Jumaat, 28 November 2014

Voucher RM20 dari 8Share

Syukur Alhamdulillah dengan rezeki dari Allah swt.


Dapat voucher hasil dari klik iklan 8Share.Sebenarnya minggu lepas dah dapat voucher nie dan telah pun gunakan beli makanan KFC sabtu lepas.Boleh pilih nak guna beli makanan KFC,Pizza Hut atau Ayamas.Nilai hanya rm20 sahaja tidak boleh melebihi jika lebih bayar lah sendiri..

Sekarang aku tengah menunggu duit plak yang aku telah cash out isnin (24.11/.2014) lepas.Tak sabarnye nak dapat duit.Oh ya nie kali kedua tau aku cash out.Dah plan nie nak beli kasut office kalau tak pun nak beli seluar jeans tak cukup aku tambahlah duit sendiri..

tik tok tik tok cepatlah bank in duit 8Share. 

Khamis, 27 November 2014

Pokok Setawar

Inilah pokok setawar


Hampir-hampir memenuhi ruang pasu bulat nie dengan pokok setawar.Cantik kan sila angguk kepala tanda setuju.hihihi..good..

Pokok setawar nie aku tak beli yea tapi aku minta sepokok kat mama,aku berkenan betul masa tue itu yang mintak sepokok.Mula-mula tanam kat pasu kecil tak lama lepas tue beranak plak pokok nie.Terus alih masuk kat pasu bulat nie.Pasu tue beli kat taman nursery di Bukit Jalil harganye rm10 kot berat gak pasu nie.Sekejap je penuh dengan anak-anak pokoknye.

Nanti aku nak beli lagi pasu bulat macam nie boleh alihkan anak-anaknye sikit masuk ke pasu baru.Silap-silap aku boleh buat jual anak pokok setawar nie,ada tak nak beli..

Oh ya penjagaannya senang je, aku buat macam mana aku tanam pokok kaktus yang lain aku hanya siram saja tak perlu lah nak letak baja tapi cuma letakkan di tempat yang lembab dan redup bukan terus pada cahaya matahari yang terik.

Rabu, 26 November 2014

Bunga Sepit Ketam @ Heliconia Rostrata

Bunga Sepit Ketam @ Heliconia Rostrata adalah pokok yang selalu dijadikan hiasan landskap.Pokok nie aku beli kat Sungai Buloh dalam pertengahan bulan 10 aritu.Masa aku beli aritu memang sengaja aku beli tak berbunga lagi, sebab aku nak tengok sendiri proses pokok nie kuarkan bunganya.


Gambar nie diambil awal bulan 11..

2 dahan pokok kuarkan bunga.1 dahan bunganya dah kuar habis 1 lagi sedang berusaha kuarkan diri.



Nampak macam sepit ketamkan bunganya.

Semalam kebetulan cuaca terang sikit tak hujan bolehlah aku tengok taman bunga aku.Sebelum nie aku ada perasan bunga nie dah berkembang cuma masa je tak mengizin nak snap gambar, sekarangkan musim hujan balik je hujan tak pun aku singgah kedai makan sampai rumah dah malam tue yang tak sempat nak snap gambar nak share story kat uolls..


Pandangan dari luar pagar 


Pandangan dari sisi depan..

Serius cantik kan pokok Bunga Sepit Ketam nie.Nie belum kembang habis tau nanti dah kembang habis aku up lagi gambar bagi uolls tengok.

Aku snap gambar terus whatApp mama dan mak ngah..Dorang balas kata cantik pokok aku..hihihihi..berbunga-bunga hati aku time tue..

Aku tanam pokok bunga sepit ketam nie dalam pasu tau mula-mula nak tanam kat tanah tapi takut semak plak nanti tue yang tukar tanam kat dalam pasu.Pokok nie cepat membiak kang semak jadi tempat pembiakan nyamuk susah plak nanti.