Isnin, 8 Ogos 2011

Perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa berpuasa


1.Meninggalkan perkara2 mazmumah
Berpuasa bukan sekadar meninggalkan makanan dan minuman. Tetapi, untuk memperolehi kesempurnaan di dalam berpuasa seseorang seharusnya juga meninggalkan perkataan-perkataan yang keji serta perbuatan-perbuatan orang jahil. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) atau berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum).”
Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1894

2. Meninggalkan perbuatan yang lagha (sia-sia)

Justeru, disunnahkan bagi orang yang berpuasa meninggalkan perbualan yang lagha (tidak berfaedah), mengumpat, bercakap kotor, mencerca orang lain dan sebagainya. Puasa juga mendidik seseorang untuk menjadi penyabar. Oleh itu, seseorang yang berpuasa disunnahkan bersabar apabila dicerca mahupun diperangi oleh pihak lain dengan mengucapkan “sesungguhnya aku sedang berpuasa” sebagaimana sabda rasulullah s.a.w:

“Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) dan berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum). Jika seseorang itu diperangi atau dicaci, dia hendaklah berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa (Nabi menyebutnya dua kali). ”

Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1894.

3. Meninggalkan perbuatan mencerca dan memerangi termasuk percakapan bohong.

Semoga melalui ucapan itu dapat mencegah pihak lain dari mencerca atau memeranginya. Berbohong boleh mencacatkan kesempurnaan puasa. Oleh itu, syariat melarang seseorang bercakap bohong ketika berpuasa dan Allah melarang keras perbuatan dengan ancaman tidak akan menerima ibadah puasanya. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan melakukan perbuatan it uterus menerus, Allah langsung tidak berhajat (memandang) perbuatannya yang meninggalkan makan dan minum (puasa).” -

Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1903.

sumber: copy & paste dr sharing network PC abg jailani (PKKM)

Ahad, 7 Ogos 2011

Kurma Ayam


                          

Seperti yg dijanjikan semlm arinie mai sharekan resepi semanis kurma eh eh eh salah kurma ayam yg meletup..Nie first time tau mai buat Alhamdulillah jadi gak..Tak mau cite panjang tgk je lah kat bawah nie.
 Bahan-bahan:
  • Ayam 1/2 ekor
  • 1/2 biji santan pekat
  • Minyak masak
  • Air
  • 1 biji bawang besar (dihiris kasar)
  • 2 biji Kentang (dipotong dadu)
  • 1 biji cili masak merah & hijau (dipotong serong)
  • 1 biji tomato (dipotong 6)
  • Garam
Bahan tumis
  • 8 biji bawang merah (ditumbuk)*
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk)*
  • 3 biji buah keras (ditumbuk)*
  • 1 paket Kurma Ayam&Daging (adabi)*   ***ke4 bahan nie digaulkan bersama tambahkan sedikit air
  • 2 biji bawang merah (dihiris) #
  • 2 biji bawang merah (dihiris) #
  • Halia 2cm (dihiris) #
  • Rempah 4 sekawan # (bunga cengkih,bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga ikut suka nak masuk berape)
Cara memasak:
  1. Tumiskan bahan2 yg bertanda # terlebih dahulu sehingga naik bau kemudian baru masukkan bahan yg bertanda * kacau & biarkan sehingga garing sedikit ingat bukan hangit tau.
  2. Seterusnye masukkan ayam dan air tp jgn banyak sgt kang melimpah plak.Tutupkan periuk dan biarkan sehingga ayam empuk.
  3. Kemudian masukkan santan,bawang besar,cili masak dan kentang.Biarkan sehingga santan masak dan kentang empuk.Klu kuah pekat masukkan sedikit air.
  4. Campurkan garam sedikit dan tomato.
  5. Tunggu dlm beberape minit dan tutup api dapur.Siap utk dihidang, hiaskan dgn letak cili merah. 

>< SeLaMaT MeNcuBa ><

^__^

Sabtu, 6 Ogos 2011

Selera berbuka pose 6 Ramadhan 1432


Arinie mai ada rajin sikit utk masak juadah berbuka pose malam nie dan akan merangkap terus dibawa ke makan sahur besok..Juadah nie disetujui oleh hubby dan tgh hari td kami ke Pasar Borong Selangor utk membeli semua bahan2 basah..For N3 nie mai hanya akan masukkan gambar je,klu korang nak resepinye Insyaallah maybe besok mai akan sharekan,coz lepas nie nak pegi solat Isyak dan terus solat Tarawih..


Menunye Kurma Ayam & Bendi cicah Sambal Belacan

Ok see u all next N3

Assalammualaikum...


Jumaat, 5 Ogos 2011

Fadhilat dan Kelebihan Berpuasa Ramadhan


Kelebihannye:
*Pintu langit dibuka.
*Pintu-pintu syurga dibuka.
*Bulan yang penuh keberkatan.
*Salah satu malamnya adalah lebih baik dari seribu bulan.
*Ganjaran amalan sunat sama dengan solat fardhu.
*Solat fardhu mendapat ganjaran 70 kali ganda.
*Bulan kesabaran dan pahalanya adalah syurga.
*Bulan menambah rezeki.
*Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa ketika sebelum berbuka puasa dan doa pada sepertiga malam.
*10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan adalah  pengampunan dan 10 hari terakhir adalah kemerdekaan dari api neraka.

* Umar ibnul Khathab r.a. berkata, "Orang yang berdzikir kepada Allah pada bulan Ramadhan akan diampuni dosa-dosanya; dan yang memohon kepada Allah pada bulan Ramadhan tidak akan kecewa.

* Puasa mengatur keseragaman ummat. Selama Ramadhan, umat berseragam dalam sahur dan berbuka, dalam bekerja dan beristirahat, serta dalam shalat, istighfar, dan bertobat kepada Allah. Lidahpun seragam dalam bertakbir, bertasbih, dan bertahmid sehingga tercegah dari kata-kata buruk dan menyakiti orang lain, menjauhi perbuatan keji dan munkar, mengisi hati dengan cinta kasih kepada sesama hamba Allah, selalu baik dan bersih lahir bathin, serta sabar meng- hadapi segala macam kesulitan hidup. (ulama)
* Imam Al Ghazali berkata, "Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka padahal ber- puasa. Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuhnya (dalam perbuatan dosa).

sumber: copy & paste dr sharing network PC abg jailani (PKKM)

Khamis, 4 Ogos 2011

Adakah Sah Puasa Jika Mandi Wajib Setelah Azan Subuh???

Persoalannya :

Jika seseorang didatangi haid( habis haid) ataupun bersetubuh di malam hari, tetapi mandi wajib di pagi hari iaitu setelah azan subuh ataupun terbenamnya matahari..Adakah sah puasanya pada pada hari tersebut??


HUKUM SUAMI ISTERI BERJIMAK DI BULAN RAMADHAN

Suami isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan puasa dan kemudian mandi wajib bolehkah mereka berpuasa, sedang apa yang saya tahu masa waktu imsak kita dikehendaki berhenti makan dan membuat perkara membatalkan puasa juga selepas azan subuh maksudnya puasa itu bermula?

Jawapan :
 Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam bersetubuh itu fajarpun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.

Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.

sumber:
http://zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/603-subuh-tapi-masih-belum-mandi-wajib--sah-puasanya-.html