Selasa, 31 Oktober 2017

masak-masak minggu ke-3 #6bulansurirumahtanggasepenuhmasa

Barulah aku tau perasaan mama nak kena fikirkan lauk apa nak dimasak setiap hari sampaikan tanya abah atau kami adik beradik nak makan lauk ape,yang aku tau makan je dulu sekarang mendapat kat aku plak kena fikir lauk ape nak masak setiap hari.

23.10.2017 / Isnin
Kari ikan kembung + Sayur tauge goreng


24.10.2017 / Selasa
Asam rebus ikan kembung



25.10.2017 / Rabu
Masak Sayur tauge goreng  je sebab nak habiskan asam rebus ikan kembung semalam.



26.10.2017 / Khamis
Tukar selera asyik makan nasi je mari makan mee goreng plak 



27.10.2017 / Jumaat
Off day - Makan luar bekalan air tiada

28.10.2017 / Sabtu
Sup ayam



29.10.2017 / Ahad
Makaroni goreng untuk breakfast tengah hari perabiskan sup ayam



Pejam celik pejam celik dah genap sebulan aku bercuti tinggal berbaki 5 bulan saja lagi.
Jawapan jujur dari aku seronok wei cutiiii walaupun tak bergaji, masa mula-mula sedih dah sebulan nie lupa kejap pasal gaji.

Pantai Batu Manikar,Labuan

Wahhh cantik sungguh Pantai Batu Manikar ini permandangannya sangat indah sekali pantai yang bersih,terdapat gerai-gerai makanan dan minuman dan ramai orang datang beriadah disini baik keluarga atau pun golongan remaja.

Tidak jauh dari pantai nie terdapat Palm Beach Resort.Tengok dari luar cantik juga resortnya InsyaAllah ada rezeki 1 hari nanti nak juga bercuti disitu, mana tau bulan 12 nie ke boleh sambut birthday Krul disitu.


Cantikkan permandangannya


Ombak masa nie tak berape kuat sangat tapi angin kuat





Ada batu-batu dihujung sana dan kelihatan ramai orang di situ jom kita ke sana 


Ini permandangan dari atas batu

Ambil gambar kejap,seronok dengar bunyi ombak.
Maaf gambar hujung sana tak ada,rupanya aku buat video je.Kat hujung sana ramai orang memancing,menjala dan ada seorang abang tue main layang-layang, angin kuat tinggi layang-layang dia naik ke atas.
Sempat juga kami melihat matahari terbenam.

Dah maghrib baru kami patah ke pantai balik.




Menarik bukan,boleh nak makan minum kat pondok luar tue tadi masa sampai kami lalu tepi pondok-pondok tue, terlupa nak ambil gambar tadi masa datang mujur masa nak balik teringat nak ambil gambar.

Kami tak singgah makan minum pun,aku dah siap masak sebelum kuar tadi balik lepas isyak baru makan.Sini isyak 7.13pm awalkan.

Sebelum balik sambung ambil gambar sikit lagi.








Aku cadangkan sape-sape datang Labuan sila datang ke sini Pantai Batu Manikar, cantik pantai nie jangan lupa bawa camera boleh ambil gambar banyak-banyak kat sini.

Khamis, 26 Oktober 2017

masak-masak minggu ke-2 #6bulansurirumahtanggasepenuhmasa

Masih semangat memasak untuk minggu ke-2 menu semua ikut tekak aku yang nak makan.

16.10.2017 / Isnin
Terasa nak makan sotong,gigih Krul beli sotong dan hantar balik rumah.Masak je yang selalu aku masak sotong goreng kunyit mix dengan sayur carrot dan buncis 



17.10.2017 / Selasa
Perabiskan sotong jadi aku buat sambal sotong dan lawankan dengan telur bistik



19.10.2017 / Khamis
Pergi pasar UTC semalamnye cuti Deepavali cari lauk nak masak tengok ketam murah jadi belilah sekilo ada 8 ekor.Untuk fisrt round 4 ekor aku masak dulu ketam masak lemak cili padi di lawankan dengan terung goreng.




20.10.2017 / Jumaat
Masak yang ringkas sahaja sayur bayam merah masak air dan ikan kembong goreng



21.10.2017 / Sabtu
Mood rajin datang breakfast masak nasi goreng cina dan lunch masak ketam masak sweet sour dan sayur baby sawi masak sos tiram



 letak telur nak kasi kuar kering


22.10.2017 / Ahad
Masak sambal telur hancur saja makan dengan nasi panas-panas sedap aje.


masak-masak minggu ke-3 #6bulansurirumahtanggasepenuhmasa minggu depan aku up kan citenye okey bagi habis ini minggu dulu.


Rabu, 25 Oktober 2017

masak-masak minggu pertama #6bulansurirumahtanggasepenuhmasa

Selain buat kerje rumah kenalah memasak barulah kena dengan tittle #6bulansurirumahtanggasepenuhmasa.Masak pun yang ringkas dan yang aku pandai saje.

12.10.2017 / Khamis
Dapur mula berasap,first yang aku masak nasi goreng cina untuk breakfast.Malam pula aku masak sambal sardin dengan telur goreng, gambar maaf tiada lapar sangat sampai lupa nak ambil gambar.


13.10.2017 / Jumaat
Sup telur di tambah dengan carrot,isi ketam,kentang di hiasi dengan cili merah,daun bawang,daun sup di makan bersama dengan cili padi potong berkicap



14.10.2017 / Sabtu
Tak masak sebab sup telur banyak lagi,jangan membazir kasi perabiskanlah dulu lauk yang ada.

15.10.2017 / Ahad
Mee sup fishball dan fishcake,mee nye seperti maggi siap dengan air barli aku buat permintaan Krul.




nak tau kan mee ape yang aku pakai nanti aku sharekan kemudian okey.

Untuk masakan minggu ke-2 besoklah aku up kan citenye.Bateri laptop nak habis.

Ahad, 22 Oktober 2017

Pasar Tani,Labuan ( Labuan Walk )

Pasar Tani nie berdekatan dengan Labuan Square @ Dataran Labuan.
Pelbagai barangan dijual disini anataranya pakaian,tanaman pokok-pokok,buah-buahan,kuih-muih dan lain-lain lagi.

Pasar tani kat sini tidak besar dan tidak sesak dengan orang ramai berjalan pun senang sekali tak kena pun langgar bahu.



Ada jual anak ikan peliharaan,dijual dalam botol mineral ada saja.Ikan yang dijual pun murah-murah belaka lebih kurang Rm10,dalam sebotol mineral tue ada 3-4 ekor anak ikan.


Oh ya ada jual kraftangan,bakul rotan.Singgah sini Krul beli selipar.


Pakaian,kasut,tudung dan aksesoris lelaki dan wanita


Deretan penjaja menjual makanan,mari kita cari kuih-muih tradisional 


Mata aku tertarik pada Kuih Cempiang nie,3 biji RM1.Tak ada inti  pun.


Yang coklat pekat pada lengkang itu rasanya pahit sikit,patutlah pahit bila aku google ramuannya kicap dan rempah ratus.


Kuih Pulut Panggang,lupa nak ambil gambar isi dalamnya.kelainan pulut panggang nie hanya ada pulut saja inti kelapa tak ada dan cara bungkusanya lain(ke aku yang tak tau bungkusan macam nie ada je orang buet) tidak pakai lidi di hujung hanya lipat ke dalam saja.

Bila area pokok-pokok kami singgah beli sepokok bunga,beli 1 nak hilang rasa rindu kat pokok di rumah dan beli 2 pasu kecil dan tanah untuk tanam kunyit dan bawang untuk dapatkan daun kunyit dan daun bawang sini susah nak jumpa daun-daun tue.



nampak tue dia tengok pokok kertas rindulah tue pokok dia kat rumah nasib dia tak beli.


habis tengok pokok balik rumah nak masak makan tengah hari.

Nanti rajin aku kongsi masakan aku yea,Ok bye.

Tengok sunset di Pantai UMS


Semalam cuaca baik sekali setelah beberape hari hujan dari pagi hingga ke malam membawa keesokan harinya sekejap hujan sekejap berhenti kemudian hujan balik kain basuhan pun susah nak kering satu hari,dah musim hujankan hujung-hujung tahun ni.


Menantikan saat terbenamnya matahari,jam 5.40 petang walaupun menghadap matahari tidak terasa bahang panas tapi angin sangat kuat bertiup membuatkan melayang-layang tudung aku.

 Terdapat batu-batu sepanjang persisiran pantai nie,kena berhati-hati semasa duduk di sini. 



pandangan di sebelah kanan 


 pandangan di sebelah kiri


Saat-saat terbenamnya matahari.Tak dapat ambil gambar matahari tue betul-betul di paras garisan laut,awan tebal menutupi sang matahari.

Walaupun tidak jelas tapi aku sangat bersyukur dapat lihat saat-saat matahari tu jatuh dan cuaca menjadi gelap di depan mata.

Indah sungguh ciptaan Allah