah mesti dia bising punya...

Korang please don't try this at home....


Rabu, 8 Ogos 2012

EN. NUFFNANG berwajah baru




















layout yang cantik dan menarik...klu belum terjah kasi terjah cepat...

Arinie TAK ADA SUARA.......

2 ari sakit tekak di bulan ramadhan sgt mencabarkan,sudahlah tak boleh minum air tahan je lah sakit tue..Bila buka puasa baru minum air banyak-banyak,tapi tak gak baiknye..

Arinie bangun sahur kejutkan hubby,panggil lah nama dia sekali keluar suara rock...Alamak!!!!! macam mana nie kang nak jawab call kat opis...Kembung perut nie minum air banyak-banyak pagi tadi,tapi tak gak elok-elok...

Maka arinie myfara menjawab call dengan suara rock....