Tiap kali sambutan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) pihak pengerusan akan bagi setiap staffnye baju batik percuma untuk dipakai pada hari majlis perasmian.Bukan semua akan dapat baju batik yang sama,ada 4 corak (kalau tak salah) baju batik berlainan direka,ia kerana nak membezakan antara ketua pengarah,pengarah bahagian,pegawai protokol,ahli koir dan staff biasa.
Baju batik pertama aku dapat tahun 2008,aku dapat baju staff biasa warna purple manggis rasanya.Baju itu dah tak ada dalam simpanan aku lagi,2 tahun lepas aby dapat kerja sambilan dengan govement hari khamis kan kena pakai batik dia tak ada baju batik jadi aku bagi lah baju batik tersebut.
HKK 2009
Tahun 2009 aku masuk koir,jadi dapat baju batik koir lah.Oh ya siap dapat tudung dan keronsang tudung staff lain dapat baju batik je lah.
Al-Fatihah buat arwah Norizwan bin Mat Nor a.k.a abang Wan yang telah kembali ke rahmahtullah pada 8 Ogos yang lalu
HKK 2010
Pstt gambar nie baru je kami 3 sekawan snap tadi,aku tak nak bubuh gambar lama dulu kan aku free hair macam tak sopan je nak tempek kat sini.
HKK 2012
Masuk koir lagi.Tema masa nie Pop Art, warna warni kan! ceria tak? Tudung pun dapat free tau.
HKK 2013
Aku dah pencen jadi ahli koir maka dapat baju staff biasa je.Tahun nie tak dapat baju batik sepasang lagi dah,kami yang staff biasa dan pegawai protokol dapat baju kemeja batik cotton.Baju protokol lain yea.
HKK 2014
Kemeja batik cotton lagi, warna hitam.
HKK 2015
Sekali lagi tahun nie dapat kemeja batik juga, warna Hijau lagi tapi hijau gelap.
Tahun depan tak tau lah dapat ke tak baju batik lagi.Kalau dapat nanti aku up yea baju macam mana kami dapat.