Selasa, 31 Oktober 2017

Pantai Batu Manikar,Labuan

Wahhh cantik sungguh Pantai Batu Manikar ini permandangannya sangat indah sekali pantai yang bersih,terdapat gerai-gerai makanan dan minuman dan ramai orang datang beriadah disini baik keluarga atau pun golongan remaja.

Tidak jauh dari pantai nie terdapat Palm Beach Resort.Tengok dari luar cantik juga resortnya InsyaAllah ada rezeki 1 hari nanti nak juga bercuti disitu, mana tau bulan 12 nie ke boleh sambut birthday Krul disitu.


Cantikkan permandangannya


Ombak masa nie tak berape kuat sangat tapi angin kuat





Ada batu-batu dihujung sana dan kelihatan ramai orang di situ jom kita ke sana 


Ini permandangan dari atas batu

Ambil gambar kejap,seronok dengar bunyi ombak.
Maaf gambar hujung sana tak ada,rupanya aku buat video je.Kat hujung sana ramai orang memancing,menjala dan ada seorang abang tue main layang-layang, angin kuat tinggi layang-layang dia naik ke atas.
Sempat juga kami melihat matahari terbenam.

Dah maghrib baru kami patah ke pantai balik.




Menarik bukan,boleh nak makan minum kat pondok luar tue tadi masa sampai kami lalu tepi pondok-pondok tue, terlupa nak ambil gambar tadi masa datang mujur masa nak balik teringat nak ambil gambar.

Kami tak singgah makan minum pun,aku dah siap masak sebelum kuar tadi balik lepas isyak baru makan.Sini isyak 7.13pm awalkan.

Sebelum balik sambung ambil gambar sikit lagi.








Aku cadangkan sape-sape datang Labuan sila datang ke sini Pantai Batu Manikar, cantik pantai nie jangan lupa bawa camera boleh ambil gambar banyak-banyak kat sini.

Tiada ulasan :