Disebabkan mama masih tidak sihat dan berehat je di hotel kami kuar berdua je berjalan-jalan.
Jomlah kita shopping..
Pasar Kraftangan yang juga dikenali sebagai Pasar Filipina di kalangan penduduk tempatan, menjadi destinasi wajib yang perlu dikunjungi bagi mendapatkan cenderamata apabila berada di Sabah.
Gelaran Pasar Filipina diperolehi disebabkan peniaga di Pasar Kraftangan ini merupakan orang Filipina.
Pelbagai cenderamata dijual disini antaranya rantai mutiara, cincin mutiara, gelang mutiara, subang mutiara, kerongsang mutiara, butang baju melayu mutiara,t-shirt,beg patung dan lain-lain lagi.Hampir di setiap gerai dalam pasar ini menjual barang yang sama tapi harga ada sedikit mahal dan murah dan juga boleh tawar menawar.
Setelah semua gerai kami survey akhirnye gerai nie kami singgah beli butang baju melayu.Mula-mula Krul nak beli dalam 2 pasang je sekali adik penjual nie kata kalau beli sekotak besar ada 12 pasang RM60 terus Krul pilih beli sekotak besar.Nampak tak Krul pun cepat terpedaya hahahaha.Eloklah tue beli banyak boleh kasi souvenir pada family.
Antara yang lain-lain dijual
Lama sungguh Krul pilih sebab rambang mata semua cantik-cantik belaka
rantai mutiara ikutkan aku nak beli seutas tapi rasa macam tak pakai je jadi tak lah beli.
Gelang nie ada saiz dewasa dan kanak-kanak,aku tak beli tak bekenan sangat
Nie Krul beli nak gantung kat bilik tido kami
Giliran aku plak untuk shopping,kalau tadi Krul rambang mata sekarang giliran aku plak.
Beli sekotak besar gak,selain untuk pakai sendiri aku nak kasi kat family juga dan mama ada kirim sekali belikan untuk kasi kat kawan-kawannye tue sebab aku beli sekotak besar terus.
boleh pilih mana yang suka,bagus aku pilih semua lain-lain
Aku yang shopping jadi akulah yang kena bayar
Lompat bintang aku wei, Krul belanja aku gelang,bayar je aku terus pakai tak payah simpan kotak orang belanja kena hargai lagi pun gelang nie memang aku berkenan sangat.Gelang nie tak sama dengan gelang yang kat atas tadi,gelang nie semuanya mutiara.Krul tawar cukup-cukup sampai peniaga nie kalah dan dia kasi harga yang krul minta.Alhamdulillah.
nie semua yang kami shoping tadi
Masing-masing dah dapat ape yang nak aku ajak Krul kuar dari sini,boleh habis duit kalau duduk lama-lama asal nampak je nak beli.
Di sebelahnye ada pasar menjual makanan laut kering
aku tak beli pun tengok-tengok je nie mama abah boleh lah beli tau ape nak masaknye aku tau makan je.
dan sebelahnye pulak ada pasar jual buah-buahan.
Ada 1 lagi gerai kami tak pergi,gerai menjual makanan disitu menjual makanan seefood semuanya.Disebabkan masih kenyang tue yang tak singgah dan nak makan malam kat tempat lain.
Address: Jalan Sinsuran, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia