Isnin, 29 Disember 2014

mengalihkan anak pokok setawar ke pasu kecil

Pokok setawar aku sudah membiak dengan jayanye.Kini pasu bulat tue dah penuh dengan anak-beranak dia.Sangat cantik sekali uolls,mama jealous dengan pokok setawar aku nie mana tak nye mama punya pokok setawar asyik kena makan dengan siput babi je sekarang dah tinggal 2 kuntum saje.


nie gambar sekarang,penuh kan pasu bulat nie.Siap kuar lagi anaknye pada kelopak daunnye.Tue kalau nak petik dan tanam kat pasu lain boleh saje mau hidupnye sebab sebelum nie aku buat gitu. 

Disebabkan dah penuh dengan anak-beranak dia sampaikan dah sempit aku tengok pasu nie aku nak alihkan sikit anaknye ke pasu kecil.Sterus gerak ke Nursery Bukit Jalil, semata-mata nak beli pasu tak kuasa nak pergi ke Sungai Buloh kang ada jugak terbeli lain hihihi..Selain dari pasu kecil aku beli gak 1 pasu besar nak alihkan pokok kertas yang ada ke pasu baru,barulah sama dengan pokok-pokok kertas yang lain.

Dalam hujan tue aku dberkebun kat belakang rumah nasib ada awning kalau tak terbengkalailah projek nak mengalihkan pokok setawarnie.


Kononnye aku nak buat proses bagaimana nak mengalihkan pokok setawar nie tiba-tiba rasa malas plak so aku buat je lah yang seringkas je yea..korang kan pandai..

Bahan-bahan yang diperlukan mestilah kena ada pasu,tanah dan anak pokoknye setawar.Anak pokok setawar nie jangan tarik gitu je nanti tercabut daunnye,kena korek sikit tanahnye dan biarkan ada sekali dengan akarnye,akarnye tue kan nyawa dia untuk hidup.Langkah seterusnya masukkan tanah ke dalam pasu tak payah penuh sangat agak-agak je sudah,kemudian buangkan tanah dibahagaian tengah-tengah sikit sahaja dan lepas tue masukkan anak pokok setawar tue di tengah-tengah tanah tadi.Selepas tue ratakan tanah disekelilingnye.Akhir sekali letakkan sedikit sahaja baja dan jiruskan air.Siap!


Tara!!! Mak dan anak sudah berpisah..Ala ada lubang plak,tak pelah nanti anak-anaknye akan membesar mesti dah tak nampak lagi lubang tue.Tak pun mesti ada anaknye jatuh boleh tambah lagi anak-anak yang lain.


Comel plak aku tengok pokok setawar nie dalam pasu kecil nie.Macam boleh buat jual je kan..Ok lah sape nak beli aku jual tapi kena ambil sendiri kat aku,nak pos payah lahkan kang terburai plak.Sape-sape kawan opis yang nak beli aku bawakan lah.Serius aku jual tau RM5 ok tak..

Eh eh ehhhh ada tumbuh anaknye lagi kat kelopak daunnye ingatkan yang kat mak dia je bagus lah pokok setawar nie rajin membiak.



*** Cerita terdahulu : Pokok Setawar

Selasa, 9 Disember 2014

:: Bercuti di GOLD COAST MORIB International Resort ::

Minggu lepas hari rabu dan khamis (3-4/112/2014) aku,hubby,abah dan mama bercuti di Gold Cost Morib.Walaupun aku nie seorang penakut air aku teringin juga nak pergi tempat-tempat mandi-manda gini.Aku teruja nak pergi sana lepas dengar cerita dari rinie dan amirah.Aku beli kupon melalui Groupon,Package A dengan harga RM168 untuk 2 orang dan 2 hari 1 malam + buffet breakfast + theme park tickets.Tapi kena tambah lagi RM50 sebab pergi masa cuti sekolah.

Jom tengok keadaan bilik Gold Coast Morib nie.Aku dapat package Studio Suite.Berangan nak dapat katil king size tapi dapat 2 katil single.Tidur lah sorang sekatil gitu juga dengan abah dan mama.Nie gambar bilik aku yea lebih kurang je dengan keadaan bilik abah dan mama.


bilik nie disediakan aircond dan kipas...hihihi..



Nie keadaaan dalam toilet


sinki


shower section


Boleh berjakuzi uolls..i like...


Dari dalam toilet boleh nampak luar kalau nak tutup tingkap nie pun boleh.Aku tutuplah tingkap tue rasa kekok bila masa mandi.


Nampak kan bowl toilet tue..ko nak melabur macam mana kalau tak tutup tingkap tue.


Nie keadaan balkoni boleh nampak rumah depan dan bila pandang ke bawah boleh nampak theme park tue.

Rasanya aku terlupa nak bagi tahu  hanya bagi tahu mama je kot,aku terlupa cakap dengan jangan kuar balconi waktu malam dan awal pagi takut terbau bau yang busuk.sudah terkena daa dia terbau busuk rupanya malam pertama dia kuar kejap balconi nie.Sebab masa amirah pergi dia kata ada bau busuk,coz kat morib ada ternakan babi mungkin bau babi tue atau kilang-kilang berhampiran.

Nak tengok keadaan theme park?? ok aku kasi tunjuk kat korang.


Gelongsor biru pekat tue main,sebab kena buka baju.kalau perempuan kena pakai swimming suit yang betul.Sebab kalau pakai t-shirt kelajuan di papan gelongsor pelahan bila buka baju baru laju.Tapi kalau boleh main pun aku tak nak sebab nanti bila dah sampai ke hujung badan akan jatuh ke air..tak pasal-pasal nanti aku lemas.


2 hari kat sana aku paling suka main gelongsor yang 3 berkembar tue..best...


Hujung sana tue ialah pantai boleh je kalau nak kesana,mandi tak sure boleh ke tak sebab masa aku jalan kat pantai tue tak ada plak orang mandi.


Cukup tue je jom aku tunjuk plak gambar mandi-manda aku,


 with abah



       


mama tak mandi pun,tak nak basah katanya.Sambil tengok kami 3 beranak mandi sempat gak mama ambilkan gambar dan berborak dengan pengunjung lain.








sebelah petang pada hari pertama jalan-jalan di pantai,abah dan mama berehat kat bilik.






Malam pula kami makan di Pantai Morib,konon mula-mula nak makan kat Bagan Lalang tapi setengah jam nak kena turun balik ke sana baik tak payah tue sebab kami makan kat Pantai Morib.Kat Pantai Morib ada banyak kedai makan kami pilih makan di hujung kedai iaitu kedai makan King Ikan Bakar.Sedap makanan kat kedai tue tunggu pun tak lama sangat walaupun kat kedai dia ramai pengunjung yang makan.Gambar makanan tak snap,masing-masing sibuk berborak dan bila makanan semua dah sampai masing-masing senduk letak kat pinggan.hahahha..nampak sangat masing-masing lapar.Harga pun tak mahal sangat kira ok lah sedap pun sama kat Bagan Lalang.

Last day hari kedua lepas main theme park aku berendam jakuzi..Sebelum turun mandi kdah penuhkan air dalam jakuzi dan bila nak berendam baru masukkan sabun dan on kan buih jazuki..15 minit kot berendam jakuzi main buih-buih.Habis berendam sambung mandi shower kemudian siap-siap tunggu solat zohor baru kami check out.

Patutnya kena check out pukul 12 pm,tapi kami saje je check out lambat nak solat dulu dan masa check in semalam pukul 3 pm rasa macam tak adil je masuk lambat kena kuar awal itu yang kami kuar lambat,sebelum tue masa check in aku dah tanya siap-siap kalaau check out lambat kena bayaran ke? orang kat kaunter tue kata paling lambat boleh check out pukul 1pm kalau lambat lagi kena bagi tahu.Dah dia kata gitu so apa lagi lajakkan je terus lepas solat zohor baru check out.hihihi

Isnin, 1 Disember 2014

Bunga Ros Jepun

Uolls arinie aku nak share lagi tanaman pokok-pokok bunga yang aku tanam di halaman rumah kami.Kali nie aku nak share pasal pokok Bunga Ros Jepun.Bunga Ros Jepun nie akan kembang apabila pukul 10.00 pagi atau sebelum tengah hari panas terik.Bila tengah hari pokok unga Ros Jepunnie akan kembali layu bunganya. 

 Ada 2 tempat kami tanam 1 di dalam pasu bunga dan di tanam di tanah halaman rumah.


Nie dalam pasu bunga,aku gantung kat belakang rumah.Pokok Bunga Ros Jepun nie aku beli kat Sungai Buloh.Bila kuar nak basuh baju atau jemur baju kat belakang boleh tengok bunga-bunga jap.Jadi menyeri sikit dibelakang rumah dan bila selak langsir dibilik belakang boleh nampak pokok-pokok bunga,tetamu pun tak lah bosan tengok belakang rumah yang kosong.


close up sikit..cantik kan salah satu warna Bunga Ros Jepun..

Seterusnya dihalaman rumah pula,Bunga Ros Jepun nie pemberian dari kak liza (office mate).Kak liza nak buang bunga-bunga nie,dia teringatkan aku yang baru mula membela pokok-pokok bunga tue yang dia bagi.Aku orang nak bagi ambilkan aje jangan sombong nanti rugi..hahahaha..

Nie kat tepi rumah




gambar 2 hari lepas,sabtu lah..

aku perasan pokok bunga ros jepun nie kan lain-lain hari dia kana kuarkan warna bunga lain.contohnye kalau arinie warna oren besok warna purple,besok warna kuning,besok oren,besok pink dan besok putih..dan ada masa tue 2 warna sekali kuar..ikut suka dia je..tapi cantik bila warna-warni..

Cara penanaman pokok Bunga Ros Jepun nie senang dan mudah je,cuma potong atau patahkan batangnya dan cucuk kedalam tanah.Lepas tue yang paling best tak payah bubuh baja..kan senang kan..

Tunggu apa lagi kalau minat pergi beli kat nursery yang berhampiran rumah korang,macam aku suka pergi sungai buloh macam-macam bunga ada lepas tue meroyan nak beli pokok lain,nasib lah layan kan je beli dah mula suka tanam pokok bunga terutama pokok bunga kertas.