Ahad, 27 Julai 2014

Kusyen Sofa Raya


Raya raya raya..semangat betul nak raya sampaikan beli kusyen untuk buat penyeri sofa di ruang tamu.Terima kasih buat suamiku Krul belanja i beli kusyen nie,tengah sama-sama berbaris nak bayar di kaunter (kanan kiri masing-masing peluk bantal untuk family tidur di rumah raya nanti) mata aku sempat lagi melilau tengok sekeliling dan terhenti tepat mata ini ke arah kusyen lalu aku terus pergi tengok kusyen tue.

Murah murah ya murah harganya RM9.90 sahaja,aku cakap dengan Krul cakap harganye sekian sekian Krul pun kata ambil lah kalau nak beli,dah kata gitu aku ambil sampai 4 biji.Pilih-pilih yang elok gebu lawa terus sambung beratur bersama Krul yang aku tinggalkan dia beratur sorang-sorang tadi.

Balik rumah terus susun pada sofa,serius lawa naik seri sofa aku yang sebelum nie kosong je.Oh ya aku beli kat AEON IOI Puchong.Rasa macam nak beli lagi je nak letak kat kerusi opis.Nantilah senang-senang aku nak pergi sana lagi dan kalau masih ada memang aku beli.

Isnin, 7 Julai 2014

Pokok Kertas sudah berbunga

Hati aku n krul sedang berbunga-bunga cinta semua pokok kertas yang ditanam sudah berbunga..Dari menghijaukan rumah sudah bertukar ke taman bunga..Suka sangat kami tunggu punya tunggu akhirnya berbunga juga 4 pasu.




Bila semua pokok-pokok kertas berbunga aku alihkan kat tempat nie,cantik plak tengok sebaris je tersusun pokok-pokok kertas nie.Kalau tak 2 tempat lain 2 tempat lain..tapi kat barisan nie aku susun 3 pasu je 1 pasu lagi kat depan cermin sebelah pintu masuk(gambar 1) baru seri sikit nak masuk rumah..


Nie belum keseluruhan lagi berbunga tau masih ada lagi yg belum berkembang, masih kecil bunganya..Sukanye...Dari tak suka membela bunga kertas akhirnya tersuka pulak..Dah masuk geng mak mak plak aku rasa sekarang nie boleh join mama n mak ngah kat perlis..

Berseri-serilah halaman rumah aku nie menjelang raya nanti..