Kemudian pergi plak rumah mak mertua ku kat Puchong,nasib ada makanan tak de lah mai lapar.Lepas tu pergi plak Ikea kat Damansara,ramai nya orang.Akhir sekali ke rumah mama ku kat Kg Malaysia Raya.Balik rumah lepas mandi & solat baru lah dapat makan dadih urmmm sedap nya..Terasa sungguh mangga nya..Baru puas hati mai dapat makan dadih yg buat pagi tadi..Sedap-sedap...
Bahan-bahan:
- 1 pek dadih perisa mangga
- 3000ml air
- 100g gula
- 400ml susu cair
- Panaskan air sehingga mendidih, matikan api selepas air mendidih.
- Kemudian masukkan gula,susu cair dan dadih.
- Kacau selama 5 minit supaya bahan tadi larut.
- Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti ais.
- Bila hendak makan letakkan hirisan mangga,barulah ada selera nak makan.
2 ulasan :
menyelerakan lagii best kalau dadih dimasukkan dlm fridge n dimakan waktu cuaca panas..
*anak akak danish mesti suker hingga menjilat jari..
memang pun..mai letak kat dlm fridge mlm baru dpt makan..peh memang sedap..
Catat Ulasan