Ahad 30 Ogos 2015,telah berlangsung majlis perkhawinan BFF aku - Nurul Farha Bt. Rosli @ Farha.Hari itu juga jatuh tarikh hari lahirnye,pandai dia pilih tarikh hari perkahwinan sangat bermakna sekali.
Dulu masa aku kahwin,farha lah tukang jadi pengapit aku selama 2 hari dari majlis akad nikah sampailah majlis sanding
dan bila dia kahwin nie aku balas lah jasa dia dengan teman dia dari pagi make up di rumah,majlis akad nikah,make up di butik sampai berarak masuk dewan.
Di majid Taman Alam Damai menunggu Tok Kadi sampai,janji 8.30 pagi dalam 9 lebih baru sampai.Farha dah nervous masa nie.Aku cuba tenangkan dia.
Dengan sekali lafaz mereka telah sah bergelar pasangan suami isteri.Alhamdulillah.
Aku malas nak bergerak ke depan berat bontot sebenarnye hihi..Pengantin lelaki (Wan) bagi rantai tangan
Farha balas bagi cincin
Dah habis semua sesi bergambar
Pengantin bersama ahli keluarga masing-masing
Aku nak gak gambar dengan pasangan pengantin nie
Habis-habis je terus kami 5 orang(pasangan pengantin,pasangan pengapit dan aku.Krul tak ada dia kerje sebab ada raptai hari kemerdekaan) bergegas ke butik pengantin nak salin baju sanding dan make up.
Warna hijau baju persandingan dorang
Segak dan cantik kan dorang
Lepas zohor kami gerak ke dewan persandingan
masa nie pun farha nervous,katanye takut orang ramai pandang ke arah dia.Rileks lah pengantin mesti orang nak tengok.
Tinggi pelamin dia, sorry tak dapat snap penuh.Pelamin dia simple dan cantik.
Dorang bersanding atas pelamin aku terus cari makan lagi pun mama dan abah dah sampai masa nie.Lapar dari pagi tak makan ape-ape pun.
Aku dah makan dan duduk pun jauh dari dia tak kuasa nak snap gambar lagi,lepas dia bersanding dorang makan beradap dan lepas tu potong kek.
Dalam 3 lebih aku balik dah..
Buat BFF ku Farha dan Wan Selamat Pengantin Baru,semoga bahagia hingga ke jannah dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.Amin.Aku gembira dapat teman kau dari pagi majlis akad nikah hingga ke majlis persandingan.Love U my BFF..