Rabu, 27 Mei 2015

# Ros Jepun Jambul Dijual #

Tiap-tiap minggu asyik up cite RJ @ Ros Jepun je kan aku nie,maaf yea tengah minat sangat nie tue sebabb asyik cite pasal RJ je haa.

Kali nie  RJ yang berjaya dijual dan berjaya menambat hati kak Alynn ialah Ros Jepun Jambul.


Akhirnye dapat gak aku snap gambar bersama kak Alynn..Terima kasih yea kak Alynn sudia beli lagi RJ kat kite.

Oh ya kak Alynn ada buat N3 pasal RJ yang dia beli dari aku so nak tengok dan baca korang klik disini dan disini.

Sepasu RJ Jambul nie aku jual RM15 sahaja.Kalau berminat nak beli carilah saya yea.


Selasa, 19 Mei 2015

# Lepas Beli Sepasu Tambah Lagi 3 Pasu #

Sebelum nie kan aku ada cakap yang kak Alynn ada order 2 pasu lagi kan RJ Purple dan Merah,seperti yang dijanjikan minggu nie lah aku bagi pada dia sebab 2 pasu RJ nie dah memang layak dijual dah cukup lebat daunnye dan telah berbunga.

RJ Berlapis Purple


RJ Berlapis Merah

RJ Berlapis Merah nie tak bunga lagi tapi kite rasa dia akan berbunga minggu nie dalam jagaan kak Alynn

Petang Ahad aku saje je up kan gambar RJ Berlapis warna Oren + Kuning dan RJ Berlapis warna Oren saje,dalam orang dok klik like kat gambar tersebut kak Alynn tinggalkan komen nak beli RJ Berlapis warna Oren + Kuning berkenan,kak Alynn nak beli maka aku jual lah RJ tue sepasu.

RJ Berlapis Oren + Kuning

Setakat ini sudah 12 pasu terjual 10 untuk RJ Berlapis manakala 2 pasu RJ Selapis Berkelopak Besar..Alhamdulillah sekadar hobi je nie boleh buat berniaga rupanye.

Terima kasih pada kak Nani,Syura dan kak Alynn sudi beli Ros Jepun dari kite.

Nak tengok gambar Rose Jepun yang dorang beli klik link dibawah






Rabu, 13 Mei 2015

# Rak Bunga Bertingkat 7 #

Sabtu lepas 9 Mei aku,mama dan abah pergi Sungai Buloh lagi,aku ajak abah pergi sana sebab nak beli tanah & pasu putih stok kat rumah dah habis lagipun kan ada orang nak beli RJ aku(Syura & kak Alynn).

Sebelum beli harus lah jalan-jalan dulu sampai ke kedai hujung sekali,masuklah satu persatu kedai bunga kat situ kami tiga beranak.Ada dalam 3 kedai bunga tue ada jual rak bunga bertingkat-bertingkat,dalam tengok-tengok tue mama sudah berkenan dengan rak bunga bertingkat 7 bila di tanya mahal harganye, lari masuk kedai no 2 pun sama mahal sudahnye mama beli kat kedai yang aku beli rak bunga dulu tue,boleh lah tawar dapatlah murah sikit.Mood abah pun baik,abah kasi mama beli lagi senyum sampai  ketelingalah mama.

Tarra nie lah rak bunga bertingkat 7 tue


Nie gambar wassap dari mama semalam,amboi kembang-kembang bunga RJ mama jeles aku tau.Nie sebahagian je tau RJ mama ada lagi sebenarnye kat sebelah kanan rak nie macam-macam warna ada baik yang selapis, berlapis dan jambul semua koleksi RJ mama ada.Sila abaikan getah paip kat belakang tue,mama tak sempat lah tue kot nak gulung getah paip tue teruja sangat ajaknye nak snap gambar RJ dia nak wassap kat aku. 

Petang tue jugak mama ajak aku susun bunga-bunga RJ dia,aku pun ikutkan lah susun RJ dalam panas-panas tue tak kan nak melawan pulak tak nak buat pagi tadi dah temankan aku ke Sungai Buloh kan.

Nanti aku nak kumpul duit nak beli rak bunga bertingkat 7 nie jugak.InsyaAllah..



Selasa, 12 Mei 2015

# Kak Alynn Beli Sepasu Ros Jepun Dari Aku #

Bukan Syura je yang beli kak Alynn pun sama turut beli RJ dari aku.Kak Alynn order 3 pasu sebenarnye  tapi aku dapat bagi sepasu je dulu sebab lagi 2 pasu aku nak bagi minggu depan sebab nak bagi 2 pasu tue daunnye lebat dahulu.



Nie gambar wasap dari kak Alynn semalam, terima kasih wasap gambar yea kak nanti lagi 2 pasu kite ambil gambar sama-sama yea. 

Kata kak Alynn dia nak tanam RJ tapi nak tanam kat tanah, jadi aku cadangakan tanam RJ warna peach,sebab aku pun sendiri tanam RJ Peach tengok elok je subur siap membiak banyak kat tepi sepanjang tingkap depan rumah aku tue.Next time aku up gambar RJ yang aku tanam kat tanah tue yea InsyaAllah..

RJ Berlapis Peach

Aku wasap kak Alynn dulu tunjukkan gambar RJ Berlapis Peach nie dia setuju baru aku jual sebab jual dalam talian nie kena wasap dulu kalau berkenan baru boleh jual.Lagi 2 pasu RJ yang kak Alynn order ialah RJ Berlapis warna Merah Dan Purple.Buat kak Alynn sila bersabar lagi seminggu yea..Harap kak Alynn suka dengan RJ yang kite jual kat akak.


Isnin, 11 Mei 2015

# 4 Pasu Ros Jepun Dijual Hari Ini #

Alhamdulillah....Syukur Alhamdulillah ada lagi orang sudi beli RJ dari aku..

Nie lah pembelinye,namanye Syura staff di bahagian kewangan member seopis aku.Dia berkenan dengan bunga RJ aku lepas aku berwassap gambar dengan dia sudahnye dia berkenan 4 pasu RJ aku dan terus beli.

      
Sporting Syura sudi dia bergambar dengan RJ yang dia beli untuk aku masukkan dalam blog aku nie ha,dlm pukul 8 lebih pagi tadi dia dah datang tempat aku nak ambil RJ dia.Tengok je RJ terus senyum ceria dia.Nampak dia berpuas hati dengan RJ yang aku jual..aku nie risau dari malam tadi kot lah tak berkenan tengok dlm wassap cantik tengok realiti tak cantik,nasib dia suka lega aku.

Nampak RJ macam layu je kan,memang lah masa nie belum masa dia lagi nak kembang lepas pukul 10 sehingga sekarang nie 11.30am RJ tu semua dah kembang-sekembangnye.Sorry tak ada gambar tak dan nak pi snap gambar.

Antara RJ yang dia beli ialah;

RJ Selapis Berkelopak Besar Putih

RJ Selapis Berkelopak Besar Ungu

2 pasu RJ ni baru je aku up kan N3 pada  khamis lepas # Koleksi Ros Jepun Selapis Berkelopak Besar # bila aku wasap syura dia terus berkenan maka koleksi ini bukan jadi koleksi aku lagi dah,tak pe nanti aku beli yang lain,utamakan pelanggan dulu ceh wah hihihi..

Sepasu Ros Jepun Selapis Berkelopak Besar ini aku jual dengan harga RM15 sahaja,masih murah lagikan jom lah beli.

Dan lagi 2 pasu RJ yang Syura beli ialah;

RJ Berlapis Purple
RJ Berlapis Kuning + Peach


Syura terima kasih banyak-banyak sudi beli RJ dari kite,nanti lagi sepasu kite wasap kemudian warna ape yang ada kat rumah,nanti pilihlah yea nak yang mana sementara stok masih ada.hihihi.

tuan RJ dengan pembeli bergambar kenangan

Pada sesiapa yang nak beli Ros Jepun dari kite meh lah beli kite jual murah je Ros Jepun Berlapis nie RM10 dan Ros Jepun Selapis pulak RM15 dalam pasu tau bukan dalam polybeg..Aku rasa macam nak jual dalam polybeg gak lah boleh jual murah sikit nanti,kot lah pasu aku tak lawa nak pakai pasu sendirikan InsyaAllah.



Jumaat, 8 Mei 2015

# Jual Bunga Ros Lagi #

Assalamualaikum..Kite nak cite pasal pokok bunga lagi boleh tak??.Semenjak gilakan pokok bunga nie aku rasa aku dah kurang kongsi pasal masakan padahal ada je aku masak itu ini kat rumah tak pe lah nanti dah masuk balik aura memasak aku up kan kat blog nie yea.

Balik pada tajuk asal,2 pasu pokok ros telah selamat dijual pada member opis aku.


Aku up gambar Ros Oren Berbunga Kecil nie dalam FB hari sabtu dengan harga sepasu RM10 kemudian tag kawan-kawan opis kot lah ada yang nak beli,sekali yang beli kak nani lagi uolls.Wah betul-betul semangat kak nani nak menanam pokok bunga habis semua dia borong pokok bunga aku.Baguslah tue kak nani boleh ceriakan laman rumah dengan pokok-pokok bunga kan nak raya nie(ade kena mengena ke dengan raya).


Nie 1 lagi bunga ros yang aku jual jugak,aku namakan ros nie Ros Qu Puteh.Bunga ros nie aku tak up dalam FB cuma aku just wasap je kat mummy linda petang hari Isnin, malam baru dia balas kata tak nak.Aku tak kisah tak nak tak pe aku boleh tambah koleksi bunga ros aku kat rumah.

Besok tue Selasa aku bawa pergi opis sebab nak bawa ke rumah mama,sekali bila mummy linda tengok dia terus berkenan,dia beli okey..nampak tak kecantikan bunga boleh mengubah hati orang dari tak nak ke hendak membeli.Oh ya harga bunga Ros Qu Puteh nie Rm15 sebab kelopak dia besar dan banyak kuntm bunga yang kembang.

Selamat duduk di rumah baru dan dibawah jagaan tuan baru yea pokok ros kesayangan ku.


Khamis, 7 Mei 2015

# Koleksi Ros Jepun Selapis Berkelopak Besar #

Jom lihat koleksi Ros Jepun Selapis Berkelopak Besar yang ada dilaman rumah aku.


RJ Selapis Berkelopak Besar Putih 


RJ Selapis Berkelopak Besar Ungu

Serius cantik kelopak besar RJ ni,suka aku tengoknye.Daunnye dah lebat nanti aku nak semaikan kat pasu kecil yang lain nak bagi banyak plak RJselapis berkelopak besar nie kat rumah baru lah seimbang banyak denga RJ berlapis.
     

Selasa, 5 Mei 2015

# Ros Jepun Dijual #

Alhamdulillah ada rezeki masuk.Dalam aku suka-suka up kan gambar RJ dalam FB ada gak orang berkenan nak beli bunga RJ nie dari aku.Hari itu memang aku pernah kata nak jualkan RJ nie nampaknye kata-kata aku jadi kenyataan.

Kak nani lah orangnye yang berkenan nak beli RJ dari aku, dulu dia gila kat pokok Ros aku sampai dia minta belikan bunga ros sekarang dia dah gilakan RJ plak.Dia nak pergi beli RJ tak tau kat mana jadi dia pun beli lah RJ kat aku je.

Jumaat dia wasap aku tunjuk bunga ros dia yang second batch berbunga lepas tue tanyakan bunga RJ ape yang ada untuk dijual.So aku pun tunjuk lah 3 pasu RJ berlapis yang nak dijual lepas tue kan kak nani beli 3 pasu RJ tue.Alhamdulillah..maka terjual lah 3 pasu RJ tersebut yea kawan-kawan.

Warna RJ yang berjaya membuat kak nani berkenan ialah


RJ Berlapis Merah + RJ Berlapis Putih

RJ berlapis Merah nie dulu sikit je sekarang penuh sepasu siap terselit warna putih tah bila lah aku selitkan warna putih nie pun tak tau.Untunglah kak nani dalam sepasu nie ada 2 warna dah tak payah beli lagi RJ warna putih kalau nak buat sepasu RJ berlapis putih petik je tanam kat pasu lain.


RJ Berlapis Peach


RJ Berlapis Purple 

Aku jual murah je tak mahal macam Sungai Buloh,aku jual sepasu Ros Jepun Berlapis nie RM10 sahaja harga mampu milik.Pada sesiapa nak beli RJ nie dari aku aku sangat berbesar hati untuk menjualnye,tapi kena ambil sendiri yea pada yang duduk jauh.Mana boleh nak pos nanti berderai bunga nie.

Kat bawah adalah gambar ros kak nani yang dia wasap kata second batch berbunga lepas beli dari aku tempoh hari



Lega hati aku nampaknye bunga-bunga yang dijual pada kak nani subur,aku paling takut bunga tue mati sian kak nani dapat tengok bunga kejap je kalau mati dah lah kak nani baru nak bermula hobi menanam bunga.Harap-harap bunga ros tue semua akan kuarkan hasil lagi.

Jika kak nani terbuka blog saya nie saya ucapkan terima kasih yea sudi beli bunga dari saya.Lebih kurang harap dimaafkan dan terima kasih bagi lebih duit pada saya segan saya tau nanti saya bagi bunga yang lain pada akak percuma je okey.