Rabu, 10 Julai 2013

Harapan Ramadhan – Raihan ft Man Bai

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah

Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua

 .................ll .................

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak





Isnin, 8 Julai 2013

- Sepasang Mata Sedang Diubati -

Mata adalah pancaindera yang sangat penting.Cepat bertemu doktor jika ada tanda tidak keselesaan pada mata anda.Pesanan ini ditujukan buat teman-teman sekalian.:)

Aku memang sudah lama mengalami mata berair dan disebabkan jerebu yang melanda Malaysia baru-baru ini mata aku telah mengalami kegatalan yang teruk dan membuatkan mata aku merah dan bengkak disebelah kiri.

Disebabkan membiarkan saje sakit itu tanpa berjumpa doktor aku telah mengalami sakit muka disebelah kiri dan gigi geraham dikiri pun sakit.Semalam memang aku sakit sangat dan tak tahan dengan sakitan itu,hubby ambil ais dan balut dengan tuala nipis lalu menyuruh aku lekapkan ke muka dan mata.Cara tersebut berkurangan sedikit.

Bangun pagi tadi sakit itu berulang kembali,aku nekad nak jumpa doktor gak tak tahan nak tangung sakit tu.Aku ajak hubby bawakan ke The Tun Hussein Onn National Eye Hospital.

Kenape tak ke Klinik sahaje?Sebelum nie aku dah ke Klinik tapi kesakitan itu tak pernah baik pun,maka baik aku terus ke hospital mata saje.

Hospital ni memang pakar untuk mata jadi sesiapa sakit mata aku cadangkan baik korang datang sini jumpa dengan doktor pakar mata.

Selepas buat pendaftaran aku diminta naik ketingkat 4,serahkan fail dan tunggu sebentar sehingga no giliran dipanggil.Setelah dipanggil oleh nurse aku diminta buat ujian mata iaitu membaca abjad di skrin,dari pemeriksaan aku dapati mata belah kiri ada problem bila membaca abjad yang kecil.Habis je kena tunggu sekali lagi.Giliran aku dipanggil 2jam berikutnye,ye memang lama disebabkan sakit aku setia menunggu.

Aku dapat rawatan dari Doktor perempuan berbangsa India namanye Dr. V. Gayatri Devi .Pemeriksaan dimulakan dengan nurse titiskan cecair ubat pada kedua belah mata,ubat tue membuatkan mata sedikit pedih.Kemudian doktor menggunakan alat scan untuk scan mata aku bagi melihat masalah anak mata.Berdebar-debar aku bila satu alat menggena pada mata hitam.Hasil pemeriksaan mata aku alami alegik dan mata kering.Tidak mengalami masalah yang teruk.Doktor berikan ubat bagi melembabkan mata dan hilang kegatalan.


Ubat yang diberi:
-RefreshTears Eye Drops 15ml-Dititiskan pada kedua-dua mata setiap 2 jam.
-Zaditen 0.25mg/ml Eye Drop 10 ml(Ketotifen)-Dititiskan sekali saje ke mata pada waktu Siang dan Malam.
-Maxitrol Eye Ountment 3.5gm-Disapu sekali saje pada bawah kelopak mata diwaktu malam.

Jumlah kos rawatan:
RM137.00

Cuti:
MC 1 hari

Alhamdulillah setelah menggunakan ubat yang diberikan masalah kegatalan dan sakit pada muka dan gigi berkurangan.

Sabtu, 6 Julai 2013

Hadiri birthday Maryam

Atas jemputan kami berdua hadiri majlis birthday si comel maryam yg berusia setahun.



Antie bagi teddy bear utk maryam buat teman tido kalau maryam besar sikit antie nak belikan mainan masak-masak.